Lautan Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lautan Selatan.
5 lautan bumi



Lautan Selatan merupakan lautan yang mengelilingi benua Antartika. Ia merupakan lautan keempat terbesar di dunia. h Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa telah bersepakat memanggilnya sebagai lautan pada tahun 2000. Sebelum itu, umum berpandangan bahawa Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik terus bertemu dengan persisiran pantai benua Antartika.

Koordinat geografi[sunting | sunting sumber]

65 00 S, 0 00 E (secara nominal), tetapi Lautan Selatan mempunyai ciri-ciri unik (lihat definisi lautan) sebagai kawasan perairan besar yang mengelilingi benua Antartika sepenuhnya. Lautan ini terletak antara garis lintang 60 darjah selatan sampai ke persisiran pantai benua Antartika, dan melitupi sekitar 360 darjah garis membujur permukaan bumi.

Kawasan Lautan Selatan masih belum diiktiraf sepenuhnya oleh seluruh dunia. Australia menandakan Lautan Selatan sebagaimana IHO namun memasukkan juga seluruh laut yang terletak di antara pantai selatan benua Australia, Tasmania dan New Zealand sebagai Lautan Selatan dan bukan sebagai Lautan Hindi.[1]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Suhu airnya adalah berbeza-beza dengan julat sekitar 10 hingga - 2°C. Angin taufan bergerak dari arah timur mengelilingi benua Antartika dan seringkali bertiup kencang berikutan perbezaan suhu yang nyata antara dataran air batu dengan laut terbuka. Wilayah lautan dari garis lintang 40 S sampai ke Lingkaran Antartika merupakan wilayah dengan angin berkelajuan paling kencang berbanding mana-mana tempat di atas permukaan bumi. Sewaktu musim dingin, sebahagian permukaannya membeku hingga ke garis lintang 65 darjah selatan di bahagian Pasifik dan sampai ke garis membujur 55 darjah Selatan di bahagian Atlantik. Suhunya pula boleh turun hingga di bawah 0 °C. Beberapa bahagian di pesisir benua kadangkala tidak membeku kerana adanya angin kencang yang bertiup terus-menerus dari pedalaman benua ke arah lautan.

Dataran[sunting | sunting sumber]

Lautan Selatan memiliki kedalaman sekitar 4000 hingga 5000 m pada hampir kesemua penjurunya. Namun, ada beberapa tempat yang mempunyai kedalaman yang dangkal. Dangkalan benua Antartika umumnya sempit dan lebih dalam (400 sampai 800 meter) berbanding rata-rata kedalaman dangkalan di lain benua (133 meter).

Litupan ais Antartika membesar dari sekurang-kurangnya 2,6 juta km² pada bulan Mac sehingga mencapai 18,8 juta km² pada bulan September. Hal ini bermaksud keluasannya boleh meningkat hampir 7 kali ganda. Arus kutub yang mengelilingi benua Antartika (berukruan 21,000 km panjang) bergerak ke arah timur. Arus ini merupakan arus lautan terbesar didunia kerana ia mengalirkan air sejumlah 130 juta m³ setiap saat, iaitu lebih kurang 100 kali ganda aliran air sungai yang ada di dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 70°S 150°B / 70°S 150°B / -70; -150