Laugh-O-Gram Studio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laugh-O-Gram Studio
Industri Studio filem
Nasib Muflis
Ditubuhkan 1922
Dibubarkan 1923
Ibu pejabat Kansas City, Missouri
39°04′13″U 94°34′12″B / 39.070362°U 94.56994°B / 39.070362; -94.56994Koordinat: 39°04′13″U 94°34′12″B / 39.070362°U 94.56994°B / 39.070362; -94.56994
Perancang utama Walt Disney

Laugh-O-Gram Studio ialah sebuah bekas studio perfileman yang terletak di tingkat dua Bangunan McConahay Building di alamat 1127 East 31st di Bandaraya Kansas, Missouri.

Studio ini memainkan peranan dalam zaman terawal industri animasi, sebagai tempat lahirnya ramai pelopor animasi yang dibawa ke situ oleh Walt Disney, dan juga tempat yang dikatakan memberikan ilham kepada Disney untuk mereka watak Mickey Mouse.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 1922, Disney menubuhkan Laugh-O-Gram Films dengan modal sebanyak $15,000. Syarikat ini menerima kontrak bernilai $11,000 untuk menerbitkan enam filem cerita dongeng untuk Pictorial Clubs, Inc. yang menjadi muflis; filem cerita dongeng ketujuh dijual kepada pihak Pictorial secara berasingan. Antara para pekerja Disney yang mengusahakan siri ini menjadi pelopor animasi, termasuk Ub Iwerks, Hugh Harman, Rudolph Ising, Carmen Maxwell, dan Friz Freleng.

Syarikat imi berdepan dengan kesukaran mencari rezeki; pada akhir tahun 1922, Disney berumah dalam pejabat, dan hanya mandi sekali seminggu di Stesen Union.

Thomas McCrum, seorang doktor gigi dari Bandaraya Kansas menyelamatkan Disney daripada kejatuhan diri dengan menempah Disney dengan tawaran $500 untuk pembikinan Tommy Tucker's Tooth[1][2], filem pendek yang memupuk kebaikan memberus gigi.[3]

Setelah menghasilkan filem pendek terakhir, iaitu Alice Comedies yang menggabungkan lakonan hidup dan animasi, Laugh-O-Gram diisytiharkan muflis pada Julai 1923. Kemudian, Disney berpindah ke Hollywood, California, dengan menjual kamera filem miliknya, untuk duit yang cukup untuk tambang keretapi sehala, dan membawa bersamanya gelungan filem Alice's Wonderland yang belum siap.

Ilham untuk Mickey Mouse[sunting | sunting sumber]

Dalam beberapa temuramah lama kemudian, Disney memberitahu bahawa beliau diilhamkan oleh seekor tikus jinak di mejanya di Laugh-O-Gram untuk melukis Mickey.

Tikus-tikus itu selalu merebut serdak dalam bakul sampah saya ketika saya bekerja sendirian pada larut malam. Saya mengangkat mereka keluar lalu mengurungkan mereka dalam sangkar dawai di atas meja saya. Saya semakin menyukai salah seekor tikus yang berbulu perang, si kecil yang takut-takut itu. Dengan menepik-nepik hidungnya dengan pensel saya, saya melatihnya untuk berlari di dalam bulatan hitam yang saya lukis pada papan lukisan. Ketika meninggalkan Kansas untuk mencuba nasib di Hollywood, saya keberatan untuk meninggalkan tikus itu, jadi saya membawanya ke belakang rumah dengan berhati-hati, dengan memastikan persekitarannya bagus, maka si kecil jinak itu melompat-lompat kebebasan.[4]

Pada tahun 1928, ketika menaiki keretapi ke New York, Disney menunjukkan lukisannya kepada isterinya Lillian Marie Bounds dan meluahkan hasratnya untuk menamakan watak dalam lukisan itu sebagai "Mortimer Mouse." Lilian mengulas bunyinya "terlalu keperempuanan" dan mencadangkan pula nama Mickey Mouse.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Entry for Tommy Tucker's Tooth from The Encyclopedia of Disney Animated Shorts, the detailed personal website of a Rhode Island-based fan of the films
  2. Tommy Tucker's Tooth di Pangkalan Data Filem Internet
  3. Capturing the Disney Magic Every Day of Your Life by Pat Williams ISBN 0-7573-0231-9
  4. 4.0 4.1 Walt Disney: Conversations (Conversations With Comic Artists Series) by Kathy Merlock Jackson with Walt Disney " ISBN 1-57806-713-8 page 120

Pautan luar[sunting | sunting sumber]