Lewi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Levite)

Puak-puak Israel
Puak-puak
Topik berkaitan

Levi (לוי; Piawai Levy; Tiberias Lēwî; "bergabung", "bersambung") adalah, menurut Kitab Kejadian, anak lelaki ketiga Nabi Yaakub dan Leah, dan pengasas suku bangsa suku kaum Israel Levite.

Suku kaum Lewi atau Levi adalah salah satu dari dua belas suku kaum Bani Israel. Berbeza dengan suku-suku yang lain, suku bangsa Lewi tidak mendapat hak pembahagian tanah di Kanaan (menurut Islam, bangsa Israel keseluruhannya telah diharamkan untuk kembali semula ke tanah Palestin[perlu rujukan]), ketika keturunan Yaakub itu bebas dari diperhambakan di Mesir. Hal ini disebabkan kerana suku bangsa itu menempati kedudukan khusus dalam agama Israel kuno, yakni sebagai keluarga imam dan penjaga serta pemelihara Kuil Suci di Jerusalem.

Kedua suku terakhir, Efraim dan Manasye, adalah keturunan Nabi Yusuf a.s., salah satu dari kedua belas putera Nabi Yaakub.