Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
| Lebuhraya E37 | |
|---|---|
| Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh MetaCorp Sdn Bhd | |
| Panjang: | 8 km (5.0 bt) |
| Wujud: | 1977 – sekarang |
| Sejarah: | Siap pada tahun 1979 |
| Persimpangan utama | |
| Penghujung utara: |
Jalan Istana, Kuala Lumpur |
| Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur |
|
| Penghujung selatan: |
Plaza tol Sungai Besi |
| Lokasi | |
| Destinasi utama: |
Kuala Lumpur, Sungai Besi, Taman Desa, Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Kompleks Sukan Negara, Seremban, Melaka, Johor Bahru |
| Sistem jalan raya | |
|
Jalan raya di Malaysia |
|
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai
memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan
bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.
Sejarah [sunting]
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
. Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.
Senarai persimpangan [sunting]
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan)
(Plaza Tol Sungai Besi; sempadan negeri Selangor-WP Kuala Lumpur- Taman Teknologi Malaysia:
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi (ke Astro, Sungai Besi dan Puchong)
(Jambatan Sungai Kuyoh)
- Sri Petaling:
Lebuhraya Shah Alam dan
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur - Susur keluar ke
Lebuhraya Sungai Besi - Desa Petaling
- Salak Selatan: Jalan Kuchai Lama,
Lebuhraya Pantai Baru dan
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya
(Jambatan Sungai Kerayong)
- Salak:
Lebuh Raya Salak dan
Lebuhraya Persekutuan - Terowong SMART:
Terowong SMART (ke Jalan Tun Razak dan Pusat Bandaraya) - Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Lebuhraya Sungai Besi;lebuh raya tamat
Pautan luar [sunting]
- MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)