Les' Copaque Production

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Les' Copaque Production Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian berhad
IndustriHiburan, media
GenreAnimasi
Ditubuhkan12 Disember 2005; 18 tahun yang lalu (2005-12-12)
PengasasHaji Burhanuddin Mohd Radzi
Hajah Ainon Ariff
Ibu pejabatNo. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tokoh penting
  • Haji Burhanuddin Mohd Radzi (Pengarah Urusan)
  • Hajah Ainon Ariff (Ketua Pengarah Isi Kandungan)
  • Nur Naquyah Burhanuddin (Pengarah Isi Kandungan)
  • Razuri Ajmain (Pengarah Kreatif)
  • Syed Nurfaiz Khalid bin Syed Ibrahim (Pengarah Kreatif)
  • Tang Ying Sowk (Pengarah Produksi)
  • Nik Ahmad Rasyidi bin Nik Othman (Pengarah Animasi)
  • Salsabila bt Sheikh Khalid (Pengarah Animasi)
  • Mohd Haris bin Amran (Pengarah Seni)
  • Mohamad Zaki Ishak (Pengarah Audio dan Muzik)
  • Tan Shiek Wei (Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan)
  • Akmal Hisyam (Pengarah Teknikal)
  • Syed Nurfaiz Khalid bin Syed Ibrahim
    (Pengarah Teknikal)
  • Hazimin Hamdan (Pengarah Projek Upin & Ipin)
  • Mohd Zarin Bin Abdul Karim (Ketua Media dan Permainan Video)
KeluaranUpin & Ipin
Upin & Ipin Iqra'
Upin & Ipin: The Helping Heroes
Pada Zaman Dahulu
Puteri
DaDuDiDo
Ingat!
Anak syarikat
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2009 - kini
Pelanggan15.6 juta
Jumlah tontonan7.5 bilion
100,000 pelanggan 2013
1,000,000 pelanggan 2016
10,000,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 7 Februari 2022
Tapak webhttps://lescopaque.com
Facebook: lescopaque Twitter: lescopaque Instagram: lescopaque Youtube: UCR1c65UsjpaVgcLKa7eM1tg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Les' Copaque Production Sdn Bhd (digayakan sebagai LES' COPAQUE) ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Les' Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pengeluar penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Les' Copaque ditubuhkan pada Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff. Mereka bersama tiga graduan Universiti Multimedia (MMU) telah memulakan syarikat tersebut. Usamah Zaid Yasin merupakan salah seorang yang telah membantu menubuhkan syarikat ini dan dahulunya memegang jawatan Pengarah Kreatif di Les' Copaque. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.

Projek animasi sulung karya Nizam Razak, Safwan Karim dan Usamah sendiri, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di Koridor Raya Multimedia-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negara telah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.

Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk menghasilkan pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke menghasilkan cereka animasi pendek Geng: Pengembaraan Bermula pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006.[1]

Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem itu akhirnya dikeluarkan pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.2 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Pada 2014, Les' Copaque telah menubuhkan akademi animasinya yang tersendiri kerana menyedari pendidikan dalam bidang ini amat penting dalam membangunkan sebuah produksi 3D tidak kira sebagai pekerja, usahawan dan pemilik produksi. Bidang Animasi 3D bukan lagi hanya bergantung dalam menghasilkan kartun sahaja, tapi bidang ini sudah meluas ke beberapa cabang. Les' Copaque Animation Academy (LCAA) dibangunkan bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran tetapi LCAA juga menjadi pelengkap kepada bidang pendidikan di peringkat kemahiran sehingga ke tahap universiti.

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Antara anak syarikat yang ditubuhkan ialah

  • Les' Copaque Game Development (LCGDI)
  • Les' Copaque Animation Academy (LCAA)
  • Les' Copaque Training Centre
  • Les' Copaque Merchandising (Upin & Ipin Store)
  • Geng' Corner (Upin & Ipin Flava)
  • Les' Copaque Film (LC Film)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh Tayangan Tahun Pengedar
1 Geng: Pengembaraan Bermula 12 Februari 2009 Grand Brilliance
2 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! 24 November 2016 Primeworks Studios
MNC Media (Indonesia)
3 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal 21 Mac 2019 GSC Movies (Malaysia, Singapura, Brunei)
Walt Disney Studios Motion Pictures (Antarabangsa)
MNC Media (Indonesia)
4 Dongeng Sang Kancil Akan diumumkan Akan diumumkan
5 Puteri Kasturi Akan diumumkan Akan diumumkan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Tayangan
Upin & Ipin (2007 – 2018) di TV9
(2008 - 2024) di MNC TV
(2019 - kini) di Astro
Pada Zaman Dahulu (2011 - 2013) di TV AlHijrah
(2018 - kini) di Astro Ceria
Puteri (ditayang pada 2014) di TV3[3]
Upin & Ipin Iqra' (2019 - kini) di Astro Prima
(2020 - kini) di MNC TV
Upin & Ipin : The Helping Heroes (2020 - kini) di MNC TV (Indonesia)

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Nama Ditayangkan Di
DaDuDiDo YouTube
Ingat! YouTube

Drama Les' Copaque (LC FILM)[sunting | sunting sumber]

Drama & Filem Penerbit Pengarah Ditayangkan Di
Zaiton: Ceritaku Haji Burhanuddin Esma Daniel 1 November 2012 di Pawagam
Makcik Bawang Setiap Isnin - Khamis di TV1
Maaf Zahir Batin Tak Jadi Noradyman Md Sulaiman Nazir Jamaluddin 24 Mei 2020 Di TV Okey

Aksi Langsung[sunting | sunting sumber]

Nama Ditayangkan Di
Kembara Warisan Detektif Upin Ipin YouTube

Taman Tema[sunting | sunting sumber]

 Melaka[sunting | sunting sumber]

  • Upin & Ipin Theme Park (Akan Datang)

Kritikan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, salah satu watak dalam siri Upin & Ipin, Fizi telah menimbulkan kritikan dari kalangan penonton Indonesia apabila mempersendakan Upin dan Ipin dalam episod 'Syahdunya Syawal' di mana beliau membalas dengan mengatakan "Takdelah Syurga!" apabila mengaitkan dengan frasa 'Syurga di bawah tapak kaki ibu'. Pengarah Kandungan Kreatif, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, itu antara permintaan mereka selepas babak terbabit meruntun hati ramai yang menontonnya.

