Laut Sulawesi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laut Sulawesi

Laut Sulawesi yang terletak di barat Lautan Pasifik disempadani dengan Kepulauan Sulu, Laut Sulu, Kepulauan Mindanao di utara, rangkaian Kepulauan Sangihe di timur, Sulawesi di selatan dan Kalimantan Barat di barat. Laut ini terbentuk daripada lembangan besar dengan kedalaman sehingga 20,300 kaki (6,200 m). Ia mengunjur 420 batu (675 km) dari utara-selatan dan 520 batu (837 km) timur-barat. Jumlah luas permukaannya adalah 110,000 batu persegi (280,000 km²). Bukaan laut ini menuju Laut Jawa melalui Selat Makassar.

Laut Sulawesi merupakan sebahagian lembangan laut purba yang terbentuk 42 juta tahun dahulu. Sejak 20 juta tahun dahulu, pergerakan kerak bumi telah menolak lembangan Sulawesi menghampiri kawasan gunung berapi Indonesia dan Filipina.

Sempadan di antara Sulawesi dan Laut Sulu terletak di Rabung Sibutu-Basilan. Arus laut yang kuat, jurang laut yang dalam dan gunung dasar laut, dengan gabungan pulau gunung berapi, menghasilkan ciri-ciri oseanografi yang kompleks.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°34′23″N 121°57′44″E / 3.57306°U 121.96222°T / 3.57306; 121.96222