Bandar Taiping
| Taiping تايڤيڠ 太平 |
|||
|---|---|---|---|
| — Daerah ibu kota — | |||
| Jalan Kota ketika malam | |||
|
|||
|
|
|||
| Koordinat: 4°51′U 100°44′T / 4.85°U 100.733°T | |||
| Negara | Malaysia | ||
| Negeri | Perak | ||
| Daerah | Larut, Matang & Selama | ||
| Kerajaan | |||
| • Jenis | Perbandaran | ||
| • Yang Dipertua | Shahrom B Dato' Abd Malik [1] | ||
| • Orang Besar Jajahan | Y.A.Bhg.Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad [2] | ||
| • Pegawai Daerah | Harun Bin Rawi [3] | ||
| • Wakil Rakyat | Nga Kor Ming [4] | ||
| • Pentadbir Mukim | Haji Musanib b. Haji Ahmad, Zamri bin Ariffin dan Zailani Bin Hashim [5] | ||
| Kawasan | |||
| • Jumlah | 186.46 km2 (71.99 sq mi) | ||
| Populasi (2010) | |||
| • Jumlah | 212,562 | ||
| • Kepadatan | 1,197/km2 (3,100/sq mi) | ||
| Zon waktu | MST (UTC+8) | ||
| Poskod | 34xxx | ||
| Kod kawasan | 05 | ||
| Laman web | Majlis Perbandaran Taiping (MPT) | ||
Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
- 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
- 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.
- 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
- 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Binaan dan Kemudahan [sunting]
Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [6]mahupun elektronik [7]. Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:
- Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. [8]
- Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. [9]
- Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. [10]
- Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. [11]
- Muzium Perak
- Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879.[12]
- Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
- Taman Tasik Taiping
- Zoo Taiping
Pulau Kelumpang [sunting]
Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.
Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.
Populasi [sunting]
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang (ke-29).
Lokasi [sunting]
Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.
Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.
Muka bumi [sunting]
Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.
Pentadbiran [sunting]
Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:
- Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang
- Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.
Majlis Perbandaran Taiping [sunting]
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
- 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
- 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
- 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
- 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
- 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :
- Bandar Taiping
- Batu Kurau
- Pengkalan Alor
- Kamunting
- Simpang
- Assam Kumbang
- Sungai Limau
- Jebong
- Bukit Gantang
- Tupai
- Trong
- Sungai Tinggi
- 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan
- 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal dan tidak tikenakan cukai taksiran tahunan.
Pasukan keselamatan [sunting]
Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.
Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.
Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :
- Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
- First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
- Malay States Guides (MSG) 1896-1919
Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.
Keagamaan [sunting]
Waktu solat, iftar dan imsak [sunting]
Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 2 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 2 bagi Waktu Solat Negeri Perak
Masjid [sunting]
- Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota 34000 Taiping
- Masjid At-Taufiqiah Khairiah, Kampung Pokok Assam 34000 Taiping
- Masjid Daerah Taiping, Jalan Kampung Jambu 34000 Taiping
- Masjid Hanafi, Jalan Temenggong 34000 Taiping
- Masjid India Muslim, 34000 Taiping
- Masjid Al-ansar, Kampung Balik Bukit Jalan Kerian 34020 Taiping
- Masjid Ar-ridzuaniah, Kampung Selamat, Jalan Kerian 34020 Taiping
- Masjid Pondok Tanjung, 34010 Taiping
- Masjid Kampung Air Kuning, Kampung Air Kuning 34000 Taiping
- Masjid Kampung Batu 8, Kampung Batu 8, Jalan Trong 34850 Changkat Jering
- Masjid Nurul Islam, d/a 1024 Lorong 49 Aulong 34000 Taiping
- Masjid Pengkalan Aur, Kampung Pengkalan Aur Jalan Simpang 34000 Taiping
- Masjid Telekom, Jalan Lumba Kuda 34000 Taiping
Pautan luar [sunting]
- Majlis Perbandaran Taiping, Laman web rasmi Majlis Perbandaran Taiping
- Peta-peta tentang Taiping, Peta Taiping
- Zoo Taiping Dan Night Safari, Laman web rasmi Zoo Taiping
- Sejarah Taiping
- (Inggeris) Initiatif Kedamaian Taiping, Laman web rasmi Kedamaian Taiping
- Jabatan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan, Laman web rasmi Jabatan DYMM Sultan Perak
Rujukan [sunting]
- ↑ Majlis Perbandaran Taiping Perutusan YDP
- ↑ Orang Besar Jajahan
- ↑ Pegawai Daerah Taiping
- ↑ Senarai Wakil Rakyat
- ↑ Pentadbiran Mukim
- ↑ Banyak yang pertama di Taiping
- ↑ Pertama di Taiping
- ↑ Sejarah Telekomunikasi Malaysia
- ↑ Bukit Larut
- ↑ Latarbelakang Kementerian Kesihatan Malaysia
- ↑ Kereta api pertama Di Malaysia, Taiping
- ↑ Sejarah Penjara - Jabatan Penjara Taiping