Lelaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lelaki
Men montage.jpg
Dari kiri ke kanan bermula dari atas: Hafez · David · Ban Ki-moon · Chinhua Achebe · Aryabhata · Händel · Confucius · Kofi Annan · Chief Joseph · Plato · Ronaldo · Albert Einstein · Errol Flynn · Mohandas Gandhi · Ole Henrik Magga · seorang petani dari AS · Adam · Vitruvian Man · Lelaki dengan anak · Heracles dengan Telephus

Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia, iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan istilah "lelaki" atau "Peria" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai jantan.

Umur[sunting | sunting sumber]

Lelaki dewasa merupakan tempoh atau rencana hidup seorang lelaki selepas dia berubah daripada lelaki kanak-kanak. Kebanyakan budaya mempunyai upacara adat resam untuk manandakan permulaan kedewasaan seseorang lelaki, umpamanya "Chrismation" dalam beberapa cabang agama Kristian, "B'nai Mitzvah" dalam agama Yahudi, ataupun hanya perayaan hari jadi kelapan belas atau kedua puluh satu. Hari bersejarah bagi khatan adalah hari dimana putik kepala iaitu sedikit kulit akan dipotong dengan alatan tajam atau menggunakan teknologi terkini seperti laser dan pemotong berasaskan elektrik.

Biologi dan jantina[sunting | sunting sumber]

Anatomi bahagian genital lelaki

Lelaki-lelaki mempunyai pelbagai ciri jantina yang membezakan mereka daripada perempuan. Serupa dengan perempuan, organ seks mereka merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdirinya daripada zakar, testikel, vas deferens serta korda spermatik yang lain, dan kelenjar prostrat. Sistem pembiakan lelaki ditujui semata-mata untuk penghasilan dan pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik. Oleh sebab sperma memasuki uterus perempuan dan kemudiannya salur falopia untuk mensenyawakan telur yang akan berkembang menjadi fetus ataupun anak, sistem pembiakan lelaki tidak bermain sebarang peranan sewaktu gestasi. Konsep kebapaan dan keluarga terwujud di setiap masyarakat manusia.

Ciri-ciri jantina sekunder seperti bulu roma dan pertumbuhan otot dipergunakan untuk menarik perhatian pasangan atau untuk menewaskan pesaing. Bagaimanapun, kesemua ciri sekunder itu seringnya berkaitan dengan pembiakan. Berbeza dengan perempuan, kebanyakan daripada organ seks lelaki terdiri daripada bahagian-bahagian luar, walaupun terdapat juga bahagian dalaman, umpamanya kelenjar prostrat. Penyelidikan pembiakan lelaki dan organ-organ berkait digelarkan andrologi. Kebanyakan walaupun bukan kesemua lelaki mempunyai kariotip 46/XY.

Secara amnya, lelaki mengalami banyak penyakit yang serupa dengan perempuan. Bagaimanapun, terdapatnya sebahagian penyakit seks yang terjadi hanya, atau lebih kerap kali, pada lelaki sahaja. Umpamanya, lelaki lebih kerap mengalami autisme dan kebutaan warna, berbanding perempuan. Sebahagian penyakit-penyakit berkait umur, seperti penyakit Alzheimer, kelihatannya lebih lazim di kalangan lelaki, walaupun tidak pasti adakah ini disebabkan oleh kejadian yang benar-benar lebih banyak ataupun kerana lelaki mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding perempuan.

Faktor-faktor biologi biasanya tidak merupakan penentu tunggal untuk menganggapi adakah seseorang itu dikira lelaki atau tidak. Umpamanya, ramai lelaki dilahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (anggarannya berbeza-beza di antara satu per-2,000, dan satu per-100,000), dan sesebahagian individu dengan kromosom XY boleh mempunyai perbezaan hormon ataupun perbezaan genetik (seperti sindrom ketidaksensitifan androgen), atau keadaan interseks yang lain; seseparuh orang interseks dan orang-orang lain yang mempunyai jantina tertentu sewaktu dilahir, kemudian menggantikan jantina mereka. (Lihat juga: Identiti jantina, #peranan jantina dan lelaki trans.)

Tambahan pula, 20% daripada lelaki-lelaki di Amerika Syarikat, Filipina, dan Korea Selatan, serta orang-orang yang beragama Yahudi dan Islam menjalani penyunatan yang merupakan suatu proses untuk mengubahkan keadaan zakar daripada keadaan asli melalui pembuangan kulit khatan.

Peranan jantina[sunting | sunting sumber]

David oleh Michelangelo dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada penggambaran lelaki yang artistik dan teragung.

Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki dan perempuan. Perbezaan-perbezaan ini amat susah dijumlahkan disebabkan alasan-alasan sains dan politik. Beberapa tuntutan stereotaip lelaki yang kekadang dikemukakan untuk perbandingan dengan perempuan adalah seperti berikut:

  • Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dalam hubungan interpersonal, kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja. Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.
  • Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding perempuan.
  • Mempunyai lebih keyakinan diri (malahpun kekadang sombong juga) dan mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding perempuan.
  • Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi.
  • Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan.
  • Kurang kemas (lebih kotor) berbanding perempuan.
  • Lebih gemar bercakap dan lebih cenderung mencelah semasa orang sedang bercakap berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan lesbian.
  • Lebih cendurung menyindir dan menggunakan metafora dalam perbualan.

Sebahagian daripada perbezaan-perbezaan ini telah didukung oleh penyelidikan saintifik, tetapi terdapatnya juga yang tidak. Kesemua ini harus diterima dengan berhati-hati kerana terdapat kelainan yang amat besar di kalangan lelaki dan perempuan.

Sebilangan daripada stereotaip di atas tidak diperlihatkan dari segi yang sama dengan masa kini (iaitu, penggunaannya dalam aspek dan lingkungan penghidupan yang tertentu, seperti kerja berlawan rumah) sehingga abad ke-19, bermula dengan pengindustrian.

Dari segi rupa dan perawakan, tidak banyak lelaki dalam budaya Barat menggunakan kosmetik atau pakaian yang secara amnya terkait kepada perempuan. (Berbuat demikian dikenali sebagai pemakaian silang dan, secara amnya, dipandang hina.)

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Airil Haimi Mohd Adnan, Menjejak Sang NeoMaskulin, Shah Alam : Buku Prima, 2008.
  • Andrew Perchuk, Simon Watney, Bell Hooks, The Masculine Masquerade: Masculinity and Representation, MIT Press 1995
  • Pierre Bourdieu, Masculine Domination, Edisi berkulit lembut, Stanford University Press 2001
  • Robert W. Connell, Masculanities, Cambridge : Polity Press, 1995
  • Michael Kimmel (ed.), Robert W. Connell (ed.), Jeff Hearn (ed.), Handbook of Studies on Men and Masculinities, Sage Publications 2004

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.