Law Choo Kiang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

BIODATA


YB Law Choo Kiang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Kawasan N18 Bukit Tambun yang terletak dalam kawasan parlimen Batu Kawan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN), Huan Cheng Guan dengan majoriti sebanyak 5,129 undi. Beliau memperolehi 9,855 undi berbanding lawannya yang hanya memperolehi 4,726 undi.

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) mengendalikan portfolio Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Beliau dilahirkan pada 05 September 1970 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek. Men. Jenis Kebangsaan Jit Sin, Bkt Mertajam. Menyambung pengajian dalam bidang Business Administration di Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Taiwan dan memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Bachelor of Business Administration) pada tahun 1994.

Memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan kilang di Shezhen, China. Menjawat jawatan Pengurus di beberapa kilang multinational.

Menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat) pada tahun 2000. Telah dilantik sebagai Ketua Biro Perhubungan Masyarakat PKR pada tahun 2001. Pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian PKR Bukit Mertajam dari tahun 2002 hingga 2004.

Menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri pada tahun yang sama. Pada tahun 2006, dilantik menjadi Ketua Penerangan Negeri. Telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri mulai 2010 sehingga kini.


Alamat Pejabat KOMTAR : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Tingkat 53, KOMTAR 10503 P.Pinang Tel : 04-2620862 / 04-6505356 Fax : 04 – 2618703


Alamat Pusat Khidmat : No. 46, Jalan Besar, Taman Belibis, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang Tel : 04-5880818 Fax : 04-5880885


DEMI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

YB Law Choo Kiang mempunyai aspirasi mewujudkan kawasan luar bandar berdaya maju dari segi ekonomi, masyarakat yang sejahtera dan kualiti kehidupan yang bertaraf bandar serta selamat didiami.

Di bawah portfolio Pembangunan Luar Bandar, YB Law mengambil berat tentang kesejahteraan hidup masyarakat di luar bandar. Segala usaha diambil untuk memastikan kesempurnaan asas yang diperlukan oleh masyarakat dijaga di mana tumpuan khusus telah diberikan kepada perumahan memandangkan ianya adalah satu aspek yang penting dalam kualiti hidup.

Program Bantuan Rumah Rakyat Miskin dan Miskin Tegar telah diperkenalkan bagi menyediakan perumahan berkualiti kepada golongan sasar seperti OKU (Orang Kelainan Upaya), warga emas dan ibu tunggal.

Beliau yakin dengan usaha dan komitment dari jabatan-jabatan yang terlibat, pelaksanaa projek bina baru rumah dan baik pulih rumah dapat meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup keluarga miskin dan miskin tegar di luar bandar.

TAHUN 2011

Bantuan Baiki & Bina Baru Rumah

Daerah Timur Laut  : 6 buah (RM 118,212.58)

Daerah Barat Daya  : 21 buah (RM 314,400.00)

Daerah Seberang Prai Utara  : 29 buah (RM 315,710.00)

Daerah Seberang Prai Tengah  : 32 buah (RM 438,400.00)

Daerah Seberang Prai Selatan : 18 buah (RM 261,000.00)


Jumlah Peruntukan : RM 1,447,722.58


PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DEMI GENERASI MASA DEPAN

YB Law Choo Kiang menjadikan pemeliharaan alam sekitar satu keutamaan, menggerakkan kami ke arah mengembalikan ekosistem sungai kepada persekitaran semulajadi dengan mengambil langkah-langkah pencegahan dan meningkatkan kesedaran orang awam kepada kepentingan sungai.

Di bawah pengawasan pentadbiran YB Law, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melaksanakan Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S) dengan memilih Sungai Pinang untuk dipulihkan. Sungai Pinang dengan panjangnya 3.1 km adalah sungai utama dalam sistem tadahan seluas 50.97km persegi di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Pencemaran merupakan masalah utama Sungai Pinang dan antara punca-punca pencemaran yang dikenalpasti adalah air sisa buangan dari kawasan perindustrian, perumahan dan sampah-sarap yang dibuang terus ke dalam sungai.

