Ledang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ledang adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Ledang ialah Tangkak. Daerah Ledang merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Kesang, Sungai Mati, Serom, Sagil dan Bukit Gambir. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.

Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Ledang mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Tanah Ledang terletak di Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak Ledang Johor.

Nama Ledang diambil sempena Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor.

[sunting] Pautan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain