Lawak Kampus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lawak Kampus
Kulit komik grafik Lawak Kampus Jilid 17
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square (kini Kadokawa Gempak Starz) Komik Fatdream 2011-Sekarang
Majalah: Gempak (sehingga 2020)
Format
  • Hitam-dan-putih (jilid 1-jilid 6)
  • Berwarna (jilid 7-sekarang)
Tarikh penerbitan2003-kini
Bil. isu43
Watak utamaVanness dan Froggy (watak utama)
Pasukan kreatif
Karya
  • Chong Kah Hwee (Keith)
  • Zelo (sehingga Disember 2003)
PewarnaSiew
Editor

Lawak Kampus (Kuso High School bagi versi Inggeris dan Cina) merupakan karya daripada Keith (Chong Kah Hwee) dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.

Sehingga Disember 2021, Lawak Kampus mempunyai 42 jilid komik grafik dalam Bahasa Malaysia dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina dan Inggeris dan yang terbaru, Bahasa Thai. Selain daripada versi Bahasa Melayu, terdapat juga kembar komik ini, iaitu Kuso High School yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina.

Pada tahun 2011, Keith telah menghasilkan satu buku kompilasi Lawak Kampus iaitu Lawak Kampus - Kompilasi Mantap. Pada tahun 2017, Lawak Kampus telah mencapai tahun yang ke-15 dalam industri komik. Pada tahun 2002, jilid sulung dikeluarkan bersama Zelo dengan menggunakan format hitam putih. Bermula pada bulan Jun 2010, Keith mengupah Siew untuk mewarnakan semua komiknya bermula dengan jilid MOVE ON.

Pada tahun 2020, ketika Malaysia dan satu dunia berhadapan dengan wabak COVID-19, penerbit dan pengkarya komik ini juga terkesan. Walau bagaimanapun, atas usaha keras mereka menjayakan penghasilan komik ini biarpun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020. Hasilnya, Lawak Kampus jilid ke-37 diterbitkan pada Jun 2020 yang mengisahkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dan jilid ke-38 pada September 2020 yang mengisahkan permainan video yang menjadi kegilaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dilaksanakan.

edisi ulang tahun[sunting | sunting sumber]

  1. Lawak Kampus
  2. Lawak Kampus Rebound
  3. Lawak Kampus Revive
  4. Lawak Kampus League
  5. Lawak Kampus Log In
  6. Lawak Kampus Team Work
  7. Lawak Kampus Move On
  8. Lawak Kampus CONNECTION
  9. Lawak Kampus Jilid 9 (bertemakan Lepak)
  10. Lawak Kampus Jilid 10 (bertemakan Robot)
  11. Lawak Kampus Jilid 11 (bertemakan Hari Kantin)
  12. Lawak Kampus Jilid 12 (bertemakan Muzik)
  13. Lawak Kampus Jilid 13 (bertemakan Facebook)
  14. Lawak Kampus Jilid 14 (bertemakan 9GAG)
  15. Lawak Kampus Jilid 15 (bertemakan Cerita Dongeng)
  16. Lawak Kampus Jilid 16 (bertemakan K-Pop)
  17. Lawak Kampus Jilid 17 (bertemakan Glamour)
  18. Lawak Kampus Jilid 18 (bertemakan Comel)
  19. Lawak Kampus Jilid 19 (bertemakan RPG)
  20. Lawak Kampus Jilid 20 (bertemakan Santai)
  21. Lawak Kampus Jilid 21 (bertemakan Sarkas)
  22. Lawak Kampus Jilid 22 (bertemakan Selfie)
  23. Lawak Kampus Jilid 23 (bertemakan Maraton)
  24. Lawak Kampus Jilid 24 (bertemakan Kampung)
  25. Lawak Kampus Jilid 25 (bertemakan Chatime)
  26. Lawak Kampus Jilid 26 (bertemakan Interior sekolah)
  27. Lawak Kampus Jilid 27 (bertemakan Pokémon GO)
  28. Lawak Kampus Jilid 28 (bertemakan Kraf tanah liat)
  29. Lawak Kampus Jilid 29 (bertemakan Jepun)
  30. Lawak Kampus Jilid 30 (bertemakan Nerf)
  31. Lawak Kampus Jilid 31 (bertemakan Superhero)
  32. Lawak Kampus Jilid 32 (bertemakan Makanan nostalgik)
  33. Lawak Kampus Jilid 33 (bertemakan Detektif)
  34. Lawak Kampus Jilid 34 (bertemakan Gundam)
  35. Lawak Kampus Jilid 35 (bertemakan Hantu)
  36. Lawak Kampus Jilid 36 (bertemakan Makanan)
  37. Lawak Kampus Jilid 37 (bertemakan Barisan hadapan)
  38. Lawak Kampus Jilid 38 (bertemakan Permainan)
  39. Lawak Kampus Jilid 39 (bertemakan Perang COVID-19)
  40. Lawak Kampus Jilid 40 (belilah sendiri kalau nak tahu)
  41. Lawak Kampus Jilid 41 (bertemkan penghantar makanan)
  42. Lawak Kampus Jilid 42 (belilah media sosial))
  43. Lawak Kampus Jilid 43 (belilah sendiri kalau nak tahu)
  44. Lawak Kampus Jilid 44 (belilah sendiri kalau nak tahu)
  45. Lawak kampus Jilid 45 (bertemakan Tokusatsu)
  46. Lawak kampus Jilid 46

