Larutan akueus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cangkerang pensolvatan pertama ion natrium terlarut dalam air

Larutan akueus adalah larutan yang pelarutnya adalah air. Ia sering ditunjukkan dalam persamaan kimia dengan tanda (ak) sehinggalah rumus, seperti NaCl (ak). Perkataan akueus bermaksud sebahagian, menyerupai, berkaitan, atau terlarut dalam air. Memandangkan air adalah pelarut yang terbaik dan juga banyak secara semula jadi, ia adalah pelarut biasa dalam kimia.

Bahan hidrofobik ('takut air') tidak terlarut dalam air manakala bahan hidrofilik ('suka air') boleh larut. Contoh bahan hidrofilik ialah natrium klorida (garam makan biasa). Asid dan Bes adalah larutan akueus, sebagai sebahagian daripada takrifan Arrhenius.

Kebolehan satu-satu bahan melarut dalam air ditentukan sama ada bahan tersebut boleh meyamai atau melebihi kekuatan daya tarikan yang dijana oleh molekul air antara sesama molekul. Jika bahan tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk melarut dalam air, bahan terbut akan membentuk mendapan.

Larutan akueus yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan cekap mengandungi elektrolit yang kuat, manakala yang tidak berapa baik mengalirkan elektrik dianggap mempunyai elektrolit yang lemah. Elektrolit yang kuat adalah bahan yanh boleh terion secara lengkap di dalam air.

Bahan tak elektrolit adalah bahan yang boleh menyerap dalam air tetapi mengekalkan integriti molekulnya (tidak berpecah kepada ion). Contohnya ialah gula, urea, gliserol, dan metilsulfonilmetana (MSM).

Apabila melakukan pengiraan tentang tindak balas satu atau lebih larutan akueus, seseorang itu harus mengetahui kepekatan, atau kemolaran, bagi larutan akueus tersebut. Kepekatan larutan ditunjukkan dalam bentuk zat terlarut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]