Laporan Murphy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laporan Murphy ialah laporan berhubung skandal gangguan seks di kawasan kekuasaan ketua biskop Dublin dikeluarkan pada 26 November 2009. Laporan ini khusus kepada gangguan seks yang berlaku di gereja sekitar bandar Dublin, Ireland.[1] Sebelum ini telah disiarkan Laporan Ryan berhubung isu yang sama. Nama Murphy diambil bersempena nama pesuruhjaya polis Ireland, Fachtna Murphy.

Pada 18 September 2006, sebuah rencana disiarkan dalam Irish Independent tentang gangguan seksl kanak-kanak di Gereja Katolik Dublin. Pada 15 Oktober 2009, Mahkamah Tinggi menetapkan laporan boleh didedahkan kecuali Bab 19- berhubung 3 kes yang akan dibicarakan. Kes itu akan didengar pada April 2010. Antara paderi / biskop yang disiasat ialah John Charles McQuaid, Dermot Ryan, Kevin McNamara, dan Desmond Connell. Ada yang mengaku melakukan gangguan seks sebanyak 100 kali.

Pada 26 November 2009, laporan ini diterbitkan.[2] Laporan ini terdiri daripada 3 jilid dan menelan jumlah kos 3.6 juta. Suruhanjaya penyiasat mengenal pasti 320 orang yang dianiaya antara 1975 dan 2004, dan 120 daripada Mei 2004.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Abuse 'covered up' by Dublin Archdiocese", RTÉ News and Current Affairs, 26 November 2009. Dicapai pada 26 November 2009. 
  2. "Dublin clergy covered up child abuse", The Washington Times, 26 November 2009. Dicapai pada 26 November 2009.