Kompilasi Mantap[sunting | sunting sumber]

  1. Kompilasi Mantap
  2. Kompilasi Mantap 2
  3. Kompilasi Mantap 3
  4. Kompilasi Mantap 4
  5. Kompilasi Mantap 5
  6. Kompilasi Mantap 6 TBA
  7. Kompilasi Mantap 7 TBA
  8. Kompilasi Mantap 8 TBA
  9. Kompilasi Mantap 9 TBA

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada jilid pertama komik Lawak Kampus dilancarkan, ia mulanya menceritakan hitam putih kehidupan pelajar di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar. Tetapi apabila mula memasuki komik berwarna dan kemunculan watak-watak baru, kehidupan mereka berubah kepada skop yang lebih luas, seperti perangai buruk dan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja pada masa kini.

Kehadiran watak terkenal[sunting | sunting sumber]

Komik Lawak Kampus menampilkan segelintir selebriti, ahli perniagaan dan tokoh. Antaranya, Harland Sanders, pengasas KFC, serta di Lawak Kampus Jilid 9, Bill Gates dan Steve Jobs yang mana mereka berdua saling bergaduh dengan masing-masing menggunakan jenama mereka iaitu, Apple - Steve Jobs, Windows - Bill Gates (Steve Jobs membaling Apple (buah epal) ke arah kedai Windows (tetingkap) Bill Gates, dan juga Atuk KFC (sebagai Atuk KFG) dan Pak Cik McDonald (sebagai Pak Cik McW) juga saling bergaduh-gaduh sambil diperhatikan oleh orang awam termasuk Vanness serta Aditas, dan di Lawak Kampus Jilid 28 yang menampilkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkawan dengan Froggy sambil diperhatikan oleh Pengetua dan ramai lagi.

Watak[sunting | sunting sumber]

Vanness[sunting | sunting sumber]

  • Pelajar paling nakal di sekolah (kegilaan remaja lelaki masa kini sama ada di sekolah mahupun di luar). Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren serta mempunyai patch pada pipi kanannya. Dia sering ditegur oleh kawan-kawannya dan pihak guru disebabkan kenakalannya. Vanness selalu dihendap oleh Xena yang kecewa dengan penampilan hambar Anthony. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet. Nama Vanness diambil sempena nama pelakon Taiwan, Vanness Wu. Dia juga suka membawa banyak barang terlarang seperti Nitendo Switch ke sekolah untuk bermain dengan kawan-kawannya.

Froggy[sunting | sunting sumber]

  • Seekor katak hijau seperti manusia yang sangat baik hati, pintar dan kaya. Seperti Vanness dan Unknown, Froggy merupakan antara signature character keseluruhan siri Lawak Kampus. Froggy mempunyai keluarga yang terdiri daripada orang-orang terkenal seperti Tom Cool (Tom Cruise), Tony Stuck (Tony Stark/Iron Man), dan lain-lain. Dalam Lawak Kingdom #1, pakciknya Tony Stark mereka sut besi ala Iron Man versi Froggy menyebabkan seluruh warga sekolah mengerumuni Froggy tentang hubungan Froggy dengan Tony Stark. Dia juga mempunyai kebolehan melihat hantu dan perkara-perkara ghaib. Dalam Lawak Kampus Jilid 28, Froggy telah berkawan dengan Uncle Donald Trump sambil mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai Presiden kepada Trump.

