Lexus dan Pokok Zaitun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Lexus and the Olive Tree
Lexus dan Pokok Zaitun
Pengarang Thomas L. Friedman
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Subjek Hubungan ekonomi antarabangsa
Perdagangan bebas
Kapitalisme–Aspek-aspek sosial
Inovasi teknologi–Aspek-aspek ekonomi
Inovasi teknologi–Aspek-aspek sosial
Komunikasi antara budaya
Globalisasi
Amerika Syarikat–Hubungan ekonomi luar negara
Penerbit Farrar, Straus and Giroux
Tarikh terbitan 1999
Jenis media Kulit keras
Bil. muka surat 394
ISBN 0-374-19203-0 (BI)
978 983 068 248 8 (BM)
OCLC 40609510

Lexus dan Pokok Zaitun (Bahasa Inggeris: The Lexus and the Olive Tree) dikarang oleh Thomas L. Friedman pada tahun 1999, untuk menganjurkan bahawa dunia sedang mengalami dua pergelutan, iaitu mengejar kemakmuran dan pembangunan yang dilambangkan oleh kereta Lexus, dan mengekalkan identiti dan tradisi yang dilambangkan oleh pokok zaitun. Katanya, beliau menyedari perkara ini ketika menjamu selera dengan sekotak sushi dalam sebuah keretapi peluru Jepun setelah mengunjungi sebuah kilang Lexus factory sambil membaca berita konflik di Timur Tengah.

Friedman membimbing pembaca dalam pengembaraan antarabangsa untuk memperbaharui pemahaman istilah "globalisasi" yang sering tersalah faham dan tersalah guna, dengan mengupas kisah-kisah pengalaman sebenarnya ketika bersemuka dengan ramai tokoh tersohor di dunia. Beliau berhujah bahawa globalisasi bukan sekadar arah aliran yang sementara, malah merupakan sebuah sistem antarabangsa yang menggantikan sistem Perang Dingin yang dahulu, dan mengamalkan peraturan dan logik tersendiri yang secara langsung atau sebaliknya mempengaruhi politik, persekitaran, geopolitik dan ekonomi hampir setiap negara di dunia."

Friedman hendak meneliti, mengupas dan menggolongkan sistem antarabangsa baru ini, lantas menjelaskannya dengan memperkenalkan istilah-istilah baru yang serba menarik seperti Kurang Daya Tahan Mikrocip; Baju Pasung Emas; Kumpulan Elektronik; DOSCapital; dsb.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]