Pengurusan sungai yang bijak dan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan rawatan air sungai oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran berjaya meningkatkan kualiti air Sungai Pinang. Sehingga Julai 2010, kualiti air Sungai Pinang adalah Indeks Kualiti Air Kelas III dan disasarkan mencapai Indeks Air Kualit Air Kelas IIB menjelang tahun 2015.

Pemulihan Sungai Pinang di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S) mendapat taraf Empat Bintang dalam Penarafan Bintang Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS).


EXCO PERTANIAN : PADI

Sektor pertanian di Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan negatif dalam dekad dari 1990-2000. Sejak peningkatan produktiviti dalam bidang pertanian tidak dapat mengimbangi aliran keluar sumber manusia dari pertanian kepada sektor-sektor lain, KDNK pertanian di Pulau Pinang menurun dengan ketara, daripada 7.2 peratus pada tahun 1990 kepada 1.8 peratus sahaja pada tahun 2008.

YB Law Choo Kiang berpandangan bahawa walaupun peranan pertanian dalam ekonomi negeri Pulau Pinang adalah lebih kecil berbanding dengan sektor perindustrian, ia tetap merupakan sumber pendapatan yang penting kepada para petani untuk menyara hidup keluarga mereka.

Semenjak dilantik sebagai Pegerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, usaha-usaha telah dijalankan untuk membangkitkan semula pertumbuhan sektor pertanian. Antara tumpuan utama adalah meningkatkan hasil pengeluaran padi selaras dengan dasar kerajaan untuk Keselamatan Bekalan Makanan Negara dan penggantian beras import.

Pelbagai pelan tindakan yang mencakupi pengurusan jentera, penyediaan tanah sawah (pembajakan, pengapuran dll), pemilihan benih padi yang sesuai, pengurusan menanam padi, pengurusan kawalan rumpai, perosak dan penyakit padi, pengurusan pembajaan dan penuaian telah dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti IADA, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Pertubuhan Peladang dan MARDI.

Infrastruktur ladang turut dinaik taraf dengan melaksanakan projek merata tanah sawah, pembinaan parit ladang yang lengkap dan pembinaan struktur kawalan air di petak sawah bagi menghasilkan satu sistem pengurusan air yang lebih berkesan.

Insentif-insentif diberikan kepada para pesawah negeri untuk mengurangkan peningkatan kos pengeluaran padi melalui:

1. Harga minimum terjamin bagi padi dinaikkan dari RM 559 kepada RM 650 setan metrik. 2. Insentif pengeluaran padi sebanyak 240 sehektar semusim 3. Insentif peningkatan hasil sebanyak rm 650 setan metrik tambahan hasil kepada semua pesawah

Di samping itu, insentif sebanyak RM 650 turut diberikan kepada pesawah yang berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 10 metrik tan serta insentif peningkatan hasil minimum sebanyak RM 200 bagi para pesawah sawah yang kurang daripada 2 hektar.

Berdasarkan laporan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian, usaha-usaha yang dijalankan jelas menunjukkan kejayan. Pada tahun 2010, Pulau Pinang merupakan pengeluar padi tertinggi di Malaysia.


WARGA EMAS

Pada tahun 1970-an, masa depan penduduk Pulau Pinang kelihatan suram. Status pelabuhan bebas telah ditarik balik oleh kerajaan persekutuan. Kadar pengangguran pada masa itu adalah 16%. Ekonomi dunia berada dalam kemelesetan.

Belia-belia pada masa itu yakin menangani cabaran-cabaran ini dan bekerja keras untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang maju dan makmur hari ini.

Sekarang majoriti orang-orang ini dikategorikan sebagai warga emas dan bersara.

YB Law Choo Kiang percaya bahawa kerajaan negeri perlu menunjukkan penghargaan kepada warga-warga emas yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri ini.