Aditas[sunting | sunting sumber]

  • Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah dan sering dilihat ponteng sekolah bersama-sama dengan Vanness. Namun begitu, dia selalu membantu kawan-kawannya tetapi dengan cara yang merepek dan lucu. Selain kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di sekolah hinggakan pada tahap memasuki acara sukan di sekolah lain. Nama Aditas diambil sempena jenama sukan terkemuka, Adidas.

Si Kosong[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Berambut biru dan berbibir tebal. Si Kosong sering mendapat markah kosong dalam peperiksaan, justeru dipanggil 'Si Kosong'. Dia sanggup membuat apa sahaja untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan seperti rasuah, ugutan, perkara-perkara tahyul dan lain-lain dengan cara dan hasil yang sangat lucu dan merepek. Walaupun begitu, apabila mendapat markah penuh, dia menjadi beremosi pada tahap Si Kosong pernah hampir mati akibat terkejut. Dia mempunyai 'sock puppet' (boneka stoking) sebagai teman yang lebih bijak daripada Si Kosong.

Xena[sunting | sunting sumber]

  • Pelajar perempuan yang gemuk, berwajah hodoh, yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Gila bayang terhadap Vanness dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat perhatiannya walaupun sering ditolak oleh Vanness. Ketika kecil Xena merupakan budak yang comel tetapi menjadi gemuk dan kurang cantik disebabkan ayahnya yang terlalu menambah dietnya ketika membesar.

Cikgu Noodle[sunting | sunting sumber]

  • Merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinyalah yang kacak dan disukai ramai. Dia tidak disukai oleh semua murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang agak feminin dan mahukan perhatian. Dia sering mengeposkan 'kegiatan kebajikannya' di laman sosial untuk mendapat 'like' (suka) daripada murid-muridnya tetapi sering berakhir dengan cara yang lucu. Malahan, Guru Besar ragu-ragu sekiranya Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya. Dia juga mempunyai seekor burung kakak tua yang bercakap tentang dirinya seperti dalam jilid 23. Dalam jilid 25, Vanness dan Aditas terkejut dengan ucapan burung itu dan akibatnya, Cikgu Noodle ditendang oleh mereka kerana didakwa memberi ajaran sesat kepadanya.

Bepop[sunting | sunting sumber]

  • Pelajar yang wajahnya penuh jerawat (masalah biasa bagi golongan remaja masa kini), namun mempunyai ramai kawan. Lawak yang dihasilkan Keith untuk Bepop sering berkaitan jerawatnya. Bepop sentiasa mencari jalan untuk menghilangkan jerawatnya tetapi selalu ditipu oleh produk-produk kosmetik yang tidak laku. Hasilnya sama ada jerawatnya semakin besar atau semakin banyak. Dalam 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, yang mana jerawat Bepop ialah sarang alien (makhluk asing) yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh diperhatikan dalam Lawak Kampus Rebound #2. Dalam jilid 'MOVE ON', Aditas terlihat Bepop memakan makanan ringan, lalu dia memintanya separuh, namun hanya chip dia bagi separuh, membuatkan Aditas memarahinya kerana menghinanya. Dalam jilid 14, Vanness mencium bau kentut Bepop dan mengesyaki dia telah menghabiskan semua keropok karinya.

Ami dan Yumi[sunting | sunting sumber]

  • Ami dan Yumi merupakan adik-beradik kembar perempuan. Ami mempunyai rambut lurus ke bawah dan jarang berada dalam komik manakala Yumi mempunyai rambut ke sebelah kanan dan selalu dibuli oleh Si Kucing serta salah seorang watak utama berdasarkan kekerapan penampilannya dalam setiap jilid. Nama mereka diambil sempena duo rock/pop Jepun, Puffy AmiYumi. Mereka sering dikaitkan dengan masalah golongan remaja perempuan masa kini seperti shopaholic (kaki membeli-belah), fesyen, dan lain-lain. Kadangkala, mereka juga boleh disalah tafsir. Sebagai contoh, Ami disebut Yumi kerana rambut dan wajah mereka kelihatan hampir sama. Dalam situasi tertentu, mereka sering panas baran. Contohnya, dalam jilid 9, Aditas memanaskan makanan mereka dengan cara yang menjijikan dan mereka membelasahnya. Dalam jilid 11, Yumi menumbuk Bepop kerana menulis diarinya tanpa pengetahuannya. Dalam jilid 13, Ami dan Yumi ditahan di wad kerana keracunan makanan dan Si Beruang menghadiahkan mereka madu dan bunga. Sebelum Bepop sempat menziarahi mereka, mereka telah disengat tebuan. Dalam jilid 12, Yumi didatangi oleh orang tidak waras yang mahu berbogel bersamanya. Sebelum dia sempat pancut pewangi, pemuda itu lari kerana khuatir dirinya menjadi pondan. Jilid 15 pula mengisahkan waktu tidur Yumi diganggu oleh cubaan geng Si Kucing membina suit Iron Man, menyebabkan mereka dimarahi olehnya. Dalam dunia sebenar, Ami dan Yumi sering dijadikan idola oleh sesetengah golongan pembaca lelaki (khasnya remaja) yang menggelarkan diri sebagai adik lelaki mereka yang mungkin bertahun lebih muda daripada mereka.

