Le Tour de Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis, "Jelajah Langkawi") ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.

Empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; king of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.

Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors catégorie.[1]

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

[sunting] Perlumbaan

Perlumbaan yang merupakan gagasan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, beserta Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel, berjaya dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 1996.[2][3] Pada edisi-edisi terawalnya, jelajah sentiasa bermula di Langkawi, tetapi kebelakangan ini tidak pula. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah kali ini.[4] Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.

Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006.[5] Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis terbuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini terpaksa tidak mengambil markah.[6]

[sunting] Kesulitan kewangan

Pada tahun 2004, pemilik acara ketika itu, Wan Lokman Wan Ibrahim menjual seluruh Tour kepada Simon Donnellan (Imran Abdullah).[7] Edisi 2005 pula mengalami masalah kewangan apabila sebilangan pelumba tidak menerima wang ganjaran sementara kontraktor utama tidak dapat dibayar.[8] Donnellan menyatakan bahawa kekeringan dana ini disebabkan oleh peralihan kerajaan dan kehilangan dua penaja akibat bencana tsunami yang berlaku sebulan sebelum acara.[9]

Jelajah 2007 nyaris dibatalkan kerana First Cartel berhutang RM10.2 juta akibat kegagalan membayar wang hadiah.[10] First Cartel memikul tanggungjawab dalam hal ini tetapi bersusah-payah membetulkan keadaan. Acara ini dilaporkan berhutang RM2.3 juta untuk hak penyiaran TV, dan juga RM 470,394 kerana gagal membayar pemenang tahun ini. Apapun, syarikat ini masih mampu membayar sedikit sebanyak ganjarannya. Dilaporkan bahawa kerajaan membantu meringankan hutang untuk membolehkan jelajah ini diteruskan.[11] Laporan berita juga membayangkan bahawa acara ini sudah menjadi mangsa pergelutan kuasa dalam Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia yang menimbulkan pelbagai tanggapan kurang menyenangkan yang disiarkan oleh media. Kerajaan Malaysia dilaporkan tidak puas hati dengan perbalahan tersebut lalu menyeru agar peleraian dicapai demi masa hadapan acara ini.[12] Jelajah ini berjaya diteruskan sebelum tarikh akhir 1 September 2006 yang ditetapkan oleh UCI.[13]

[sunting] Senarai pemenang

[sunting] Pengelasan am

Pelumba Pasukan
1996 Bendera Australia McDonald, DamianDamian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997 Bendera Itali Scinto, LucaLuca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998 Bendera Itali Missaglia, GabrieleGabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999 Bendera Itali Lanfranchi, PaoloPaolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000 Bendera Amerika Syarikat Horner, ChrisChris Horner (USA) Mercury Cycling Team
2001 Bendera Itali Lanfranchi, PaoloPaolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2002 Bendera Colombia Muñoz, Hernán Darío, Hernán DaríoHernán Darío Muñoz (COL) Colombia-Selle Italia
2003 Bendera Amerika Syarikat Danielson, TomTom Danielson (USA) Saturn Cycling Team
2004 Bendera Colombia Gonzalez, Freddy, FreddyFreddy González (COL) Colombia-Selle Italia
2005 Bendera Afrika Selatan Cox, RyanRyan Cox (RSA) Barloworld
2006 Bendera Afrika Selatan George, DavidDavid George (RSA) Team Republic of South Africa
2007 Bendera Perancis Charteau, AnthonyAnthony Charteau (FRA) Crédit Agricole
2008 Bendera Moldova Ivanov, RuslanRuslan Ivanov (MDA) Diquigiovanni-Androni
2009 Bendera Colombia Serpa, JoséJosé Serpa (COL) Diquigiovanni-Androni
2010 Bendera Venezuela Rujano, JoséJosé Rujano (VEN) ISD-NERI
2011 Bendera Venezuela Monsalve, JonathanJonathan Monsalve (VEN) Androni Giocattoli

[sunting] Pengelasan mata

Pelumba Pasukan
1996 Bendera Australia McDonald, DamianDamian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997 Bendera Itali Scinto, LucaLuca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998 Bendera Itali Missaglia, GabrieleGabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999 Bendera Itali Lanfranchi, PaoloPaolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000 Bendera Kanada Fraser, GordonGordon Fraser (CAN) Mercury Cycling Team
2001 Bendera Itali Bettini, PaoloPaolo Bettini (ITA) Mapei-Quick Step
2002 Bendera Afrika Selatan Robert Hunter, RobertRobert Hunter (RSA) Mapei-Quick Step
2003 Bendera Australia Brown, GraemeGraeme Brown (AUS) Ceramiche Panaria-Fiordo
2004 Bendera Kanada Fraser, GordonGordon Fraser (CAN) Health Net presented by Maxxis
2005 Bendera Australia Brown, GraemeGraeme Brown (AUS) Ceramiche Panaria-Navigare
2006 Bendera Jerman Radochla, SteffenSteffen Radochla (GER) Wiesenhof Akud
2007 Bendera Itali Loddo, AlbertoAlberto Loddo (ITA) Serramenti PVC Diquigiovanni-Selle Italia
2008 Bendera Switzerland Clerc, AurélienAurélien Clerc (SUI) Templat:Cycling data BBO
2009 Bendera Itali Gavazzi, MattiaMattia Gavazzi (ITA) Diquigiovanni-Androni
2010 Bendera Malaysia Manan, AnuarAnuar Manan (MAS) Team Guemsan Ginseng Asia
2011 Bendera Itali Guardini, AndreaAndrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Neri Sottoli

