Laporan Suruhanjaya 9/11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The cover of the final 9/11 report

The 9/11 Commission Report (Laporan Suruhanjaya 9/11), atau nama rasminya Final Report of the National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States ("Laporan Muktamad Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat"), merupakan laporan rasmi mengenai peristiwa-peristiwa yang membawa kepada serangan 11 September 2001, disediakan oleh Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat (ataupun "Suruhanjaya 9/11") atas permintaan Presiden dan Kongres, dan dijual kepada umum atau boleh dimuat turun secara percuma.

Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 27 November 2002 (442 hari selepas serangan) dan laporan muktamadnya dikeluarkan pada 22 Julai 2004. Laporan ini asalnya dijadualkan keluar pada 27 Mei 2004, tetapi kompromi yang dipersetujui oleh Speaker Dewan Perwakilan Dennis Hastert membenarkan penundaan 60 hari sehingga 26 Julai.

Dapatan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya ini menemu bual lebih 1,200 orang di 10 negara, serta mengkaji lebih 2.5 juta halaman dokumen, termasuk dokumen keselamatan negara sulit yang dikawal rapi. Suruhanjaya ini juga amat bergantung pada siasatan PENTTBOM oleh FBI. Sebelum dikeluarkan oleh Suruhanjaya, laporan umum yang muktamad itu dipantau untuk sebarang kemungkinan terdapatnya maklumat sulit dan disunting di mana perlu.

Selepas mengeluarkan laporan ini, Pengerusi Suruhanjaya Thomas Kean menegaskan bahawa kedua-dua Presiden Bill Clinton dan George W. Bush "tidak diberi khidmat sebaiknya" oleh FBI dan CIA.[1]

Selain mengenal pasti kegagalan perisikan yang terjadi sebelum kejadian serangan, laporan itu turut membentangkan bukti untuk yang berikut:

  • Rakaman kamera keselamatan lapangan terbang tentang para perampas yang melepasi penjaga keselamatan lapangan terbang
  • Petikan rakaman suara kokpit Penerbangan 93 United Airlines yang mengandungi bunyi-bunyi perampas dalam kokpit dan cubaan penumpang merampas balik pesawat
  • Testimoni saksian penumpang yang menerangkan detik-detik terakhir mereka kepada saudara-mara dan pihak berwajib di telefon udara dan telefon bimbit di atas pesawat

Suruhanjaya ini juga membuat kesimpulan bahawa 15 daripada 19 perampas yang melakukan serangan itu adalah dari Arab Saudi, tetapi tidak menemui bukti bahawa kerajaan Arab Saudi bersekongkol dalam serangan ataupun membiayai para penyerang.[2] Mohamed Atta, ketua serangan itu, adalah dari Mesir. Dua orang perampas yang lain adalah dari Emiriah Arab Bersatu, dan seorang lagi dari Lubnan. Menurut Suruhanjaya, kesemua 19 perampas merupakan ahli-ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden. Selain itu, walaupun terdapat persidangan antara wakil-wakil al-Qaeda dan pemimpin kerajaan Iraq, namun panel tidak mendapati sebarang bukti kukuh bahawa Saddam Hussein telah menolong al-Qaeda dalam persediaan atau pelaksanaan serangan 9/11.

Laporan muktamad Commission turut memberikan bukti baru tentang perhubungan yang makin rapat antara Iran dan al-Qaeda. Laporan ini mengandungi maklumat mengenai bagaimana sebilangan penyerang 9/11 itu mudah memasuki Iran, serta menandakan bahawa pihak berkuasa di Iran tidak membuat cop kemasukan pada pasport mereka. Bagaimanapun, menurut Bab 7 laporan itu, tiadanya bukti bahawa Iran menyedari komplot 9/11 yang sebenarnya. Sejak itu, Iran melaksanakan usaha yang terbuka untuk menutup semua sarang al-Qaeda yang beroperasi di dalam negara.