Budak Genius[sunting | sunting sumber]

  • Seorang murid lelaki yang berkepala besar dan 'genius' di sekolah tetapi sombong dan menyakitkan hati. Tidak disukai ramai disebabkan perangainya yang bongkak dan menunjuk-nunjukkan kepandaiannya. Menurutnya, Budak Genius pernah menemu duga calon pengasuh dengan karya-karya ilmu terkemuka ketika kecil dan selalu mengemukakan teori-teori saintifik yang merepek. Budak Genius juga mempunyai kebolehan telekinesis dan pyrokinesis.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  • Pemimpin dan guru berpengalaman di sekolah ini. Dia berkuasa penuh di atas semua tingkah laku guru dan pelajar. Namun adakalanya, dia dijadikan bahan lawak seperti dalam jilid 23, apabila dalam satu perhimpunan, Sharkhead dan Mickey mengesyaki bahawa dia minat strawberi manakala dalam jilid 15, Cikgu Noodle bercadang bahawa Guru Besar perlu memakai baju mewah tetapi apabila diperkenalkan, dia ditertawakan kerana memakai baju wanita dan Cikgu Noodle merasakan itu adalah kerana nafsunya sendiri.

Si Beruang[sunting | sunting sumber]

  • Tinggal dalam hutan. Pada awal kehadirannya, ia dilihat sebagai haiwan yang buas. Tetapi apabila siri ini berlanjutan, Si Beruang menjadi watak sokongan, misalnya membantu watak yang sesat di hutan, dan sentiasa dilihat membantu Ami dan Yumi sama ada secara mental mahupun fizikal. Si beruang juga bekerja sambilan dalam pelbagai bidang dan melakukannya dengan 'profesional'.

Boss[sunting | sunting sumber]

  • Pengusaha kantin yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya mahukan keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk, mi gergasi dan lain-lain, termasuk juga nasi goreng kecil yang membuatkan Si Kosong memarahinya dan makanan minggu lepas dan apabila Yumi memesan mi sup, daripada buat baru, dia terus menghidangkan mi Vanness yang belum siap, membuatkannya meluat. Tatkala berlakunya kes keracunan makanan di sekolah, pihak sekolah langsung tidak terkejut disebabkan sikap Boss dalam pengurusan makanan. Penampilan Boss juga pernah menjadi kontroversi dalam jilid 12. Dalam hal ini, Guru Besar memberitahunya bahawa penampilannya membuatkan semua pelajar muak untuk makan di kantin. Dia tukar imejnya kepada hampir bogel dan Vanness, Aditas dan Froggy berpakat mengerjakannya. Dalam jilid 26, Boss sengaja menghidangkan makanan basi kepada Froggy dan Agira, membuatkan mereka alami keracunan serius, lantas dia dibelasah.

Sharkhead[sunting | sunting sumber]

  • Murid lelaki yang berkepala oblong, bergigi jongang, dan rambutnya dibentuk tegak seperti sirip jerung, justeru dipanggil "Sharkhead" (Kepala Jerung). Dia sering dilihat bersama Mickey dan juga seorang pembuli. Dia pernah gemuk kerana terlalu banyak makan. Dia juga pernah beberapa kali cuba digunting rambut oleh Cikgu Noodle kerana rambutnya terlalu panjang. Sharkhead diinspirasikan daripada salah seorang watak utama Beavis dan Butt-Head.

