Larva migrans visera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Larva migrans visera
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10B83.0
ICD-9128.0
P. Data Penyakit13882
MedlinePlus000633
eMedicineped/2407
MeSHD007816
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Larva migrans visera ialah suatu keadaan pada manusia yang disebabkan oleh larva hijrah daripada nematod tertentu, manusia sebagai perumah terakhir, dan pertama kali dilaporkan pada 1952.<refPetik pmid|16223954}}</ref> Toxocara canis,[1] Toxocara cati,[1] dan Ascaris suum.[2] Nematod-nematod ini boleh menjangkit tetapi tidak matang di dalam nausia dan selepas berhijrah melalui dinding usus, bergerak dengan saliran darah ke pelbagai organ tempat ia menyebabkan keradangan dan kerosakan. Organ termasuk boleh termasuk hati, jantung (menyebabkan radang otot jantung) dan sistem saraf pusat (menyebabkan disfungsi, sawan, dan koma). Suatu varian istimewa ialah larva migrans mata yang biasanya melibatkan T. canis bergerak ke mata.

Hanya beberapa biji telur cacing bulat boleh menyebabkan larva migrans pada anak manusia atau manusia dewasa. Walau bagaimanapun, larva migrans kelihatan menjejaskan kanak-kanak berumur 1–4 tahun dengan lebih kerap sementara larva migrans mata lebih kerap menjejaskan kanak-kanak berumur 7–8 tahun. Antara 4.6% dengan 23% daripada kanak-kanak Amerika Syarikat telah dijangkiti dengan telur cacing bulat anjing. Bilangan ini adalah jauh lebih tinggi di bahagian lain dunia, seperti Colombia, iaitu sehingga 81% daripada kanak-kanak telah terjangkit.[3]

Larva migrans kulit ialah suatu keadaan yang melibatkan nematod seperti Ancylostoma braziliense berhijrah ke kulit.

Senarai agen penyebab sindrom larva migrans tidak disetujui dan berlainan sesama pengarang.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Templat:Petik pmid
  2. ^ Templat:Petik pmid
  3. ^ Cheprasov, Artem. 2012. Death at the Playground. Guru Magazine. 11. pp. 59-61.
  4. ^ Universiti Negeri Iowa (Mei 2005). "Larva migrans" (PDF). Dicapai pada 10 November 2010.

Templat:Helmintiasis