Lebuhraya Damansara–Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lebuhraya Damansara Puchong)
E11
Lebuhraya Damansara-Puchong
Syarikat Konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd
Tempoh Pembinaan - 1998
Tarikh Beroperasi Januari 1999
Tarikh Perasmian
Panjang 40 kilometer
Jumlah Tol 4
Arah Utara → Selatan
Lebuhraya Penghubung
Laman Sawang www.litrak.com.my

E11 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah lebuh raya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di utara merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang. Sebagai laluan lalulintas utama, ia digunakan oleh lebih 420,000 kenderaan pada setiap hari biasa.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Damansara-Puchong terbahagi kepada dua pakej iaitu pakej pertama sejauh 23 kilometer bermula dari Sri Damansara dan berakhir di Puchong Jaya. Pakej kedua bermula dari Puchong Jaya dan tamat di Putrajaya.

Kos Projek: RM130 juta
Tarikh Mula Konsesi:
Tarikh Tamat Konsesi:
Tempoh Konsesi:
Panjang: 40 kilometer

Subsidi tol[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2008, Menteri Kerja Raya Mohd Zin Mohamed menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan membayar subsidi lebih RM640.3 juta agar kadar tol tidak dinaikkan. Sejak 1999, kadar tol LDP bagi kenderaan kelas 1 adalah RM1.50. Namun pengguna dikenakan bayaran RM1 sementara baki RM0.50 ditanggung kerajaan. Mulai Januari 2007, kadar tol LDP dinaikkan kepada RM2.10 dan pengguna dikenakan RM1.60 dan baki RM0.50 ditanggung kerajaan.

Hee Loy Sian dari PKR Petaling Jaya Selatan kesal kerana RM630.4 juta itu dapat digunakan untuk membina lebuh raya baru.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "RM630.4 juta Selamat Jika Kerajaan Bina LDP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 2008-05-22.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]