Lebuhraya Tun Razak
| Laluan Persekutuan 12 | |
|---|---|
| Lebuhraya Tun Razak | |
| Maklumat laluan | |
| Panjang: | 146.8 km (91.2 bt) |
| Wujud: | 1970[1] – sekarang |
| Sejarah: | Siap pada tahun 1983[2] |
| Persimpangan utama | |
| Penghujung Utara: |
Gambang, Pahang |
30px Jalan Bandar Chini |
|
| Penghujung Selatan: |
Segamat, Johor |
| Lokasi | |
| Destinasi utama: |
Kuantan Paluh Hinai Pekan Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak Bahau |
| Sistem jalan raya | |
|
Jalan raya di Malaysia |
|
Lebuhraya Tun Razak laluan
, juga dikenali sebagai Lebuhraya Segamat-Kuantan adalah laluan persekutuan sejauh 146.8 km[3] bermula dari Segamat, Johor ke Gambang sebelum melalui baki 38 km melalui Laluan Persekutuan
di Gambang berhampiran Kuantan, Pahang. Jalan persekutuan 2 lorong ini dinamakan sempena Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
Isi kandungan |
Latar belakang laluan [sunting]
Kilometer Sifat bagi Laluan Persekutuan 12 ini terletak di Segamat, Johor, di persimpangannya dengan Laluan Persekutuan
, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya, lebuh raya ini melintasi sempadan Johor-Pahang dekat Perwira Jaya di sebelah Pahang.
Laluan Persekutuan 12 seterusnya melintasi Laluan Persekutuan
di Bandar Tun Abdul Razak. Seterusnya, lebuh raya ini bersilang dengan Laluan Persekutuan
di Persimpangan Bandar Muadzam Shah. Selepas itu, lebuh raya ini menyeberangi Sungai Pahang di Paluh Hinai. Akhir sekali, lebuh raya tamat di Gambang, Pahang, di persimpangan 4 hala dengan Laluan Persekutuan
, jalan raya timur-barat utama antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Sejarah [sunting]
Lebuhraya Tun Razak adalah hasil ilham Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.[2] Pembinaan lebuh raya ini bermula pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1983.[1][2] Sultan Haji Ahmad Shah sendiri merasmikan pembukaan Lebuhraya Tun Razak pada tahun 1983 semasa baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.[2] Lebuhraya Tun Razak kemudian diwartakan sebagai Jalan Persekutuan
pada 19 Oktober 1989.[3]
Dibina di bawah Dasar Ekonomi Baru Malaysia, lebuh raya persekutuan 2 lorong ini dibina atas sebab berikut:-[4]
- Untuk memendekkan jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di kawasan barat laut seperti Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Melaka ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Peninsular Malaysia.
- Untuk merancakkan pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.
Walaupun lebuh raya ini secara amnya lurus dengan kurang selekoh tajam, Lebuhraya Tun Razak sangat dikenali kerana sering menjadi lokasi kemalangan, terutamanya pada beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan pertambahan aliran lalu lintas. Pada 20 Jun 2010, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, mencadangkan agar Lebuhraya Tun Razak dinaik taraf kepada lebuh raya 4 lorong sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kemalangan.[1]
Senarai persimpangan [sunting]
| km | Keluar | Simpang | Ke | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| GAMBANG | TIMUR {{JKR|}2} Temerloh BARAT Kuala Lumpur Kuantan Kuala Terengganu |
Simpang empat | |||
| Jambatan Sungai Belut | |||||
| FELDA Lempar Hilir | |||||
| Kampung Batu Lima | |||||
| Kampung Batu Enam | |||||
| Sempadan Kuantan-Pekan | |||||
| Kampung Ladang Sawit Lepar | |||||
| Batu 8 Lepar | |||||
| Lepar | |||||
| Kampung Kecupu | |||||
| LEPAR | BARAT C106
TIMUR C106
|
Simpang empat | |||
| Jambatan Sungai Pahang | |||||
| PALOH HINAI | BARAT TIMUR |
Simpang empat | |||
| Jalan Bandar Chini | JALAN BANDAR CHINI 30px Bandar Chini 30px Tasik Chini |
Persimpangan T | |||
| Jalan Kota Perdana | JALAN KOTA PERDANA |
Persimpangan T | |||
| Sempadan Pekan-Rompin | |||||
| Desa Keranji | |||||
| MUADZAM SHAH | BARAT LAUT TENGGARA |
Simpang empat | |||
| Kampung Orang Asli Gandak | |||||
| Jambatan Sungai Rompin | |||||
| Kampung Jemekat | |||||
| FELDA Keratong 10 | |||||
| Jalan Kota Bahagia-Melati | JALAN KOTA BAHAGIA-MELATI 30px Kota Bahagia |
Persimpangan T | |||
| Jambatan Sungai Keratung | |||||
| BANDAR TUN ABDUL RAZAK | BARAT |
Persimpangan T | |||
| Jambatan Sungai Keratung | |||||
| Pahang Darul Makmur Sempadan Daerah Rompin |
|||||
| Sempadan Pahang-Johor | |||||
| Johor Darul Takzim Sempadan Daerah Segamat |
|||||
| Jalan Tok Saban | JALAN TOK SABAN J155
|
Persimpangan T | |||
| FELDA Pemanis | |||||
| Jambatan Sungai Kapeh | |||||
| Kampung Bangas | |||||
| Kampung Tadok | |||||
| Jalan Kampung Pauh | JALAN KAMPUNG PAUH J158
|
Persimpangan T | |||
| Kampung Moring | |||||
| Kampung Kawasanah | |||||
| Taman Yayasan | |||||
| SEGAMAT Persimpangan Tun Razak |
TIMUR BARAT |
Persimpangan T | |||
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 "Jalan Kuantan-Segamat perlu dinaik taraf". Berita Harian. 20 June 2010. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JalanKuantan-Segamatperludinaiktaraf_Shaziman/Article. Capaian 2 June 2012.
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 "Pidato Umum Naib Canselor Memperkenalkan Graduan Kehormat Majlis Konvokesyen Komemoratif". Universiti Malaysia Pahang. 3 October 2009. http://pnc.ump.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=107&Itemid=59. Capaian 2 June 2012.
- ↑ 3.0 3.1 Senarai Jalan Persekutuan Utama - Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 2012-06-02.
- ↑ "Kronologi Pembangunan Segamat". Pejabat Tanah Segamat. http://www.johordt.gov.my/ptj/index.php?option=com_content&view=article&id=71&Itemid=95. Capaian 2 June 2012.
|
|||||||||||||||||