Lebah tukang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelulut
Meliponula ferruginea
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Order: Hymenoptera
Suborder: Apocrita
Superkeluarga: Apoidea
Keluarga: Apidae
Subkeluarga: Apinae
Tribus: Meliponini
Genus

Austroplebeia
Cephalotrigona
Cleptotrigona
Dactylurina
Hypotrigona
Lestrimelitta
Liotrigona
Lisotrigona
Melipona
Meliponula
Meliwillea
Nannotrigona
Nogueirapis
Oxytrigona
Paratrigona
Pariotrigona
Partamona
Plebeia
Plebeina
Scaptotrigona
Tetragonisca
Tetragonula
Trichotrigona
Trigona
Trigonisca

Kelulut, lebah tukang, lebah tidak bersengat [1] (Bahasa Inggeris:Stingless bee) atau Meliponini (nama saintifik Trigona spp.) merupakan sejenis serangga dari keluarga Apidae dan ia dianggarkan hampir 500 spesis terdapat di seluruh dunia.[2] Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.[3][4].

Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Ia bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai banyak khasiat.[5] Selain itu potensinya untuk dikembangkan juga dianggap amat besar.[6] Ia penting sebagai agen pendebungaan bagi banyak spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks.[7] Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah sehinggalah koloni terbuka.[8][9]

Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona.[10] Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 29 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka.[11]

Isi kandungan

Madu [sunting]

Penternakan [sunting]

Kelulut boleh diternak dari koloni liar sama seperti lebah lalat.[12]

Sarang kelulut [sunting]

Sarang kelulut di MARDI Serdang

Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.[13]

Rujukan [sunting]

  1. Lebah Tukang. Jabatan Pertanian
  2. Stefan, L. Maya Beekeeping Tradition Fades. National Geography. 28 Jun 2008. Diambil 10 Januari 2012.
  3. Michener, C D. The bees of the World. Johns Hopkins University Press, 972pp
  4. Silveira, F A; Melo, G A R; Almeida, E A B. 2002. Abelhas Brasileiras: Sistemática e Identificação. Fernando A. Silveira, 253pp
  5. Hapizah, A. Khasiat madu lebah kelulut. Utusan Malaysia. 20 Mei 2011. Diambil 10 Januari 2012,
  6. Khairunnisa, S. Potensi madu kelulut. Utusan Malaysia. 30 Mei 2011. Diambil 10 januari 2012.
  7. Michener, Charles D. (2007) The Bees of the World. USA: The Johns Hopkins University Press.
  8. Schwarz H F (1948) Stingless bees (Meliponidae) of the western hemisphere. Bull Am Mus Nat Hist 90: 1-546.
  9. Rasmussen C, Camargo JMF. 2008. A molecular phylogeny and the evolution of nest architecture and behavior in Trigona s.s. (Hymenoptera: Apidae: Meliponini). Apidologie 39:102-118.
  10. Sakagami, S. F., Inoue, T. and Salmah, S. 1985. Key to the stinglessbee species found or expected from Sumatra. In: R.-i. Ohgushi (Ed.). Evolutionary Ecology of Insect in Humid Tropics, Especially in Central Sumatra. Kanasawa University, Japan. Sumatra Nature study (Entomology), pp. 37-43
  11. Rosliza, Jajuli (2010) Conserving Stingless Bee Biodiversity for Sustainable Agriculture in Malaysia. In 2nd National Conference on Agrobiodiversity and Sustainable Utlization. Tawau, Sabah
  12. Khairunnisa, S. Norlezah masuk hutan cari kelulut. Utusan Malaysia. 21 November 2011. Diambil 10 Januari 2012.
  13. Sarang lebah kelulut kaya propolis. Mingguan Malaysia, 2008-08-17. Capaian 12 April 2012.

Pautan luar [sunting]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.