Lech Wałęsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lech Wałęsa
Lech Wałęsa

Tempoh berjawat
22 Disember 1990 – 22 Disember 1995
Perdana Menteri Tadeusz Mazowiecki, Jan Krzysztof Bielecki, Jan Olszewski, Waldemar Pawlak, Hanna Suchocka, Józef Oleksy
Didahului oleh Wojciech Jaruzelski (dalam negara) Ryszard Kaczorowski (dalam buangan)
Digantikan oleh Aleksander Kwaśniewski

Tempoh berjawat
1980 – 12 Disember 1990
Didahului oleh Tidak berkaitan
Digantikan oleh Marian Krzaklewski

Tarikh lahir 29 September 1943 (70 tahun)
Tempat lahir Popowo, Poland
Parti politik Solidarity
Pasangan Danuta Wałęsa
Profesion Juru elektrik
Agama Katolik Rom

Lech Walesa merupakan aktivis Kesatuan Sekerja dan hak asasi manusia di Poland. Beliau pernah menjadi Presiden Poland selepas Aleksander Kwasniewski dari 1990-1995. Beliau dianugerahi Nobel Keamanan 1983 kerana memperjuangkan hak asasi manusia.

Kerjaya sebagai tukang elektrik dan pengasas Kesatuan Sekerja Solidariti di Poland.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Lech Walesa dilahirkan pada 29 September 1943 di Popowo, Poland , anak seorang tukang kayu.Mendapat pendidikan rendah sekolah vokasional sebelum menyertai Perkapalan Lenin di Gdansk yang bernama Stocznia Gdanska sebagai juruteknik elektrik tahun 1967. 1969 beliau mengahwini Danuta Golos dan mempunyai 8 anak.

Tahun 1970 menyertai tunjuk perasaan di Gdansk Shipyard . Seramai 80 pekerja terbunuh setelah polis menyergapp. Lech Walesa ditahan dan dipenjara setahun kerana kesalahan 'perlakuan anti sosial'.

1976 Lech Walesa dibuang kerja oleh Gdansk Shipyard kerana mengutip tanda tangan satu rayuan membina tugu peringatan pembunuhan pekerja.Dia telah disenarai hitam dan tidak berpeluang bekerja kain lagi .

1978 Lech Walesa bersama Andrzej Gwiazda dan Aleksander Hall menubuh Kesatuan Sekerja yang haram bernama Free Trade Union of Pomerania.Akibatnya beliau ditahan pada tahun 1979 kerana menubuhkan pertubuhan anti kerajaan Poland. Tapi 1980 beliau didapati tidak bersalah lalu dibebaskan dan dibenarkan bekerja semula di Gdansk shipyard.

Pada 14 Ogos 1980, selepas tunjuk perasaan di Lenin Shipyard di Gdansk , Walesa didapati bertanggungjawab. Tunjuk perasaan itu dikuti beberapa tunjuk perasaan lain di seluruh Poland.

September 1980 , kerajaan Poland berunding dengan Majlis Bertindak Tunjuk Perasaan menandatangani perjanjian yang membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja , tetapi bukan yang benar-benar bebas. Lech Walesa terpilih sebagai pengerusi yang pertama hingga 11 Disember 1981.

Sekali lagi Lech Walesa san ribuan pemimpin dan ahli kesatuan sekerja ditahan.Jeneral Wojciech Jaruzelski mngisytiharkan undang-undang ketat pada pada 13 Disember 1981. Lech Walesa ditahan selama 11 bulan di tenggara Poland, berhampiran sempadan Rusia sehingga 14 November 1982.

Lech mendapat perhatian media dunia termasuk majalah Time 4 Januari 1982.1983 memohon bekerja semula di Gdansk Shipyard sebagai juruteknik elektrik. Dia dikenakan tahanan dalam rumah sehingga 1987. 1983 Lech Walesa dianugerah Nobel Keamanan tetapi tidak dapat menerimanya sendiri kerana disekat oleh kerajaan Poland.

Isterinya Danuta Walesowa menerima anugerah tersebut bagi pihaknya. Lech Walesa menyumbangkan wang hadiah kepada ibu pejabat pergerakan kesatuan sekerja Solidariti.di Brussel, Belgium.

1988 Lech Walesa mengadakan tunjuk perasaan di Gdansk Shipyard agar kesatuan sekerja dibenarkan secara sah.Selepas 8 hari, kerajaan sedia berunding pada September 1988. Seterusnya dibenarkan bertanding dalam pilihan raya Poland.

1989 Walesa memenangi 64 % undi di Sejm dalam pilihan raya Poland 1989. 1989 Walesa membentuk parti bukan komunis dan seterusnya membentuk kerajaan demokratik.

Amat mengejutkan bagi Parti Komunis Poland apabila parlimen memilih Tadeusz Mazowiecki sebagai Perdana Menteri Poland.

Pada 9 Disember 1990 Lech Walesa terpilih sebagai Presiden Poland selepas Pilih raya Presiden 1990. Beliau menjadi presiden untuk tempoh lima tahun. 1995 beliau kehilangan kepercayaan dari para pengundi kerana isu 'war at the top'.

1995 Lech Walesa menyanjung Presiden Ronald Reagan tetapi kehilangan jawatan presiden yang disandangnya dalam pilihan raya Poland 1995.

Tahun 1997 , Lech Walesa menyokong dfan membantu pembentuk parti baru iaitu "Solidarity Electoral Action" dan menang dalam pilihan raya. Tetapi beliau diketepikan oleh Marian Krzaklewski iaitu pemimpin Solidarity Trade Union .

Lech Walesa sekali lagi bertandinf pilihan raya presiden 2000 tapi hanya 1 % mengundi beliau.

Sejak itu, Lech Walesa berundur diri arena politik dan menjadi penyarah Sejarah dan politik di beberapa universiti di Eropah Tengah.

10 Mei 2004 Lapangan Terbang Antarabangsa Gdansk secara rasmi dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gdansk Lech Walesa.

Jun 2004 Lech Walesa mewakili kerajaan Poland menghadiri majlis pengkebumian Ronald Reagan.

Lech Walesa menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat dan universiti di Eropah.

Lech Walesa juga berlakon sebagai dirinya dalam filem fiksyen 'Andrzej Wajda' berkenaaan Solidarity ,' Man of Iron tahun 1981.

Okragly Stol 1989.jpg
Walesa and Santorum.jpg

.