Mickey[sunting | sunting sumber]

  • Budak berambut perang dan nakal. Sering dilihat bersama Sharkhead dan selalu mengacau Vanness, Aditas, Bepop dan ramai lagi. Namanya diambil daripada watak Disney, iaitu Mickey Mouse. Selain itu, Mickey juga diilhamkan daripada salah seorang watak utama Beavis dan Butt-Head.

Si Kucing[sunting | sunting sumber]

  • Kucing Yumi yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan karakter Lawak Kampus disebabkan personalitinya yang biadab, gila gajet, dan intelektual yang tinggi serta selalu dibuli oleh Yumi (masalah penderaan haiwan yang sering dilakukan oleh remaja lelaki mahupun perempuan). Si Kucing pernah dikehendaki oleh pihak berkuasa kerana menggodam rangkaian kerajaan negara dan mencuri maklumat rahsia dan beberapa kali menghasilkan sut Iron Man (seperti dalam jilid 15 bersama rakan-rakannya, mengganggu waktu tidur Yumi), menyebabkan Yumi runsing akan perangainya. Si Kucing juga bekerja sambilan sebagai pengusaha sushi, juruteknik komputer dan lain-lain hanya untuk mencari wang membeli gajet terkini. Dalam jilid 42, dia pernah meminta Yumi memberi tisu kepadanya, tetapi daripada menggunakan tangan, dia menggunakan kakinya untuk mengambil tisu, membuatkan Si Kucing menganggapnya sebagai pengotor.

Bapa Xena[sunting | sunting sumber]

  • Guru disiplin di sekolah dan juga ayah Xena yang suka memanjakan anaknya.

Agira[sunting | sunting sumber]

  • Anak kepada Pengerusi Sekolah yang menjual DVD cetak rompak.

Anthony[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pelajar lelaki yang kacak dan romantik yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan di sekolahnya tetapi dianggap tidak normal olah pelajar lelaki kerana menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena. Malah, dalam jilid 17, Anthony juga seorang yang suspens kerana mengesyaki Froggy membeli syampu walhal dia tidak ada rambut kerana dia adalah seekor katak. Pada suatu malam, dia intip apa yang Froggy guna dengan syampu itu di rumahnya.

Unknown[sunting | sunting sumber]

  • Satu watak yang hanya dikenali sebagai 'Unknown' (Anu). Musuh utama Vanness, identitinya menjadi kegilaan semua karakter siri Lawak Kampus. Unknown seringkali menjadi perhatian ramai sama ada dalam komik atau di dunia sebenar. Malah Stiv Jobs (Steve Jobs) mendapat inspirasi daripada Unknown dan logo Apple ditukar kepada bentuk kepalanya. Dalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10,000 fans (peminat) di Facebook, babak ini boleh dilihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'. Selain Vanness dan Froggy, Unknown menjadi 'signature character' bagi keseluruhan siri Lawak Kampus. Kadangkala, Unknown juga disalahertikan sebagai Keith, iaitu pengkarya komik berkenaan.

Tiger[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pengawas di sekolah ini. Pada awal kehadirannya Tiger dilihat sebagai pengawas sekolah biasa tetapi apabila siri ini berlanjutan dia sering melakukan helah silap mata sama ada ketika spotcheck (pemeriksaan mengejut) atau pertunjukannya sendiri. Dia juga mempunyai kaitan dengan makhluk asing malah dia pernah mengeluarkan seorang makhluk asing dari topinya ketika pertunjukannya. Tiger juga pernah terpisah anggota badannya ketika membuat persembahan silap mata, menyebabkannya terlepas ujian.

Budak Kaya[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pelajar baru yang sangat kaya dan mudah dikenali oleh meja emasnya yang istimewa. Identitinya menjadi misteri kerana wajahnya tidak ditunjukkan. Seorang yang sangat baik hati walaupun sangat kaya dan sanggup membantu kawan-kawannya dari segi kewangan. Budak Kaya pernah meminjamkan 'khemah'nya untuk Aditas dan abangnya tetapi 'khemah' itu merupakan sebuah rumah agam, lantas mengejutkan Aditas dan abangnya. Malahan, dia sangat kaya hinggakan RM 100 dijadikan tisu, membeli iPhone 6 emas bagi setiap seorang dari kelasnya dan menghadiri sekolah dengan menaiki helikopter atau kapal angkasa. Budak Kaya mempunyai seorang butler yang melayaninya.

Ah Seng[sunting | sunting sumber]

  • Perompak yang suka merompak karakter di Lawak Kampus. Dia suka memakai kot bagi menunjukkan imej yang bagus. Selain itu, dia juga selalu memberikan name card apabila hendak merompak seseorang. Dia mempunyai seorang kawan baik iaitu Ah Tat yang juga merupakan seorang polis.

