Lembaga Penghasilan Perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

War Production Board (WPB, "Lembaga Penghasilan Perang") ditubuhkan sebagai agensi kerajaan pada 16 Januari 1942 atas arahan eksekutif Franklin D. Roosevelt.

Tujuan penubuhan lembaga ini adalah memantau penghasilan dan peruntukan bahan mentah dan bahan api ketika Perang Dunia II di Amerika Syarikat. WPB menukar dan meluaskan industri-industri masa aman untuk memenuhi keperluan menghadapi peperangan, memperuntukkan bahan-bahan terhad yang penting untuk pembuatan zaman peperangan, menetapkan keutamaan dalam pengedaran bahan-bahan dan perkhidmatan, dan melarang penghasilan yang tidak perlu. WPB mencatu bahan-bahan seperti petrol, minyak pemanas, haba, getah, kertas[1] dan plastik. WPB dibubarkan sejurus selepas tumbangnya Jepun pada tahun 1945, lalu diganti oleh Civilian Production Administration pada akhir tahun 1945.

Pengerusi pertamanya ialah Donald M. Nelson yang berkhidmat mulai tahun 1942 hingga 1944, diikuti oleh Julius A. Krug dari tahun 1944 sehingga pembubaran Lembaga ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "War and the book trade" In Butler, Pierce (ed.) (1945) Books and libraries in wartime pp. 88-104, University of Chicago Press, Chicago, OCLC 1349001