Lim Guan Eng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lim Guan Eng
林冠英
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bagan, Pulau Pinang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
2008 – 10 Oktober 2022
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim (2022-kini)
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Tun Dr. Mahathir Mohamad
(2018-2020)
Najib Razak (2009-2018)
Tun Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
Didahului oleh Lim Hock Seng
Majoriti22,070 (2008)
34,159 (2013)
43,902 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Air Putih
Memegang jawatan
2008
Didahului oleh Lye Siew Weng
Majoriti4,061 (2008)
11,693 (2013)
10,936 (2018)
Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
2022
Didahului olehTan Kok Wai
Timbalan Presiden
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2018–2022
Berkhidmat dengan
Mohamad Sabu (2017-)
Muhyiddin Yassin (2017-2020)
Wilfred Madius Tangau (2021-)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehLoke Siew Fook
Setiausaha Agung DAP
Dalam jawatan
2004–2022
Pengerusi Tan Kok Wai
Didahului oleh Kerk Kim Hock
Digantikan olehLoke Siew Fook
Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Amiruddin Hamzah
Didahului oleh Najib Razak
Digantikan olehYang Berhormat Mulia Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz
Kawasan pilihan rayaBagan
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4
Dalam jawatan
11 Mac 2008 – 14 Mei 2018
GabenorAbdul Rahman Abbas
Didahului oleh Koh Tsu Koon
Digantikan oleh Chow Kon Yeow
Kawasan pilihan rayaAir Puteh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Melaka, Melaka
Dalam jawatan
1986–1999
Didahului oleh Lim Kit Siang
Digantikan oleh Kerk Kim Hock
Majoriti52,840 (1986)
54,745 (1990)
56,096 (1995
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-08) 8 Disember 1960 (umur 63)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
Pakatan Hadapan (PH)
Pasangan Betty Chew Gek Cheng
Anak-anak4
BapaTan Sri Lim Kit Siang
KeluargaJho Low (menantu)
HubunganLim Hui Ying (adik)
KediamanMelaka, Pulau Pinang
Alma materAustralia Universiti Monash
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAkauntan
KabinetKabinet Malaysia 2018
Tandatangan
Laman web rasmilimguaneng.com

YB Tuan Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng), (lahir 8 Disember 1960) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Air Putih. Pada peringkat parti, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Kebangsaan[1].

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-7, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan memegang Portfolio Menteri Kewangan Malaysia dan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal dari tahun 2008 hingga tahun 2018.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Guan Eng dilahirkan di Johor dan merupakan anak lelaki kepada Lim Kit Siang, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudiannya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di SMK Tinggi Batu Pahat dan SMK Tinggi Melaka, seterusnya melanjutkan pelajaran tingginya ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi. Beliau pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society).

Beliau berkahwin dengan Betty Chew, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana di Melaka dan dikurniakan 4 orang anak.[4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng menghadapi pelantikan pertama sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka pada 1986, selepas menewaskan Soh Chin Aun dengan majoriti 17606 undian. Beliau kemudian kembali dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau kemudian menjadi orang yang pertama pernah dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota Melaka. Beliau menjadi alumni Melaka High School yang pertama mencapai rekod tersebut.

Dalam Parti Tindakan Demokratik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989 dan sekali lagi dilantik pada 1992. Pada 1995, beliau dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Lim dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, dan memegang posisi itu sehingga kini. Beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat dari 11 Mac 2008 hingga 14 Mei 2018.

Pertarungan dalaman[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya masing-masing berada di kedudukan terakhir dan kedua terakhir. Walau bagaimanapun, Lim masih teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk dalam jawatankuasa.[1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada jawatankuasa.[5]

Menjadi ketua menteri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2008, Lim muncul kembali dalam arena politik, memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.