Budak Peti Sejuk[sunting | sunting sumber]

  • Seorang pelajar yang mempunyai peti sejuk sebagai kepalanya. Dia selalu digunakan oleh Vanness dan Boss untuk menyimpan makanan atau minuman di dalam kepalanya. Pada satu masa, dia disuruh oleh Pengetua untuk memotong 'rambut'nya, walaupun ia hanyalah wayar pengecasnya. Dia juga mempunyai sepupu iaitu Budak Periuk Nasi.

Dr. J[sunting | sunting sumber]

  • Seorang saintis gila dan bapa kepada Lisa. Dia selalu memalukan anaknya dengan ciptaannya yang pelik-pelik, kadangkala apabila Yumi dijemput oleh Lisa ke rumahnya dalam tempoh terentu. Dia pernah membuatkan kolar anjing yang diubah suai, membuatkan Vanness dan Yumi berkelakuan pelik bagi Lisa. Lisa juga tersalah faham bahawa dia sengaja menghidangkan kucing untuk makan malam, padahal kucing itu telah memakan ikan yang sudah dimasak itu (disyaki pengikut Si Kucing).

Lisa[sunting | sunting sumber]

  • Anak kepada Dr. J dan seorang yang terlampau agresif. Rakan baik Ami dan Yumi serta bekas ahli persatuan Taekwondo yang memegang tali pinggang hitam, dia pernah mengerjakan Yumi dengan menyimbahnya sebab membazirkan duitnya kerana pening dengan jenama telefon. Dia juga bekas teman wanita Bepop kerana agak malu dengan wajahnya. Lisa juga selalu menegur ayahnya kerana tindak-tanduknnya yang melampau, seperti contoh, Street Fight antara kucing dengan tikus dan, apabila dia mengajak Yumi untuk minum di rumahnya, daripada minuman yang dihidangkan, Dr. J meletakkan bahan eksperimennya di dalam peti sejuk, membuatkannya pengsan serta-merta.

Pengerusi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Ketua sindiket cetak rompak dan bapa kepada Agira. Dalam jilid 13, Cikgu Noodle menyalahkannya kerana menjual semua DVD cetak rompak.Beliau juga pernah dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahannya.

Atuk KFG dan Pak Cik McW[sunting | sunting sumber]

  • Dua figura makanan segera terkenal yang selalu bersaing di antara satu sama lain bagi memikat hati pelanggan. Mereka diambil daripada maskot KFC dan McDonalds yang sering bersaing bagi memenangi hati pelanggan. Persaingan mereka lebih terarah kepada masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak, remaja dan orang dewasa sekarang, iaitu memperkenalkan set menu baru yang menyakitkan (kadangkala menyebabkan mereka obes) dan kenaikan mendadak harga makanan.

Adik Bepop[sunting | sunting sumber]

  • Seorang tomboy yang sering mengerjakan abangnya dan rakan-rakannya apabila membuka cerita silamnya yang 'sengaja' diputarbelitkan.

Edmund[sunting | sunting sumber]

  • Budak lelaki yang selalu dibelasah oleh semua watak Lawak kampus disebabkan percakapannya yang amat panjang serta membuang masa dan sengaja mencari pasal.

Bob[sunting | sunting sumber]

  • Kucing berat yang selalu mengikuti Si Kucing dan gengnya. Dalam jilid 42, Bob hantar Si Kucing jauh ke angkasa kerana tidak diet.

Dr. Otaku[sunting | sunting sumber]

  • Seorang doktor yang hanya merawat Gundam dan sering dimaki serta dimarahi oleh jururawatnya dan pesakitnya kerana ego serta sikapnya yang tidak waras.

Beehun[sunting | sunting sumber]

  • Rakan sekelas Cikgu Noodle ketika masih bergelar pelajar. Dia dan Cikgu Noodle menjadi rakan karib dan menyebabkan para pelajar iri hati terhadap mereka, khasnya Vanness dan Aditas. Dia hanya muncul dalam beberapa jilid sahaja.

Cikgu Linda[sunting | sunting sumber]

  • Guru wanita yang jarang muncul dalam setiap jilid komik. Paling kerap pun hingga jilid 11 sahaja (satu bersama Zelo). Cikgu Linda telah dikeluarkan dari komik ini selepas pengeluaran jilid berkenaan.