Laporan Suruhanjaya ini memutuskan untuk mempersalahkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) atas kegagalannya untuk memaklumkan pihak tentera. Ben Sliney, pengurus operasi FAA di Herndon, Virginia, dan Monte Belger, Pemangku Timbalan Pentadbir FAA untuk 9/11 kedua-duanya memberitahu Suruhanjaya bahawa perhubungan tentera hadir dan menyertai gerak balas Herndon apabila peristiwa 9/11 terbongkar. Sliney menyatakan bahawa semua orang yang perlu diberitahu telah diberitahu, termasuk tentera.[3][4]

Selain hasil pencariannya, laporannya membuat cadangan yang menyeluruh untuk perubahan yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan yang sedemikian pada masa akan datang. Antaranya ialah pembentukan National Intelligence Director yang lebih tinggi daripada CIA dan FBI, dan banyak perubahan dalam dasar keselamatan sempadan dan imigresen.

Laporan ini terdapat di Internet secara percuma, ataupun dalam bentuk buku berkulit lembut (ISBN 0-393-32671-3). Selain itu, Barnes and Noble turut menerbitkan laporan ini dalam bentuk buku kulit keras (ISBN 0-7607-6806-4).

Diplomasi umum dan Perang Terhadap Keganasan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya 9/11 menegaskan bahawa “kejayaan jangka panjang memerlukan pengguna kesemua unsur kuasa negara: diplomasi, perisikan, tindakan terselindung, penguatkuasaan undang-undang, dasar ekonomi, bantuan luar, diplomasi umum, dan pertahanan tanah air.”[5] Pengganas dan pemberontak tidak akan ditewaskan dengan sekadar bilangan yang banyak; sebaliknya, objektif penumpasan musuh mestilah cukup terperinci supaya orang awam boleh menentukan sama ada matlamat-matlamat itu boleh dicapai. Untuk menumpaskan pemberontakan, perlunya memupuk satu ideologi, sistem nilai, dan persekitaran keselamatan yang lebih utuh daripada lawan. Suruhanjaya 9/11 menekankan penggunaan diplomasi umum. Penumpasan pemberontak dan pengganas tidak berasaskan taktik perang turun-temurun, sebaliknya merangkumi satu usaha strategi kebangsaan yang menggunakan semua unsur kuasa negara.[5]

Pada tahun 2003, kerajaan A.S. menyedari betapa pentingnya sokongan politik dan budaya untuk usaha melawan pemberontakan di Afghanistan. Seorang pegawai setempat Afghan berpendapat bahawa Afghanistan berada di jalan yang betul ke arah pemerintahan yang lebih stabil lalu merayu kepada A.S. supaya tidak meninggalkan medan perang atas alasan bahawa Afghanistan akan menjadi ketinggalan jika A.S. menarik balik sokongan politik dan bantuan kepada penduduk tempatan.[6] Para penduduk Afghanistan mampu berinteraksi dengan kehadiran A.S. di negara mereka sehingga mereka berasa lebih selamat, maka ideologi pemberontak pun ditangkis. Kemampuan Amerika Syarikat berinteraksi dengan penduduk tempatan Afghanistan merupakan alat yang penting untuk menjayakan operasi anti-pemberontakan di negara itu.