Beliau memberi sokongan kepada "Program Penghargaan Warga Emas RM 100 setiap tahun dan RM 1,000" one-off "Urusan Jenazah" kepada waris.

Beliau telah menggerakkan pegawai-pegawai di kawasan DUN, Bukit Tambun mendapatkan warga-wargs emas mendaftar untuk program ini. Melalui usaha beliau, lebih daripada 60% daripada warga emas telah didaftarkan pada tahun pertama (2010).

Beliau terus berusaha meningkatkan bilangan pendaftar warga emas di kawasan Bukit Tambun untuk tahun 2011 dan 2012. Adalah harapan YB Law bahawa dasar-dasar dan aktiviti yang dijalankan untuk warga emas perlu dikaji semula supaya besesuaian dengan keperluan dan keadaan semasa.


JABATAN PERTANIAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Sejak mengambil alih portfolio Pembangunan Luar Bandar, YB Law Choo Kiang berhasrat merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

Program dan projek pembangunan pertanian telah dimulakan di mana kesemua usaha ini dirangka bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk dan membasmi kemiskinan.

Projek Pembangunan

Projek kelompok merupakan pendekatan pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Tujuan pembangunan projek ini ialah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran ladang dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

Sehingga kini terdapat 228 projek kelompok telah beroperasi dengan keluasan bertanam 17,823.70 ha (CHE ). Bilangan petani yang terlibat pula adalah seramai 7733 orang.

Terdapat sebanyak 15 kategori komoditi yang diusahakan secara berkelompok termasuklah buah, bunga, cendawan, kelapa sawit, kelapa, koko, komoditi lain, padi, rempah, sayur, tebu, tembakau dan tanaman singkat masa.

Ciri-ciri Projek Kelompok

-Meliputi kawasan tertentu

-Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 keluarga petani.

-Mempunyai satu jawatankuasa

-Bilangan komoditi yang terlibat boleh melebihi satu

Program Pembangunan Industri

Tujuan

Membangunkan enterprise dan usahawan asas tani ke arah pembangunan industri asas tani yang mampan.

Meningkatkan pendapatan peserta melalui aktiviti nilai tambah terutama mereka yang berpendapatan kurang RM 1000/bulan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tani dalam bidang asas tani dan pengurusan bisnes.

Komponen Program

1. Kumpulan Pengembangan Wanita ( KPW )

  Ditubuhkan di peringkat kampung dengan struktur organisasi teratur
  

Tujuan

Meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar Memberi peluang kepada suri rumah menceburi bidang perusahaan pemprosesan makanan secara berkumpulan.


2. Industri Kecil

Sebahagian usahawan yang lahir dari KPW yang berupaya menjalankan perusahaan secara individu

Terdapat juga usahawan bukan dari ahli KPW

Pengusaha individu yang menjalankan perusahaan secara kecilan kepada komersil Produk yang dikeluarkan juga berasaskan pertanian seperti hasilan kacang soya, kordial, hasilan cili.


3. Pusat Pembangunaan Keluarga Tani

Terdiri dari makmal pemprosesan makanan dan bilik kuliah

Diwujudkan untuk membimbing dan membantu pengusaha supaya lebih maju dan berdikari untuk mempertingkatkan perusahaan ke tahap yang lebih komersil

Berperanan dalam memberi khidmat nasihat berupa kursus dan latihan


Kursus yang dianjurkan :

1. Kursus Asas Fertigasi

2. Penanaman Sayuran Secara Organik

3. Teknologi Cendawan

4. Hasilan Cili

5. Tanaman Nenas

6. HasilanVCO

7. Pemprosesan Makanan Sejuk Beju

8. Pasaran Herba Masa Kini

9. Bakeri - Roti, Kek dan Biskut

10. Simenferro

11. Hasilan Soya dan Cincau

12. Natural Farming / BIM

13. Pemprosesan Taugeh

14. Pemprosesan Mee Kuning dan Mee Sanggul

15. Penanaman Cendawan Shitake & Jerami Padi