Lei cha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lei cha Lei cha (擂茶; léi chá; literal teh tumbuk) ialah sejenis minuman atau bubur Hakka yang terdiri daripada campuran daun teh dan herba yang dikisar dengan pelbagai jenis kacang panggang bijan dan bijirin. Teh ini disaji sebagai sarapan atau pada musim sejuk untuk pemulihan badan yang sihat. Lei cha sangat popular di Taiwan, China Selatan, Malaysia dan juga tempat tumpuan penduduk Hakka. Secara tradisi, Lei cha ialah bru yang gurih; dalam kontemporari ia sering disaji dalam bentuk minuman manis.

Pengeluaran

Walaupun Lei cha dihasil secara komersial dan Lei cha dalam bentuk pakej dapat dibeli, namun minuman ini biasanya hanya disediakan sebelum ia disaji. Walaupun sebarang jenis daun teh boleh digunakan untuk menghasil Lei cha, daun teh yang paling popular dan umum ialah teh hijau atau Oolong. Untuk memudahkan penggunaan, kadang-kala Matcha juga digunakan. Kacang panggang, kacang hijau, dan bijan merupakan ramuan yang paling umum di Lei cha, namun ramuan jenis lain juga boleh digunakan seperti:

   nasi masak
   kacang soya panggang
   lentil
   biji benih teratai
   kacang pine
   biji benih labu
   biji benih bunga matahari
   gandum

Bahan tersebut dikisar dalam satu pemproses makanan atau dengan lesung dan alu sehingga ia bertukar kepada bentuk serbuk seperti serbuk jagung yang nipis. Serbuk ini kemudian dimasukkan ke dalam satu mangkuk dan air panas ditambah dan dikacau untuk menghasilkan sejenis minuman yang seperti sup.