Menurut Suruhanjaya 9-11, mengadakan diplomasi umum dengan penduduk tempatan Afghanistan adalah perlu untuk kejayaan jangka panjang di negara itu. “Seorang bekas Setiausaha Kedua Negara untuk Diplomasi Umum dan kedua-dua pengerusi Suruhanjaya 9/11 berpendapat bahawa alat-alat dipolmasi umum semestinya penting dalam perang terhadap keganasan seperti alat ketenteraan, oleh itu mestilah diberi lebih pembiayaan kerajaan sehingga sama rata.”[7]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Laporan ini dituduh tidak memberikan keseluruhan cerita mengenai amaran yang diterima oleh Amerika Syarikat sebelum serangan itu.[8] Walaupun Laporan itu memang menerangkan bahawa "sistem sudah berkedip-kedip lampu merahnya" dan serangan al-Qaeda pasti akan berlaku, namun ia tidak merangkumi testimoni bekas pengarah CIA, George Tenet kepada Suruhanjaya pada Januari 2004, yang mana beliau mengakui telah memberikan amaran yang spesifik kepada Pentadbiran ketika bertemu dengan Condoleezza Rice pada Julai 2001. Ahl-ahli suruhanjaya, Thomas Kean dan Lee Hamilton mengaku bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perjumpaan itu, tetapi akhbar Boston Globe melaporkan bahawa "rupanya, panel itu sebenarnya telah diberitahu tentang perjumpaan itu, menurut transkrip temu bual dan ahli Suruhanjaya Demokrat, Richard Ben-Veniste yang menduduki temu bual itu bersama Tenet."[9]

Pakar anti-keganasan FAA, Bogdan Dzakovic percaya bahawa kelalaian keselamatan di lapangan terbang sehingga membolehkan para perampas itu menaiki kapal terbang itu dengan mudah bukan disebabkan kepincangan dalam sistem yang dikenal pasti oleh Laporan. Lebih-lebih lagi, beliau berkata bahawa "Ramai birokrat FAA yang giat menghalang usaha mempertingkat keselamatan sebelum 9/11 telah dinaik pangkat oleh FAA atau Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan."[10] Laporan itu tidak menyebutkan namanya, walaupun Dzakovic telah memberikan testimoni yang berikut kepada Suruhanjaya mengenai kerja pemeriksaannya secara menyamar terhadap keselamatan lapangan terbang sebelum 9/11:

Kami telah membolosi keselamatan tak lebih 90% masanya, tetapi FAA memandang remeh amaran ini. Sebaliknya, kami diarahkan supaya tidak menulis laporan kami dan tidak menguji semula lapangan terbang di mana kami mendapati kerentanan yang agak besar untuk melihat sama ada masalah itu telah dibetulkan. Akhir sekali, agensi itu mulai mengeluarkan pemberitahuan terdahulu mengenai bila kami boleh menjalankan ujian 'menyamar' kami dan apa yang boleh kami 'semak.' . . . Apa yang berlaku pada 9/11 bukan kepincangan sistem. Lapangan terbang kami bukannya lebih selamat daripada sebelum 9/11. Perbezaan utama antara dahulu dan sekarang ialah, hidup sekarang lebih perit untuk para penumpang.[10]

Sumber-sumber lain turut membidas Suruhanjaya kerana tidak cukup membuat penyelidikan untuk mendekati teras masalah. Dalam temu ramah 2004, Bernard Gwertzman dari Majlis Hubungan Luar, mengulas tentang Laporan ini:

Sekali lagi, antara masalah terbesar dalam laporan suruhanjaya adalah hanya tertumpu kepada satu isu sahaja —pencegahan pengganasan — dan tiada hal-hal lain. Tetapi keahlian perisikan [A.S.] terdiri daripada lebih sejuta orang, kebanyakannya berpakaian seragam, dan juga anda membincangkan belanjawan dan kuasa pengaturcaraan, perlu diambil kira. . . . Kebanyakan kesimpulan ini barangkalinya amat berharga, tetapi laporan ini 13 bab sahaja. 11 babnya merupakan keterangan yang penuh kemahiran tentang apa yang berlaku dan apa yang tidak kena sehingga serangan 9/11 terjadi, tetapi tiadanya bab yang menerangkan apa yang dilakukan oleh mereka selepas 9/11, dan tiada bab yang menjelaskan bahawa ini hanya satu daripada berbagai-bagai masalah dalam perisikan dan pembaharuan perisikan."[11]

