Laticauda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laticauda
Laticauda colubrina
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Keluarga: Elapidae
Subkeluarga: Hydrophiinae
Genus: Laticauda
Species

Laticauda colubrina
Laticauda crockeri
Laticauda laticaudata
Laticauda semifasciata

Laticauda ialah satu genus ular dari keluarga Hydrophiinae. Spesies Laticauda adalah yang paling kurang tersuai dengan kehidupan laut dalam kalangan semua ahli Hydrophiinae; ia memelihara sisik ventral lebar yang ketara pada ular daratan serta sirip ekor yang kurang kembang. Ia lebih sesuai hidup di darat dan air cetek.

Saiz[sunting | sunting sumber]

Seekor ular ini boleh mencapai panjang 3.6 meter.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Laticauda terdapat di seluruh kepulauan Asia Selatan dan Tenggara dari India di barat ke utara sejauh Jepun, dan ke tenggara hingga Fiji. Ia banyak terdapat di kawasan perairan.[1]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Spesies Laticauda makan di laut dan memangsakan ikan belut, sotong, ketam dan ikan. Ia tidak pernah dilihat memakan di daratan.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Laticauda lazimnya giat memburu pada waktu malam. Walaupun bisanya amat berbahaya, namun Laticauda biasanya segan dan suka menyorok. Di New Caledonia, kanak-kanak suka bermain dengan ular ini yang dipanggil tricot rayé ("baju panas berjalur"). Patukan amat jarang berlaku, tetapi mesti dirawat segera.[2]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Laticauda bertelur dan kembali ke darat untuk mengawan dan bertelur.

Spesies dan taksonomi[sunting | sunting sumber]

Kini telah dikenalpastinya 8 spesies:[3][4]

Spesies L. schistorhynchus dan L. semifasciata pernah digolongkan dalam genus Pseudolaticauda oleh sesetengah pengarang.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kindersley, Dorling (2001,2005). Animal. New York City: DK Publishing. ISBN 0-7894-7764-5. 
  2. Notes du Centre d'études biologiques de Chizé (UPR1934 CNRS), CNRS DR15 - La Lettre de la Délégation n°202.
  3. Heatwole, H., S. Busack & H. Cogger (2005) Geographic variation in sea kraits of the Laticauda colubrina complex (Serpentes: Elapidae: Hydrophiinae: Laticaudini). Herpetological Monographs 19, 1-136.
  4. Cogger, H.G. & H.F. Heatwole (2006) Laticauda frontalis (de Vis, 1905) and Laticauda saintgironsi n.sp. from Vanuato and New Caledonia (Serpentes: Elapidae: Laticaudinae)- a new lineage of sea kraits? Records of the Australian Museum 58, 245-256
  5. Kharin, V.E. & V.P. Czeblukov (2006) A new revision of the sea kraits of family Laticaudidae Cope, 1879 (Serpentes: Colubroidea). Russian Journal of Herpetology 13, 227-241.