Léon l'Africain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Leo Africanus (novel))
Léon l'Africain
Kulit edidi pertama
Kulit lembut edisi pertama
Umum
PengarangAmin Maalouf
NegaraLebanon
BahasaBahasa Perancis
GenreNovel sejarah
Penerbitan
PenterjemahPeter Sluglett
PenerbitNew Amsterdam Books
Tarikh penerbitan
1986
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
1992
Jenis media
Cetak (Kulit lembut)
Halaman360 ms
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 1-56131-022-0
OCLC24502286
843 20
LCCPQ3979.2.M28 L413 1991

Léon l'Africain ialah suatu novel sejarah bahasa Perancis tahun 1986 karya penulis Lubnani Amin Maalouf menggambarkan kehidupan Leo Africanus, seorang pengembara Arab terkenal Zaman Pembaharuan, Oleh sebab hanya sedikit maklumat yang diketahui tentang kehipuan orang sebenar, buku ini memuatkan kejadian-kejadian pensejarahan dan meletakkan Leo dalam kalangan orang-orang pensejarahan penting pada zamannya, termasuk tiga orang paus, (Paus Leo X, Paus Adrianus VI dan Paus Clemens VII), dua maharaja Uthmaniyah, (Selim I dan Sulaiman al-Qanuni) serta penampilan watak Amir Muhammad XII dari Granada (raja Moor terakhir Amiriah Granada), Askia Mohammad I dari Empayar Songhai, Ferdinand dari Sepanyol, dan François I dari Perancis, dan juga pelukis Raphael serta bebrapa lagi tokoh politik dan kebudayaan penting zaman itu. Ia ditulis seakan bentuk memoir daripada sudut pandang Leo sendiri.

Ia novel pertama Amin Maalouf yang menerima pujian para pengkritik.

Plot[sunting | sunting sumber]

Novel ini dibahagikan ke dalam empat bahagian, setiap satu diatur mengikut tahun bagi memerikan waktu-waktu penting dalam kehidupan Leo Africanus, setiap bahagian diberi nama setiap kota yang memainkan peranan penting dalam kehidupan tersebut: Granada, Fes, Kaherah, dan Rom. Mahupun dipenuhi dengan hipotesis bigrafi dan taakulan pensejarahan, buku ini menawarkan pemerian terang tentang dunia Zaman Pembaharuan, dengan permulaan kemunduran kerajaan-kerajaan Islam tradisional dan harapan yang diberikan Empayar Uthmaniyah sewaktu empayar tersebut berkembang dan mampu mengamcam Eropah dan memulihkan kesatuan Muslim.

Buku ini berlandaskan pengalaman hidup sebenar Leo Africanus yang membawanya hampir ke semua pelusuk Mediterranean Muslim, selatan Maghribi hingga ke Semenanjung Arab, dan merentasi gurun Sahara.

Tema-tema utama[sunting | sunting sumber]

Novel ini menerokai pergeseran antara Islam dan Kristian dan juga pengaruh kedua-duanya terhadap satu sama lain dan juga penganut-penganut agama-ama tersebut.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]