Lesung batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lesung batu.

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.

Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara dimana pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya masyarakat setempat.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.