Laut Laptev
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Laut Laptev (Rusia:мо́ре Ла́птевых) merupakan satu kawasan perairan di Lautan Artik. Ia terhasil dari lingkungan pulau-pulau yang mengelilinginya. Kedudukan laut ini diantara Severnaya Zemlya, persisiran pantai timur Siberia, Semenanjung Taymyr dan Pulau Siberia Baru. Batasan utaranya melepasi dari Tanjung Artik hingga ke titik kordinat 79°U and 139°T dan berhampiran Tanjung Anisiy. Laut Kara terletak disebelah barat, Laut Siberia Timur disebelah timur.
Keluasan laut ini merangkumi sehingga 672,000 km². Ia boleh dikemudik diantara bulan Ogos dan September. Laut Laptev diberi nama, semprna nama penjelajah Rusia, iaitu Dmitry Laptev dan Khariton Laptev. Sebelum ini, Laut Laptev dikenali sebagai Laut Nordenskjold (selepas penjelajah bernama Adolf Erik Nordenskiöld).[1]
Sungai Lena, merupakan lembah sungai utama, ia merupakan penyumbang kepada Laut Laptev.
[sunting] Nota
- ↑ Colliers Encyclopedia

