Liger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liger
Liger jantan (kanan) dan betina (kiri)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Famili: Felidae
Genus: Panthera
Spesies: Panthera leo × Panthera tigris
Plat warna anak kacukan singa dan harimau, Étienne Geoffroy Saint-Hilaire.

Liger ialah kacukan singa jantan (Panthera leo) dan harimau betina (Panthera tigris), oleh itu induk-induknya sama genus tetapi berlainan spesiesnya. Nama "liger" jelas berasal dari perkataan Inggeris lion dan tiger. Liger adalah berbeza dari kacukan tiglon (harimau jantan + singa betina). Liger adalah yang terbesar di kalangan semua jenis kucing yang masih wujud kerana menikmati kecergasan hibrid.

Liger mewarisi sifat kedua-dua spesies induknya, termasuklah membuat bunyi seperti singa dan harimau serta kebolehan berenang dari harimau dan gemar bersosial seperti singa. Sungguhpun demikian, liger sering menghadapi pelbagai risiko kesihatan dan bermacam-macam masalah lain. Liger hanya wujud dalam kuruang kerana singa dan harimau asli berasal dari kawasan berlainan dan tidak sama sekali hendak saling berbiak dengan relanya di alam liar. Liger lebih besar berbanding kedua-dua spesies induknya, tetapi biasanya ini membahayakan harimau betina yang bunting sehingga perlunya melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean. Liger biasanya pendek hayatnya di samping mengalami kecacatan sejak lahir dan pelbagai mutasi yang lain.