Legenda (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legenda
Album studio oleh
Dilancarkan pada1990
Dirakamkan pada1990
GenreJaz, pop
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
PenerbitRoslan Aziz
Kronologi Sheila Majid
Warna
(1988)
Legenda
(1990)
Ratu
(1996)
Versi alternatif
Kulit depan versi Jepun
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Legenda merupakan album studio keempat hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1990. Album ini telah dikeluarkan untuk pasaran di Jepun dan Malaysia dengan kulit album serta senarai turutan lagu yang berbeza. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah lagu P. Ramlee yang dinyanyikan semula oleh Sheila dengan sedikit perubahan susunan lagu mengikut kehendak semasa. Lagu Legenda merupakan lagu baru yang terdapat di dalam album ini yang disusun oleh Fauzi Marzuki dan ditulis oleh Habsah Hassan. Selain itu, album ini juga ditujukan khas buat P. Ramlee dalam usaha mengenang kembali jasanya untuk industri hiburan.[1] Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. sepertimana album yang terdahulu. Pada tahun 2006, album Legenda XV XX telah dikeluarkan dengan senarai turutan lagu yang berbeza.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisMasa
1."D'Legenda"Jenny Chin, Fauzi Marzuki, Habsah Hassan3:00
2."Aduh Sayang"P. Ramlee, S. Sudarmaji3:34
3."Engkau Laksana Bulan"P. Ramlee, Jamil Sulong4:35
4."Getaran Jiwa"P. Ramlee, S. Sudarmaji4:51
5."Legenda"Fauzi Marzuki, Habsah Hassan4:23
6."Prelude D'Legenda"Jenny Chin, Fauzi Marzuki, Habsah Hassan1:29
7."Manusia"P. Ramlee, S. Sudarmaji5:00
8."Jeritan Batin"P. Ramlee4:34
9."Bunyi Gitar" (Extended Mix) P. Ramlee4:00
10."Tiru Macam Saya"P. Ramlee, S. Sudarmaji3:40
11."Di Mana Kan Ku Cari Ganti"P. Ramlee, S. Sudarmaji4:19
12."Larut Malam"P. Ramlee, S. Sudarmaji4:23


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biography". Magada Entertainment Sdn. Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-06. Dicapai pada 14 Februari 2013.