Lebuhraya Utara-Selatan, Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lebuhraya Utara-Selatan, Vietnam (bahasa Vietnam: Đường cao tốc Bắc - Nam) ialah nama yang paling umum bagi merujuk kepada sebatang lebuh raya bertol dalam rancangan di Vietnam yang terletak sangat dekat dengan Jalan Raya Kebangsaan, menganjur dari Hanoi ke Can Tho.[1] Lebuh raya ini akan sepanjang 1,941 km, menganjur dari (Hanoi) Can Tho dengan anggaran jumlah kos 350 trilion VND (setara AS$ 18.5 bilion).[2] Jalan tol ini akan dibina dalam 16 bahagian dengan tonggak utama: Pháp Vân, Cầu Giẽ, Ninh Bình, Thanh Hóa, Hà Tĩnh, Quảng Trị, Đà Nẵng, Quảng Ngãi, Bình Định, Nha Trang, Phan Thiết, Dầu Giây, Long Thành, Bến Lức, Trung Lương dan Mỹ Thuận (Cần Thơ).

Menurut rancangan induk yang diluluskan, 4 bahagian akan selesai pada tahun 2010: Cầu Giẽ - Ninh Bình, TP Hồ Chí Minh - Trung Lương, Lonh Thành - Dầu Giây, Trung Lương - Mĩ Thuận - Cần Thơ, dengan jumlah panjang 222 km, anggaran biaya VND 53.135 bilion[3]

Selama 2011 - 2020, bahagian berikut ini akan dibina: Ninh Bình - Thanh Hóa, Thanh Hóa - Vinh, Vinh - Hà tĩnh, Cam Lộ - Đà Nẵng, Đà Nẵng - Quang Ngãi, Quảng Ngãi - Quy Nhơn, Nha Trang - Dầu Giây, Long Thành - Bến Lức, dengan jumlah panjang 1,082 km, anggaran kos VND 185.046 bilion ($1 setara dengan VND 19,100 setakat Mei 2010).

Selepas tahun 2020, bahagian Pháp Vân - Cầu Giẽ akan diperluas, sisa bahagian Ha Tinh - Quang Tri, dan Quy Nhon - Nha Trang disiapkan, dengan jumlah panjang 507 km, kos anggaran VND 312.862 bilion.

Rujukan[sunting | sunting sumber]