Dalam rencana bertajuk "Whitewash as Public Service: How The 9/11 Commission Report defrauds the nation" (Perkhidmatan Awam Menutup Keburukan: Bagaimana Laporan Suruhanjaya 9/11 menipu negara) yang keluar pada tahun 2004, penulis Benjamin DeMott untuk Harper's Magazine mendakwa:

Hakikat yang terus-terang dan harus dikesali . . . adalah bahawa Laporan Suruhanjaya 9/11 merupakan satu pendustaan dan penipuan, walaupun dibangunkan dengan usaha yang menggunung. Ia merupakan serangkai muslihat bersifat mengelak yang memperbudak-budakkan penatap, mengubah sikap terus terang menjadi ketidakadilan, serta menutupi hakikat yang mendesak penyiasatan dan konfrontasi segera. . . . Di teras segala kelalaian ini terletaknya sikap was-was yang mendalam daripada perbahasan awam yang bersungguh-sungguh dan banyak pengetahuan."[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "9/11 Commission finds 'deep institutional failings'". Abc.net.au. 2004-07-23. http://www.abc.net.au/am/content/2004/s1160100.htm. Capaian 2010-04-14. 
  2. "9/11 probe clears Saudi Arabia". BBC News. 2004-06-17. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/3815179.stm. Capaian 2010-04-14. 
  3. "National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States: Twelfth Public Hearing". 9-11commission.gov. 2004-06-17. http://www.9-11commission.gov/archive/hearing12/9-11Commission_Hearing_2004-06-17.htm. Capaian 2009-11-12. "Available to us at the Command Center of course is the military cell, which was our liaison with the military services. They were present at all of the events that occurred on 9/11." (Sliney) "...there were military people on duty at the FAA Command Center, as Mr. Sliney said. They were participating in what was going on." (Belger)
  4. "National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States". Govinfo.library.unt.edu. http://govinfo.library.unt.edu/911/hearings/hearing12.htm. Capaian 2010-04-14. 
  5. 5.0 5.1 National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States (2004). The 9/11 Commission Report. New York: W.W. Norton & Company. m/s. 364. ISBN 0393326713. 
  6. National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States (2004). The 9/11 Commission Report. New York: W.W. Norton & Company. m/s. 370. ISBN 0393326713. 
  7. Epstein, Susan B.. "U.S. Public Diplomacy: Background and the 9/11 Commission Recommendations". CRS Report for Congress. Congressional Research Service. http://fpc.state.gov/documents/organization/66505.pdf. Capaian 6 April 2011. 
  8. Rood, Justin (2006-10-03). "TPMmuckraker October 3, 2006 11:42am – Why Did 9/11 Panel Omit "Secret" Meeting?". Tpmmuckraker.com. http://www.tpmmuckraker.com/archives/001676.php. Capaian 2010-04-14. 
  9. Eggen, Dan (2006-10-03). "Tenet told 9/11 panel that he warned Rice of Al Qaeda – The Boston Globe". Boston.com. http://www.boston.com/news/nation/washington/articles/2006/10/03/tenet_told_911_panel_that_he_warned_rice_of_al_qaeda/. Capaian 2010-04-14. 
  10. 10.0 10.1 Bill Katovsky (2006-07-09). "San Francisco Chronicle – Flying the deadly skies/Whistle-blower thinks the state of U.S. aviation security invites another attack". Sfgate.com. http://www.sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/c/a/2006/07/09/INGIVJPJR91.DTL. Capaian 2010-04-14. 
  11. "Cordesman: 9/11 Commission Report Lacks Specifics – Council on Foreign Relations". Cfr.org. http://www.cfr.org/publication/7229/cordesman.html. Capaian 2010-04-14. 
  12. "Whitewash as Public Service". Harpers.org. http://www.harpers.org/WhitewashAsPublicService.html. Capaian 2010-04-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rencana berita[sunting | sunting sumber]