Letusan puting beliung 25-28 April 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letusan puting beliung 25-28 April, 2011
Sistem ribut pada 27 April
Sistem ribut pada 27 April
Tarikh: 25 April – 28 April, 2011
Tempoh1: 4 hari
Kadar maksimum2: Puting beliung EF5
Jumlah puting beliung: 130 disahkan, 426 dilaporkan
Kemusnahan: $2 – 5 billion
(kos insuran)[1]
Kematian: 339+ (jumlah sebenar tidak dapat dipastikan)[2][3][4][5]
Kawasan terjejas: Barat Tengah, Selatan, Timur Amerika Syarikat dan selatan Ontario

1Masa dari puting beliung pertama hingga yang terakhir
2Yang mengakibatkan kemusnahan paling teruk; lihat Enhanced Fujita Scale

Dari 25 - 28 April, 2011, letusan puting beliung ganas telah melanda Selatan, Barat Tengah, dan Timur Amerika Syarikat, menyebabkan kemusnahan yang dahsyat terutamanya di negeri Alabama. Letusan ini menghasilkan siri puting beliung di Alabama, Arkansas, Georgia, Mississippi, Carolina Utara,Tennessee, dan Virginia, serta menjejaskan beberapa kawasan di selatan dan timur Amerika Syarikat dengan puting-puting beliung disahkan di Texas hingga ke Bandaraya New York. Puting-puting beliung pemusnah yang tersebar di merata kawasan berlaku pada setiap hari letusan.[6]

Jumlah kematian yang direkodkan sehingga awal pagi 30 April, 2011 adalah sekurang-kurangnya 339 orang. Bagaimanapun, jumlah sebenar tidak diketahui kerana usaha pemulihan masih berjalan, dan oleh itu, sumber berlainan memberikan jumlah yang berbeza. Selain itu, ratusan orang masih lagi hilang, walaupun pihak berkuasa menyatakan yang jumlah ini mungkin termasuk duplikasi dan juga mangsa yang sudah ditemui tetapi tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.[7][8] Semua kematian kecuali 5 berlaku pada 27 April, walaupun masih tidak jelas samada kematian dari hari lain dimasukkan dalam jumlah kematian.[3][4] 249 kematian dilaporkan di Alabama sahaja dan telah disahkan oleh agensi pengurusan darurat negeri pada pagi 30 April.[7] 27 April merupakan hari puting beliung paling dahsyat di Amerika Syarikat sejak letusan "Tiga negeri" yang berlaku pada 1925, [9] yang menyebabkan puting beliung tiga negeri yang terkenal itu.[10][11] Ia telah diklasifikasikan oleh sesetengah pihak sebagai letusan puting beliung kedua paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat,[12][13] walaupun Letusan puting beliung Tupelo–Gainesville 1936[14] mencatatkan kematian lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 436 kematian yang dilaporkan.

Lebih dari 425 puting beliung telah dilaporkan dalam masa empat hari, termasuk 259 di 16 negeri pada 27 April.[15]

Pasca bencana[sunting | sunting sumber]

Gabenor Alabama Robert J. Bentley mengisytiharkan perintah darurat di negeri Alabama, akibat dari kemusnahan disebabkan ribut petir yang berlaku pada 27 April, disusuli dengan letusan puting beliung pada hari yang sama.[16] Selain itu, darurat juga diisytiharkan di Arkansas, Kentucky, Mississippi, Missouri, Tennessee dan Oklahoma, akibat dari banjir dan puting beliung.[17] Berikutan letusan puting beliung pada petang 27 April, Presiden Barack Obama memperkenankan pengisytiharan darurat persekutuan bagi negeri Alabama, membolehkan bantuan persekutuan disalurkan, termasuk aset-aset mencari dan menyelamat untuk kawasan yang terjejas.[18]

Lebih dari 2,000 askar Pengawal Kebangsaan dikerahkan ke Alabama, untuk membantu usaha membantu dan menyelamat.[19] Presiden Obama melawat kawasan terjejas di Alabama pada 29 April.[20] Pada hari yang sama, Obama meluluskan pengisytiharan bencana persekutuan bagi tujuh kaunti di Mississippi.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles Riley (April 29, 2011). "Storm insurance losses estimated at $2 billion to $5 billion". CNN. Dicapai pada April 29, 2011.
  2. ^ "Tornado victims seek comfort in Sunday services". CBS News. 2011-05-01. Dicapai pada 2011-05-01.
  3. ^ a b "Sunday in the South: Mourning for Tornado Victims". ABC. 2011-05-01. Dicapai pada 2011-05-01.
  4. ^ a b "Heavy Rain/Severe Weather on April 23–27, 2011". National Weather Service. National Oceanic and Atmospheric Administration. April 27, 2011. Dicapai pada April 28, 2011.
  5. ^ CNN (01 May 2011). "Top federal officials tour, promise help to tornado-ravaged South". Dicapai pada 01 May 2011. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ "Severe Weather Event Summaries". Storm Prediction Center. National Oceanic and Atmospheric Administration. April 29, 2011. Dicapai pada April 29, 2011.
  7. ^ a b "Number of weather related fatalities 249" (PDF). Alabama Emergency Management Agency. State of Alabama. 30 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-24. Dicapai pada 30 April 2011.
  8. ^ Reynolds, Brian (April 30, 2011). "UA confirms five students killed in storm". The Tuscaloosa News. Dicapai pada April 30, 2011.
  9. ^ http://www.crh.noaa.gov/mkx/?n=torout
  10. ^ CNN (30 April 2011). "Harrowing stories emerge from storm's aftermath". Dicapai pada 30 April 2011.
  11. ^ "South mourns victims of deadly tornadoes". CBS News. 2011-04-30. Dicapai pada 2011-05-01.
  12. ^ "Twister Outbreak is Second Deadliest in History", MSNBC, AP News & Reuters (jointly produced article), April 30, 2011, Retrieved April 30, 2011
  13. ^ Tornado outbreak is 2nd deadliest on record By the CNN Wire Staff, April 30, 2011 3:36 p.m. EDT http://www.cnn.com/2011/US/04/30/severe.weather.context/index.html
  14. ^ http://www.accuweather.com/video/888277817001/weather-history-1936-tupelo-g.asp?channel=wxhist
  15. ^ "Storm Prediction Center 110427's Storm Reports". Storm Prediction Center. 2002-03-25. Dicapai pada 2011-04-29.
  16. ^ State of Emergency Declared in Alabama Diarkibkan 2011-05-02 di Wayback Machine, WPMI, April 27, 2011.
  17. ^ State of emergency declared in seven US states, Travel Weekly, April 28, 2011.
  18. ^ State of emergency declared in Ala., WALA-TV, April 28, 2011.
  19. ^ White House mobilizes response in wake of deadly storms, CNN, April 28, 2011.
  20. ^ "Barack Obama pledges to help US tornadoes recovery". BBC News. British Broadcasting Corporation. 28 April 2011. Dicapai pada 28 April 2011.
  21. ^ Mississippi receives federal disaster declaration, The Hattiesburg American, April 29, 2011.