Laut Galilee
| Laut Galilee | |
|---|---|
| Foto dari angkasa ke atas Laut Galilee | |
| Koordinat | 32°50′U 35°35′T / 32.833°U 35.583°TKoordinat: 32°50′U 35°35′T / 32.833°U 35.583°T |
| Jenis tasik | Monomictic |
| Aliran masuk | Hulu Sungai Jordan dan punca setempat [1] |
| Aliran keluar | Hilir Sungai Jordan, pengewapan |
| Kawasan tadahan | 2,730 km2 (1,050 batu²) [2] |
| Negara cekungan | Israel, Syria, Lebanon |
| Panjang maksimum | 21 km (13 bt) |
| Lebar maksimum | 13 km (8.1 bt) |
| Kawasan permukaan | 166 km2 (64 batu²) |
| Kedalaman purata | 25.6 m (84 ka) |
| Kedalaman maksimum | 43 m (141 ka) |
| Isipadu air | 4 km3 (0.96 batu padu) |
| Waktu kediaman | 5 tahun |
| Panjang pantai1 | 53 km (33 bt) |
| Permukaan peninggian | -209 m (686 ka) |
| Pulau | 2 |
| Rujukan | [1][2] |
| 1 Panjang pantai ialah bukan ukuran yang ditakrifkan dengan baik. | |
Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Bahasa Ibrani: ים כנרת, Bahasa Arab: بحيرة طبريا), terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).[3] Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).[4]
Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 Aaron T. Wolf, Hydropolitics along the Jordan River, United Nations University Press, 1995
- ↑ 2.0 2.1 http://www.exact-me.org/overview/images/p31_map.gif
- ↑ Data Summary: Lake Kinneret (Sea of Galilee)
- ↑ The 1996-discovered subglacial Lake Vostok challenges both records; it is estimated to be 200 to 600 m below sea level.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Laut Galilee |
- Israel Bans Fishing in Sea of Galilee
- World Lakes Database entry for Sea of Galilee
- Bibleplaces.com: Sea of Galilee
- Sea of Galilee photos
- Peace Mural of the Sea of Galilee in the Chapel of the Good Shephard - Ramallah