Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
Malaysian Investment Development Authority
MIDA
Intisari agensi
Dibentuk1967; 57 tahun yang lalu (1967)
Agensi terdahulu
  • Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMIDA Sentral, No.5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Dato' Abdul Majid Ahmad Khan, Pengerusi
  • Dato' Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)
Dokumen penting
  • Akta Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Diperbadankan) 1965
Laman sesawang
www.mida.gov.my/home/

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA (bahasa Inggeris: Malaysian Investment Development Authority) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri dalam dasar-dasar pembangunan perusahaan, memberi khidmat runding cara kepada syarikat-syarikat asing tentang sektor perusahaan di Malaysia, mengurus pelesenan perniagaan dan pengecualian tarif atau duti import, di samping menyelaras rancangan kemajuan industri.[1] Agensi ini dahulunya dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MIDA diubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen. MIDA dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia tetapi memiliki autonomi. Agensi ini beroperasi penuh pada tahun 1967 dan memulakan usaha-usaha penubuhan pejabat-pejabat luar negara pada tahun 1972.[1]

Peranan[sunting | sunting sumber]

MIDA menganggap dirinya sebagai "agensi utama kerajaan bagi pengembangan dan penyelarasan pembangunan perusahaan" dan "titik perhubungan pertama bagi pelabur-pelabur yang berhasrat mendirikan projek-projek pengeluaran dan perkhidmatan sokongan yang terbabit di Malaysia."[2]

Walaupun objektif utama penubuhannya ialah mempromosi pelaburan Malaysia kepada pelabur asing, MIDA juga mengendalikan tugas-tugas lain. Di antaranya ialah perancangan bagi kemajuan perindustrian, mengesyorkan dasar-dasar bagi menggalakkan kemajuan tersebut kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memberikan khidmat runding cara kepada syarikat-syarikat asing yang beroperasi di Malaysia dan menyelaras pertukaran maklumat di antara pertubuhan-pertubuhan yang terlibat di dalam kemajuan perusahaan. Beberapa pegawai daripada pelbagai kementerian serta syarikat-syarikat milik kerajaan bertugas di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur bagi memberi nasihat kepada bakal pelabur. Selain itu, MIDA juga bertanggungjawab menilai permohonan lesen pengeluaran, permohonan insentif cukai dan juga permohonan pengecualian daripada duti import mahupun tarif.[3]

MIDA juga meluluskan pelanjutan visa lawatan perniagaan dan pertukaran visa-visa sebegitu kepada visa pekerjaan sementara. Ia juga meluluskan permohonan syarikat-syarikat yang mahu menggaji pekerja-pekerja asing dan menilai perjanjian-perjanjian usaha sama. MIDA memiliki pejabat-pejabat luar negara di seluruh dunia bagi menggalakkan pelaburan di Malaysia. Kebanyakannya terletak di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Timur.

Insentif[sunting | sunting sumber]

MIDA boleh menawarkan pelbagai insentif bagi menarik pelaburan asing, termasuk insentif bagi syarikat-syarikat tertentu. Insentif itu dibahagikan kepada dua peringkat wilayah iaitu untuk wilayah Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang selain peringkat seluruh negara. MIDA bermesyuarat setiap minggu pada hari Khamis bagi meluluskan permohonan pelaburan baru dan mencadangkan insentif. Seorang pegawai dari Kementerian Kewangan akan menghadiri mesyuarat sebegini bagi meluluskan mana-mana cadangan serta merta.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

MIDA telah dikritik oleh sebuah makalah perniagaan kerana "terlalu asyik dengan urusan birokratik dalaman berbanding keperluan usahawan" dengan menekankan "peraturan dan kurang memberi bantuan sebenar kepada usahawan." Makalah yang sama mengatakan "usahawan mempunyai peranan yang lebih sedikit di dalam ekonomi" di Malaysia.[4] Walau bagaimanapun, Perkhidmatan Nasihat bagi Pelaburan Asing di Bank Dunia memuji MIDA dengan menyatakan yang ia boleh diberi kepercayaan "untuk memberikan hampir kesemua kelulusan dan kebenaran yang diperlukan" dan bahawa "penglibatan MIDA bagi pihak pelabur menjamin kelulusan dan permit diperoleh tanpa sebarang masalah."[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mustaza Abdullah & Mat Marjani Hj. Yahya (1991). Kemahiran Hidup Bersepadu TERAS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. ms. 110. ISBN 983-62-2316-9.
  2. ^ Malaysian Industrial Development Authority. "Introduction". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-01. Dicapai pada 2008-08-30.
  3. ^ Malaysian Industrial Development Authority. "Functions of MIDA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-01. Dicapai pada 2008-08-30.
  4. ^ Leo-Paul Dana (1 Julai 1987). "Industrial development efforts in Malaysia and Singapore". Journal of Small Business Management (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2008-08-30.
  5. ^ Sader, Frank (2000). "Do "One-stop Shops" Work?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-22. Dicapai pada 2008-08-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]