Lebuhraya Ayer Rajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya Ayer Rajah
Kedudukan Lebuhraya Ayer Rajah di dalam peta
Maklumat laluan
Wujud1983–kini
SejarahSiap pada tahun 1998
Simpang utama
Hujung baratTuas
Persimpangan utamaPIE, CTE, ECP
Hujung timurKeppel (ECP)
Lokasi
Kawasan:Tuas, Clementi, Pantai Barat, Bukit Merah, Keppel
Sistem lebuh raya
Tabliczka AH143.svg AH143
Rangkaian Lebuhraya Singapura
Bahagian Clementi di Lebuhraya Ayer Rajah.

Lebuhraya Ayer Rajah (kependekan: AYE; Cina Ringkas: 亚逸拉惹高速公路; pinyin: Yàyìlārě Gāosù Gōnglù; Bahasa Inggeris: Ayer Rajah Expressway) adalah sambungan bagi bahagian hujung barat bagi Lebuhraya Taman Pantai Timur di sebelah selatan Singapura ke Tuas yang seterusnya berhubung dengan Laluan Kedua Malaysia-Singapura E3 di Malaysia. Bersama-sama dengan Lebuhraya Pantai Timur, ia membentuk laluan lebuh raya timur-barat kedua selepas Lebuhraya Seluruh Pulau.

Lebuh raya ini mula dibina pada tahun 1983, dengan fasa pertama dan kedua dibuka pada tahun 1988. Bahagian ini merangkumi kerja naik taraf beberapa laluan sedia ada seperti Jalan Ayer Rajah dan Jalan Ayer Rajah Atas.

Pada tahun 1998, lebuh raya ini dipanjangkan ke Tuas dari Jejambat Teban bersempena dengan pembukaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura ke Johor. Kerja pembinaan ini melibatkan kerja naik taraf Jalan Ahmad Ibrahim, termasuklah pengembangan laluan sedia ada untuk diseragamkan kelebarannya dengan bahagian lain AYE serta pembinaan jalan susur di sebelah sisi lebuh raya (kini Jalan Ahmad Ibrahim merujuk kepada jalan susur ini). Ia juga dihubungkan dengan Lebuhraya Seluruh Pulau di Persimpangan Tuas.