Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LMSM atau MPOB) merupakan badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Malaysia. LMSM terletak di bawah pentadbiran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lembaga Minyak Sawit Malaysia ditubuhkan pada 1 Mei 2000 hasil gabungan Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dengan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA)[1] [2]. PORIM telah diwujudkan pada awal tahun 1979 di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan minyak sawit. PORLA pula terlibat dalam usaha pemasaran dan pengawalan minyak sawit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kamal Ahmad 17 April, 2008 Memodenkan tanaman kelapa sawit negara Berita Harian Online
  2. Marina Mesran (2007). "Malaysian Palm Oil Board". Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.  Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]