Leicester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leicester
Kerajaan
 - Ditadbir oleh Leicester City Council
 - Datuk Bandar Peter Soulsby [1]
Kawasan
 - Jumlah 28.22[2] batu persegi (73.09 km²)
Laman web: [http://www.leicester.gov.uk

Leicester ialah sebuah bandar terletak di wilayah East Midlands, England. Leicester merupakan bandar terbesar di kawasan East Midlands dan juga bandar ke-10 terbesar di England. Perimeter bandar ini menjangkau sepanjang 51.73 kilometer atau 32.14 batu manakala kawasan bandar terletak dalam lingkungan 6.4 kilometer dari pusat bandar. Pusat bandar terletak di Humberstone Gate, 143 meter dari Menara Jam. Bandar ini juga terletak di tebing Sungai Soar serta menjadi pusat pentadbiran bagi negeri Leicestershire. Namun, Leicester bukanlah sebuah borough atau daerah di mana bandar ini ditadbir secara berasingan oleh Leicester City Council.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas dalam bandar disediakan oleh beberapa syarikat swasta seperti Arriva, Kinchbus, dan Firstbus.[4] Pihak majlis perbandaran juga menyediakan perkhidmatan bas percuma.[5] Stesen bas St. Margaret menyediakan perkhidmatan bas menghubungkan Leicester ke bandar-bandar utama lain dan juga dalam bandar.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.leicester.gov.uk/about-us/
  2. ^ http://www.leicester.gov.uk/your-council-services/council-and-democracy/city-statistics/area-of-the-city
  3. ^ http://www.leics.gov.uk/index/your_council/local_democracy/council_local_gov.htm
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-09. Dicapai pada 2013-02-08.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 2013-02-08.
  6. ^ http://www.leicester.gov.uk/your-council-services/transport-traffic/transportpolicy/sustainable-team-homepage/buses-public-transport/st-margarets-bus-station/


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman sesawang kerajaan tempatan Leicester
Profil geografi Leicester Diarkibkan 2012-12-16 di Wayback Machine