Laut Bering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan Laut Bering

Laut Bering merupakan kawasan perairan di Lautan Pasifik yang dipisahkan dari Teluk Alaska oleh Semenanjung Alaska dan Kepulauan Aleut. Keluasan laut ini mencapai sekitar 2 juta km². Laut ini dikelillingi oleh Alaska di timur; Siberia dan Semenanjung Kamchatka, Rusia di sebelah barat, Semenanjung Alaska dan Kepulauan Aleut di selatan. Di utara laut ini ialah Selat Bering. Selat ini memisahkan laut ini dengan Laut Chukchi.

Laut Bering juga membentuk satu teluk yang memisahkan Semenanjung Alaska dengan tanah besarnya, yang bernama Teluk Bristol. Laut Bering ini dinamakan sempena nama seorang pelayar Denmark bernama Vitus Bering.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kepulauan dan pulau di Laut Bering. Di antaranya ialah:

Di kawasan Laut Bering terdapat beberapa lagi kawasan perairan, di antaranya:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Bering Sea Climate and Ecosystem - Laman web yang dibangunkan oleh NOAA dan Universiti Washington (Institut Joint bagi kajian untuk Atmosfera dan Lautan).