Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
| Lebuhraya E37 | |
|---|---|
| Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh MetaCorp Sdn Bhd | |
| Panjang: | 13 km (10 bt) |
| Wujud: | 1992 – sekarang |
| Sejarah: | Siap pada tahun 1994 |
| Persimpangan utama | |
| Penghujung timur: |
Persimpangan Taman Connaught |
| Penghujung barat: |
Persimpangan Seputeh |
| Lokasi | |
| Destinasi utama: |
Cheras, Bandar Tun Razak, Taman Desa |
| Sistem jalan raya | |
|
Jalan raya di Malaysia |
|
Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak
adalah sambungan daripada Lebuhraya Persekutuan dari Seputeh ke Taman Connaught di Cheras. (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Timur-Barat laluan
dari Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan) Lebuh raya ini adalah sebahagian daripada Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Tenggara.
Sesetengah peta melabelkan bahagian lebuh raya ini dari Persimpangan Seputeh ke Persimpangan Salak Selatan sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan
(FHR2), tetapi tanggapan tersebut adalah tidak tepat memandangkan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dikendalikan oleh Metacorp dan bukannya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menyelenggara sebahagian besar bahagian Lebuhraya Persekutuan. Pada tahun 2007, lebuh raya ini dikodkan sebagai
bersama-sama dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
[sunting] Sejarah
Lebuh raya ini dibina pada tahun 1992. Bahagian pertama Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari Seputeh ke Persimpangan Salak (sambungan bagi Lebuhraya Persekutuan) telah dinaik taraf kepada enam lorong pada tahun 1993. Lebuh raya ini akhirnya siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada Ogos 1994.
[sunting] Pautan luar
- MetaCorp (Dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation Sdn Bhd)