Lenggu anak China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pegawai Waran II Lenggu Ak Cina
Kelahiran
Lenggu Ak Cina

Sungai Baloh, Ngemah, Kanowit, Sarawak
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Pegawai Waran II
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Pegawai Waran II

Pegawai Waran II Lenggu anak Cina adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Sungai Baloh, Ngemah, Kanowit, Sarawak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1972 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis semasa menjalankan operasi di Sungai Katibas.

Dalam pertempuran tersebut, Pegawai Warren II Lenggu Ak Cina bersama kumpulan yang diketuai oleh Lt M Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi pada 20 Jan 1971. Sungguhpun menerima tembakan musuh yang bertubi-tubi, ia tidak menghalang PW II Lenggu daripada merapati tebing sungai dan menggempur kedudukan musuh.

Kumpulan PW II Lenggu berjaya membunuh empat orang pemberontak komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Pasukannya mengalami tujuh kematian manakala dua anggota termasuk Lt M Anuar Basha tercedera. Selaras senjata bersama 30 butir peluru 303 dan dokumen pemberontak merupakan antara kelengkapan musuh yang berjaya dirampas

Rujukan[sunting | sunting sumber]