[sunting] Raja Gunung

Pelumba Pasukan
1996 Bendera Australia McDonald, DamianDamian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997 Bendera Itali Scinto, LucaLuca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998 Bendera Itali Missaglia, GabrieleGabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999 Bendera Itali Lanfranchi, PaoloPaolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000 Bendera Mexico Perez, Julio AlbertoJulio Alberto Perez (MEX) Panaria Gaerne
2001 Bendera Itali Lanfranchi, PaoloPaolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2002 Bendera Colombia Marin, Ruber AlveiroRuber Alveiro Marin (COL) Colombia-Selle Italia
2003 Bendera Kanada Green, RolandRoland Green (CAN) Team Canada
2004 Bendera Colombia Marin, Ruber AlveiroRuber Alveiro Marin (COL) Colombia-Selle Italia
2005 Bendera Afrika Selatan Cox, RyanRyan Cox (RSA) Barloworld
2006 Bendera Afrika Selatan George, DavidDavid George (RSA) Team Republic of South Africa
2007 Bendera Colombia Pedraza, WalterWalter Pedraza (COL) Serramenti PVC Diquigiovanni-Selle Italia
2008 Bendera Itali Savini, FilippoFilippo Savini (ITA) Templat:Cycling data CSF
2009 Bendera Colombia Serpa, Jose, JoséJosé Serpa (COL) Diquigiovanni-Androni
2010 Bendera Australia McDonald, PeterPeter McDonald (AUS) Drapac Porsche Cycling
2011 Bendera Venezuela Monsalve, JonathanJonathan Monsalve (VEN) Androni Giocattoli

[sunting] Pelumba Asia

Pelumba Pasukan
2001 Bendera Hong Kong Kam Po, WongWong Kam Po (HKG) Telekom Malaysia Cycling Team
2002 Bendera Indonesia Tonton Susanto, TontonTonton Susanto (INA) Telekom Malaysia Cycling Team
2003 Bendera Jepun Kano, TomoyaTomoya Kano (JPN) Team Japan
2004 Bendera Iran Mizbani, GhaderGhader Mizbani (IRI) Team Iran
2005 Bendera Jepun Fukushima, KojiKoji Fukushima (JPN) Bridgestone-Anchor Cycling Team
2006 Bendera Iran Askari, HosseinHossein Askari (IRI) Giant Asia Racing Team
2007 Bendera Iran Mizbani, GhaderGhader Mizbani (IRI) Giant Asia Racing Team
2008 Bendera Jepun Fukushima, ShinichiShinichi Fukushima (JPN) Meitan Hompo-GDR
2009 Bendera Indonesia Susanto, TontonTonton Susanto (INA) LeTua Cycling Team
2010 Bendera Korea Selatan Hyo-Suk, GongGong Hyo-Suk (KOR) Seoul Cycling Team
2011 Bendera Iran Emami, RahimRahim Emami (IRI) Azad University Iran

[sunting] Rujukan

  1. "Le Tour de Langkawi 2008 - News 7 February", Daily Peloton, 2008-02-07. Dicapai pada 2008-12-20. 
  2. Anthony, Tan. "Malaysia readies for Tour de Langkawi", VeloNews, 2008-02-08. Dicapai pada 2008-12-21. 
  3. Tan, Anthony. "And that's a wrap", cyclingnews.com, 2006-02-12. Dicapai pada 2008-12-21. 
  4. Abt, Samuel. "3 Pro Teams Balk at Logistics in Asian Bike Race", International Herald Tribune, 1997-02-21. Dicapai pada 2008-12-21. 
  5. Tan, Anthony. "Bongiorno triumphs in KL; Danielson safely home", cyclingnews.com, 2003-02-09. Dicapai pada 2008-12-21. 
  6. Tan, Anthony. "Sprintless finale to first day", cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21. 
  7. Tan, Anthony. "Loose ends from Langkawi", cyclingnews.com, 2005-11-20. Dicapai pada 2008-12-21. 
  8. Stokes, Shane. "Japanese team counts on promise of payment", cyclingnews.com, 2006-02-12. Dicapai pada 2008-12-21. 
  9. Sumner, Jason. "Nearly losing Langkawi: A conversation with Simon Donnellan", VeloNews, 2007-02-02. Dicapai pada 2008-12-21. 
  10. "No More LTdL If Government Does Not Take Over", Bernama, 2006-08-22. Dicapai pada 2008-12-21. 
  11. "Youth And Sports Ministry To Help First Cartel Solve LTdL Problems", Bernama, 2006-08-04. Dicapai pada 2008-12-21. 
  12. Stokes, Shane. "Government decision due on organisation of Tour de Langkawi", cyclingnews.com, 2006-11-01. Dicapai pada 2008-12-21. 
  13. Tan, Anthony. "Tour de Langkawi saved - almost", cyclingnews.com, 2006-09-01. Dicapai pada 2008-12-21. 

[sunting] Pautan luar

Le Tour de Langkawi
1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain