Lela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lela merujuk kepada salah satu daripada jenis senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil.

Reka bentuk Lela adalah jenis bedil mudah alih dan agak kecil. Pada kebiasaannya, Lela diperbuat daripada tembaga dan lebih panjang berbanding rentaka dalam jenis meriam Melayu.Meriam/Lela digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]