Lebuhraya Pantai Barat, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan Lebuhraya Pantai Barat di dalam peta.
Jejambat Lebuhraya Pantai Barat.

Lebuhraya Pantai Barat (Cina Ringkas: 西海岸大路) adalah sebuah jalan raya utama di Singapura yang meghubungkan Kawasan Perindustrian Jurong dan Bandar Baru Clementi menghala ke pusat bandar raya. Ia adalah jalan raya dengan simpang rata dari simpang Lingkara Pandan dan Jalan Pantai Barat ke persimpangan Pasir Panjang di mana ia melalui jejambat; jejambat tersebut bertemu dengan Jalan Keppel sebelum persimpangan Lebuhraya Ayer Rajah. Panjang keseluruhan lebuh raya ini adalah 11 km. Bahagian jejambat tersebut adalah lebih baru daripada bahagian lain dengan simpang rata, siap pada tahun 2006.

Had laju lebuh raya ini lebih rendah daripada had laju utama lebuh raya ekspres. Lebuh raya ini juga mempunyai simpang lampu isyarat di simpang Jalan Clementi, sesuatu yang tidak ada pada mana-mana lebuh raya ekspres. Bahagian dengan simpang rata mempunyai 6 lorong manakala bahagian jejambat mempunyai 4 lorong dengan bahu jalan selebar 1 m. Jejambat tersebut adalah yang terpanjang di Singapura dengan jarak 5 km.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]