Tour de Langkawi 2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Le Tour de Langkawi 2005)

Le Tour de Langkawi 2005 bermula di pulau Langkawi pada 28 Januari 2005 hingga 6 Februari 2005 melalui beberapa tempat di pantai barat, pantai timur dan selatan Semenanjung Malaysia.

LTdL 2005 merupakan lumba basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia.

Ranking lumba basikal ini hanya 2.6 hors pada 1996. Tetapi 2005 meningkat kepada 2.0 hors oleh Kesatuan Basikal Antarabangsa ( UCI). Kini diiktiraf sebagai lumba basikal utama di Asia dan setaraf dengan lumba basikal di Eropah.

LTdL melibatkan 140 pelumba dari 20 pasukan beraksi dan akan berkayuh di laluan landai, mendaki bukit, merempuh halangan angin kuat dan juga memecut di garisan penamat.

LTdL 2005 dianjurkan oleh syarikat swasta First Cartel Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia selaku penaja utama bersama Proton,Tourism Malaysia, MAS, Genting Berhad, Petronas, Nestle dan Naza Kia.

LTdL 2005 terbahagi kepada 10 peringkat dengan jarak dan kesukaran yang berbeza-beza sejauh 1,282.6 km merentasi sembilan buah negeri.

  1. 28 Januari 2005 Peringkat 1 di pulau Langkawi (106.9 km)
  2. 29 Januari 2005 Peringkat 2 antara Kangar, Perlis ke Kepala Batas, Pulau Pinang. ( 171.6 km)
  3. 30 Januari 2005 Peringkat 3 antara Grik, Perak ke Tanah Merah, Kelantan - laluan berbukit (172.5 km).
  4. 31 Januari 2005 Peringkat 4 Ujian masa individu di Bachok, Kelantan ((20.3 km )
  5. 1 Februari 2005 Peringkat 5 antara Kota Bahru, Kelantan ke Kuala Terengganu (163.9 km)
  6. 2 Februari 2005 Peringkat 6 antara Kuala Berang ke Cukai ,Terengganu (152 km)
  7. 3 Februari 2005 Peringkat 7 antara Maran ke Raub , Pahang (167 km).
  8. 4 Februari 2005 Peringkat 8 antara Kuala Kubu Baru ,Selangor ke Genting Highland , Pahang (97.9 km)
  9. 5 Februari 2005 Peringkat 9 antara Menara Kuala Lumpur ke Putrajaya ( 164.8 km)
  10. 6 Februari 2005 Peringkat 10 Dataran Merdeka , Kuala Lumpur - pusingan terakhir.

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Polis sedang menjalankan tugas semasa LTdl 2007

Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Ketua Trafik PDRM , Datuk Gingoi Seman Pancras bersama 111 anggota polis :

  • 22 orang Unit Udara diketuai DSP Kamarulzaman Md. Jan.
  • 29 orang Bahagian Keselamatan diketuai DSP Aiyob Saharuddin
  • 3 orang Cawangan Khas diketuai ASP Mohd Hassan Rejab
  • 6 orang Unit Bom diketuai oleh Cif Inspektor Shohaimi Ismail
  • 3 orang Unit Pengesan diketuai oleh Sarjan Ng Khoon Nyee
  • 12 orang Pasukan Simpanan Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Menteri Wilayah Persekutuan turut menyaksikan perlumbaan basikal ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Le Tour de Langkawi
1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013