Lata Berkoh
Lata Berkoh merupakan salah satu tempat yang menarik di Taman Negara Malaysia. Lata Berkoh merupakan tempat para pengunjung mandi manda. Di sini terdapat sebuah lata yang menarik.
Perjalanan dari Jeti Kuala Tahan ke Lata Berkoh mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada keadaan air. Sekiranya musim surut, perjalanannya mengambil masa yang lebih lama kerana bot perlu ditolak untuk melepasi kawasan cetek. Pada musim tengkujuh, di mana air Sungai Tahan melimpahi tebing, perjalanan ke Lata Berkoh tidak dibenarkan kerana berbahaya. Perjalanan ke Lata Berkoh menggunakan bot kecil sepanjang 33 kaki. Hanya 4 penumpang dibenarkan pada satu-satu masa. Bayaran ke Lata Berkoh adalah sebanyak RM 120.00 bagi sebuah bot. Bagi pengunjung ke Lata Berkoh, mereka perlu membuat tempahan awal di kaunter penerangan. Perjalanan hanya 2 kali sehari iaitu pukul 9.30 pagi dan 2.30 petang.