Lemang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lemang
Gerai lemang di tepi jalan Kuantan - Terengganu di Kijal.

Lemang
Asal
Negara asal Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura
Kawasan Asia Tenggara
Maklumat hidangan
Jenis hidangan Hidangan utama
Suhu dihidangkan Panas
Ramuan utama Pulut, Santan


Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. [1], [2] Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. [3]

Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. [4]. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, [5] dan suku Semai.[6]

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Masukkan santan ke dalam buluh.
  4. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Bakar selama satu jam.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Cara membelah buluh untuk mengeluarkan lemang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi