Lebuhraya Taman Pantai Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya Taman Pantai Timur
Kedudukan Lebuhraya Taman Pantai Timur di dalam peta
Maklumat laluan
Panjang20 km (10 mi)
Wujud1970am–kini
SejarahSiap pada tahun 1981
Simpang utama
Hujung baratKeppel (AYE)
Persimpangan utamaAYE, PIE
Hujung timurLapangan Terbang Changi Singapura
Lokasi
Kawasan:Teluk Marina, Kallang, Marine Parade, Changi Selatan, Lapangan Terbang Changi Singapura
Sistem lebuh raya
Rangkaian Lebuhraya Singapura
Lebuhraya Taman Pantai Timur menghala ke Lapangan Terbang Changi, sebelum Jambatan Benjamin Sheares.
Lebuhraya Taman Pantai Timur menghala ke pusat bandar raya.

Lebuhraya Taman Pantai Timur (kependekan: ECP; Cina Ringkas: 东海岸公园大道; pinyin: Dōnghǎiàn Gōngyuān Dàdào; Bahasa Inggeris: East Coast Parkway) adalah sebuah lebuh raya yang melalui sepanjang pantai tenggara Singapura. Panjang lebuh raya ini ialah 20 km (12.4 batu), dan menghubungkan Lapangan Terbang Changi di bahagian timur dengan Jambatan Benjamin Sheares sebelum bertemu dengan Lebuhraya Ayer Rajah. Ia juga berhubung dengan Lebuhraya Seluruh Pulau di Persimpangan Changi, lebih kurang 1 km (0.6 batu) sebelum lebuh raya tamat.

Dibina sebahagian besarnya daripada tanah yang ditambak, pembinaan ECP berula pada awal tahun 1970an. Ia mula dibuka pada tahun 1981 serentak dengan pembukaan Lapangan Terbang Changi, walaupun masih terdapat lampu isyarat sehingga siapnya persimpangan terakhir di Firt Road pada tahun 1989.

Bahagian lurusan yang panjang di ECP berhampiran dengan Lapangan Terbang Changi boleh digunakan sebagai landasan kecemasan. Bahagian ini mudah dikenal pasti melalui bunga-bunga yang ditanam di dalam pasu mudah alih di pembahagi lebuh raya bagi menggantikan pokok-pokok besar yang biasanya menghiasi pembahagi lebuh raya ini.