George[sunting | sunting sumber]

  • Bekas rakan sekolah Vanness yang terpaksa berhenti awal kerana desakan keluarga, telah berkahwin dan mempunyai anak. George hanya muncul dalam jilid 9 sahaja.

Bapa Si Kosong[sunting | sunting sumber]

  • Membuat cameo di dalam pengenalan watak dalam jilid 9, seorang bapa yang berdedikasi. Sanggup berbuat apa sahaja asalkan anaknya bahagia.

Abang Aditas[sunting | sunting sumber]

  • Berwajah orang tua, sanggup menjaga adiknya usai kematian kedua-dua ibu bapa mereka. Membuat idea gila yang Aditas tidak dapat buat seperti memecahkan kacang menggunakan giginya. Kadangkala, dia juga seorang yang hellavu terhadap pihak sekolah tentang prestasi dan perangai samseng Aditas.

Jimmy[sunting | sunting sumber]

  • Pelajar psycho berambut putih yang tidak mahu segala sudut dibiarkan berselerak. Adakalanya, dia juga terlalu agresif terhadap sesetengah makhluk.

Damien[sunting | sunting sumber]

  • Pelajar lelaki yang menyorok dalam tong sampah semata-mata untuk ponteng tugas. Akhirnya, dia dijumpai oleh Yumi. Dia muncul dalam jilid 32 sahaja.

Amin[sunting | sunting sumber]

  • Bekas pelajar Cikgu Noodle yang berpura-pura menjadi miskin untuk mengumpannya ke kedai Apple yang dimilikinya. Dia muncul dalam jilid 13 sahaja.

John[sunting | sunting sumber]

