Lembangan Maliau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau
IUCN Kategori Ia (Cagar alam)
Lokasi Daerah Tongod, Sabah, Malaysia
Bandar raya terdekat Tawau
Koordinat 4°49′49″U 116°54′01″T / 4.83040°U 116.90020°T / 4.83040; 116.90020Koordinat: 4°49′49″U 116°54′01″T / 4.83040°U 116.90020°T / 4.83040; 116.90020
Luas 588 kilometer persegi
Badan pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Lembangan Maliau terletak di susuran Sungai Maliau dan Sungai Kinabatangan di negeri Sabah. Sungai Maliau merupakan anak sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia, selepas Sungai Rajang.

Lembangan ini merupakan salah satu kawasan semula jadi yang masih menjadi misteri sehingga kini. Ia disempadani oleh tubir yang unik dan menggerunkan. Lembangan yang berbentuk hampir bulat boleh dilihat dari udara. Ia merangkumi kawasan hutan asli seluas 390km persegi.

Ia mempunyai ekosistem sendiri, belum pernah diduduki secara tetap dan mempunyai tinggalan kawasan yang luas untuk diterokai dan didokumentasi.Menurut sumber ysnet.org, keseluruhan lembangan ini merupakan kawasan tadahan air tunggal luas, yang hanya disalirkan oleh sebatang sungai sahaja iaitu sungai Maliau yang mengalir keluar melalui jurang di tenggara lembangan, bertemu dengan sungai Kuamut dan akhirnya sungai Kinabatangan, jalan air yang terbesar dan terpenting di Sabah.