"Sewaktu perbincangan, idea berkenaan terbit untuk mencetuskan pertanyaan mengenainya. Niat kami tidak lain untuk memberikan ruang kepada penonton untuk mengupas isu ini,"[4]

Setelah beberapa hari, Fizi meminta maaf menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka. Dalam video berdurasi empat minit itu, Fizi mengakui menyesal dengan keterlanjuran katanya kepada Upin dan Ipin.[5][6]

Drama di sebalik kolaborasi mereka bersama Tsurubaya menerusi penampilan Ultraman Ribut pada tahun 2014 apabila beliau dijemput oleh rakan mereka di Indonesia untuk mengadakan mesyuarat bersama Tsurubaya di mana rakan mereka mengatakan bahawa populariti Upin & Ipin semakin merosot dan rakan tersebut juga mengatakn bahawa mereka mampu menghasilkan animasi lebih baik berbanding Les' Copaque. Setelah tegangan tersebut, Les' Copaque dan Tsurubaya bersetuju dengan terma dan syarat sekaligus Ultraman Ribut membuat kemunculan dalam siri tersebut, Walau bagaimana pun, mereka terpaksa untuk menarik semula perjanjian setelah dua tahun kerana tidak menembusi pasaran Jepun.[7]

Kritikan tersebut berpanjangan ke arah ibu bapa apabila mereka risau dengan penampilan seksi menerusi muzik video Goyang Upin & Ipin di mana diinsiprasikan daripada Dangdut di Indonesia. Walaupun komen telah ditutup di laman YouTube, kritikan tersebut berpanjangan di Twitter.[8]

Mereka juga telah menimbulkan kontroversi di mana mereka memuat naik salah satu episod podcast di YouTube mereka dengan mengupas isu drama di set penggambaran dengan mengaitkan masalah staf toksik. Rata-rata netizen menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terhadap mereka[9] serta bekas staf yang rasa puas hati apabila mereka memuat naik video tersebut.[10] Pengasas Les' Copaque, Haji Burhanuddin Radzi membalas bidaan tersebut dengan menayang kekayaan aset yang dimiliki beliau serta mengatakan 'kebanyakkan komen pembencian (adalah) terhadap kejayaan kami'. Namun begitu, kritikan tersebut berpanjangan di komen pos tersebut.[11][12]

Salah satu staf mereka bersifat dengki di Twitter terhadap kejayaan Mechamato Movie terbitan Monsta dan Astro Shaw ditayangkan di Jepun dengan membalas 'terdapat satu animasi yang sudah bertapak lebih sedekad'. Netizen mengecam bidaan tersebut seterusnya staf tersebut meminta maaf atas salah faham tersebut. Kecaman tersebut berterusan walaupun telah meminta maaf.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Apabila Upin Dan Ipin Masuk Pawagam". Utusan Malaysia. 8 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-28. Dicapai pada 9 Disember 2009.
  2. ^ "GENG: JELAJAH MALAYSIA ....HABIS". LCP Blog. Les' Copaque. Dicapai pada 9 Disember 2009.
  3. ^ "Screening 2014". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-22. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
  4. ^ Georgie Joseph (28 Mei 2020). "Penonton Indonesia gesa watak Fizi Upin Ipin mohon maaf". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  5. ^ Nordin, Norhayati (2 Jun 2020). "'Fizi dah insaf, jangan marah lagi ye'". Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  6. ^ Moey, Melina (3 Jun 2020). "'No heaven for orphans': Upin & Ipin character apologises after backlash over insensitive remarks". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  7. ^ Nasser, Ashraf (3 Julai 2020). "Les' Copaque reveals drama behind Ultraman Ribut's appearance in "Upin Ipin"". Yahoo Life Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  8. ^ Velusamy, Thermesh (10 Ogos 2020). "Parents Are Worried This Upin & Ipin Music Video Is Too 'Sexy' & Think It Should Be Removed". World Of Buzz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  9. ^ Supramani, Shivani (1 Jun 2023). "Local Animation Company Faces Backlash For "Toxic Employee Gossip" In Podcast". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  10. ^ @Bobby_Onde (28 Mei 2023). "Sbg ex-staff yg pernah bekerja beberapa tahun di les copaque, yes, management and higher-ups company ni mmg extremely toxic. Boleh kata ramai di antara kami bersyukur dorang post this shit, sbb boleh tengok sendiri la betapa bodohnya org2 yang ni. 1/4" (Twit). Dicapai pada 7 Oktober 2023 – melalui Twitter.
  11. ^ Ariff, Hairi (2 Jun 2023). "'Let's Move On' – Pengasas Les' Copaque Respon Isu Podcast Ulas Bekas Pekerja Yang Tular". The Vocket. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  12. ^ Supramani, Shivani (2 Jun 2023). "Les' Copaque Boss Responds To Backlash On Facebook, Shares Photos Of Expensive Cars". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  13. ^ @indominusBei (2024-01-18). "Save the receipt sebelum dia private account" (Twit) – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]