  • Watak pelajar junior ini ini muncul dalam jilid Connection sahaja. Dia dan rakannya bertempiaran lari kerana disangka jeritan hantu pada waktu malam. Ironinya, ramai membiarkan Vanness tertidur di dalam kelas sehingga lewat malam.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lawak Kampus banyak mengisahkan salah laku yang sering dibuat oleh pelajar sekolah, menyamai dengan hal berkenaan di dunia sebenar. Antaranya, membawa alat peranti tanpa kebenaran pihak sekolah, berbual-bual semasa waktu belajar dan mengunjungi pusat karaoke walaupun masih bawah umur.
  • Terdapat unsur pembaziran duit yang sering menghantui remaja perempuan dari zaman ke zaman seperti yang berlaku terhadap Yumi. Dia adalah seorang yang jenis shopaholic dan bersikap hellavu dalam isu membeli-belah serta suka membuatkan Ami dan Si Kucing memarahinya. Dalam jilid 42, Ami dan Si Kucing beserta penghantar barang hampir mati dikambus tilam yang dipesan Yumi.
  • Masalah buli yang sering dilakukan oleh remaja lelaki dalam setiap jilid menyamai dengan masalah di alam nyata seperti yang dilakukan oleh Sharkhead, Mickey dan Vanness. Antaranya, sengaja melanggar orang semasa makan dan selalu mengugut orang yang tidak berpuas hati terhadap mereka.
  • Tahap kebersihan kantin juga menjadi kerisauan utama remaja lelaki dan perempuan di sekolah seperti sikap sambil lewa Boss. Antara hidangan peliknya ialah bebola lipas (lipas dihidangkan untuk melemahkan semangat pelajar perempuan), mi gergasi (menyebabkan Aditas sukar mengunyah), mi super kelat, air kosong dari tandas, bahan pencuci pinggan mangkuk untuk bersihkan sayur dengan niat jahatnya adalah untuk membunuh semua pelajar nakal. Selain itu, dia juga menghidangkan jamuan yangenjijikan. Umpamanya, mi sup yang tidak dapat disiapkan oleh Vanness dan meminta Yumi untuk menghabiskannya, membuatkannya geram terhadap layanannya. Boss juga menghidangkan makanan minggu lepas kepada Froggy dan Agira, rasanya tidak sangat sedap. Rupa-rupanya dia hidangkan makanan basi dan Froggy menumbuknya.
  • Isu kewarasan pelajar juga merisaukan banyak pihak seperti dalam beberapa jilid. Ia termasuk sikap Si Kosong yang tidak mahu diperdaya dan akhirnya ditendang rakannya sebab benda betul disangka tipu. Froggy juga menegur idea gilanya seperti mengasah pensel mekanikal, tandatangan guna jangka sudut dan gulung diri dengan tilam bagi elak geseran, adakalanya berakhir dengannya ditumbuk. Sifatnya ini mencerminkan bahawa dia adalah seorang yang sangat lurus bendul. Aditas juga membuat kerja kotor dengan memanaskan pau Yumi dengan kasutnya dan nasi Ami menggunakan ketiaknya serta cuba memujuk Mickey untuk menggunakan pencungkil giginya sebagai koleksi.
  • Kelayakan dan kriteria guru juga menjadi topik hangat dalam komik ini. Antaranya, sikap ultra lembut Cikgu Noodle menyebabkan semua pelajar naik berang lalu membelasahnya.
  • Isu ponteng sekolah adalah topik yang paling menonjol dalam komik berkenaan seperti yang kerap dilakukan oleh Vanness dan Aditas. Daripada membuang masa di sekolah, mereka melepak di panggung wayang mahupun di pusat membeli-belah.
  • Isu kredibiliti pengawas diketengahkan bagi menyampaikan masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pengawas sekolah masa kini, seperti Tiger. Apabila siri ini dipanjangkan, dia mula berubah daripada seorang pengawas sekolah biasa kepada seorang ahli silap mata dan menjadi anak kepada makhluk asing. Menjadi silap mata pada usia remaja adalah berisiko tinggi untuk maut terutamanya apabila dalam siri memotong badan yang popular di Barat.
  • Sikap Aditas yang oversport juga menyebabkan sesetengah pelajar tersalah masuk sukan sekolah yang dianjurkan di sekolah lain dan mereka dianggap penceroboh.
  • Isu kekeluargaan banyak disentuh dalam komik ini, seperti yang dialami oleh Ami, Yumi, Lisa, Bepop, Xena, Aditas, Agira dan Si Kosong. Hubungan mereka penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran serta memerlukan sokongan kuat daripada satu sama lain. Sebagai contoh, apabila Si Kosong menerima markah penuh dalam ujian, dia terus berterima kasih kepada bapanya sambil mengugutnya untuk membelikannya iPhone baru sebagai hadiah. Vanness, Froggy dan Anthony tidak termasuk dalam isu ini kerana ibu bapa mereka sudah lama meninggal dunia sebelum mereka masuk ke alam menengah.
  • Tendang-menendang banyak terjadi di dalam komik ini. Antaranya, kerana enggan tertipu, Si Kosong ditendang Vanness, Yumi ditendang Si Kucing kerana merosakkan telefon Ami, tahu bahawa mungkin Ami akan membunuhnya jika telefon rosaknya dipulangkan, dan Dr. Otaku ditendang jururawatnya sebab tidak mahu mengaku dirinya adalah seorang doktor.
  • Lawak Kampus beransur-ansur menjadi edisi berwarna dalam jilid Move On seperti yang digambarkan dalam bab Berubah I & Berubah I.
  • Seperti Ami dan Yumi, Cikgu Noodle dan Beehun merupakan pasangan kembar lelaki lembut yang sering melepak di dalam tandas wanita. Perbuatan dan kehadiran mereka selalu menimbulkan kemarahan dalam kalangan guru dan pelajar lain serta orang ramai.
  • Jilid 29 memaparkan kebudayaan Jepun dan persekitaran bandar-bandar di negara itu sebagai mimik persediaan dunia menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang telah berlangsung pada 23 Julai - 8 Ogos 2021.
  • Sempena ulangtahun komik ini ke-15, dua jilid istimewa, iaitu 365 dan Add-On telah dilancarkan.
  • Pada tahun 2016, permainan video pertama Lawak Kampus, Lawak Kampus Dimension Drift telah dilancarkan. Permainan ini mengisahkan Vanness yang terpaksa bertarung dengan beberapa Boss level untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang telah diculik.
  • Budak Kaya dan Damien jarang memperkenalkan wajah mereka. Jika ada sekalipun, Budak Kaya hanya muncul dalam bentuk tangan dan kaki manakala Damien pula dengan tangan dan mata serta selalu bersembunyi di merata-rata tempat kerana sifat budak itu yang sangat malu untuk berjumpa dengan pelajar lain secara fizikal, terutamanya Yumi.
  • Jilid ke-33 merupakan satu-satunya jilid yang dihasilkan pada 2018 ekoran sambutan ulangtahun yang ke-15.

Rujukan[sunting | sunting sumber]