Prestasi pengurusan kewangan dan perlantikan menteri kewangan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad mengumumkan Lim Guan Eng dilantik untuk menjawat portfolio menteri kewangan selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14.[2]

Biarpun sesetengah pihak cuba mengecam pelantikan tersebut berdasarkan kaum, Mahathir menekankan bahawa seseorang individu itu tidak sepatutnya dihakimi berdasarkan kaum sebaliknya pengetahuan dan kualiti yang dimiliki. "Seperti yang diketahui, apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, mereka berjaya menguruskan kewangan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu (Barisan Nasional). Mereka pula tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Persekutuan kerana bergelar parti pembangkang ketika itu. Namun, kita lihat mereka mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik. Justeru, kita memerlukan individu yang berkualiti, bukan hanya ahli parti, Melayu, Cina atau India." kata Tun Dr Mahathir dalam satu wawancara ekslusif bersama akhbar The Edge Weekly.[3][4] Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikeluarkan pada Julai 2017 menunjukkan jumlah hutang kerajaan Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan adalah terendah di Malaysia. Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak, berbanding jumlah tertinggi yang ditanggung oleh kerajaan Pahang iaitu RM1,087.93 juta. Ia juga berjaya menambahkan aset rizab daripada RM849 juta pada 2008 kepada RM1,828 juta pada akhir 2016.[5][6][7]

Pengguguran sebagai Menteri Kewangan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah meletak jawatan dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menerima peletakan jawatan tersebut tetapi melantik semula beliau sebagai Perdana Menteri Interim. Baginda telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Tun Dr Mahathir. Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh peletakan jawatan.[8]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menang saman fitnah Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2011, Lim menang kes berhubung saman fitnah Utusan Malaysia. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri dan mengarahkan agar akhbar itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000. Hakim G. V. Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim, sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Melayu dan anti-Islam.[9][10]

Lim Guan Eng diwakili peguam Lim Jagdeep Singh Deo. Pada Januari 2011, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP. Artikel pada Disember 2010 mendakwa DAP ialah alat kerajaan asing dan parti DAP hendaklah diharamkan. Utusan menuduh Lim sebagai seorang rasis (bersifat perkauman) dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010.[11]

Pada 22 Jun 2012, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar utusan, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.[12][13]

Kalah saman fitnah terhadap Jason Loo, China Press, dan Guang Ming Ribao[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Okt 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak saman fitnah yang difailkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadap bekas Ketua Pemuda Parti Gerakan Jason Loo Jieh Sheng, penerbit akhbar China Press, dan penerbit akhbar Guang Ming Ribao.

Hakim Datuk Rosilah Yop dalam keputusannya berkata, Lim telah gagal membuktikan pernyataan yang dibuat oleh Jason Loo dan artikel diterbitkan dalam dua akhbar tersebut berkaitan penjualan sebidang tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital ialah fitnah. Lim diperintah membayar kos berjumlah RM150,000 atau masing-masing RM50,000 kepada tiga defendan terbabit.[14][15]

Menang saman fitnah ketua penerangan PERKASA, New Straits Times, Berita Harian dan Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mac 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ketua penerangan PERKASA, Ruslan Kassim serta tiga syarikat akhbar membayar ganti rugi RM550,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Tiga syarikat akhbar berkenaan, New Straits Times (M) Bhd, Berita Harian Sdn Bhd and Utusan Melayu (M) Bhd diperintahkan berbuat demikian atas fitnah yang dibuat ke atas Lim. Ia bagi ganti rugi teruk dan teladan atas satu tulisan pemimpin PERKASA itu kerana menuduh Lim menjadi perisik Singapura.[16]

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memerintahkan PERKASA membayar RM150,000 manakala NSTP (M) Bhd dan Utusan diperintahkan membayar RM200,000. Beliau juga mengarahkan ketiga-tiga pihak terbabit membayar kos RM20,000.[17][18][19]

Mohon maaf beri jawapan salah isu elaun Mohamad Sabu[sunting | sunting sumber]

Menurut Lim, Mohamad Sabu daripada PANhanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.[20]

Katanya, jawapan bertulis yang diberikan kepada Jasmin sebelum ini bahawa Mohamad menerima elaun tetap RM1,500 sebulan, elaun mesyuarat RM300 dan elaun luar kawasan RM1,500 sebulan adalah tidak betul.[21]

Kematian Teoh Beng Hock[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menuduh Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kod Prosedur Jenayah. Ketua Polis Selangor memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut. Lim disiasat kerana mengaitkan kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan bunuh diri di Shah Alam pada 19 Disember 2009.

Pesalah di Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan yang memberikan keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.[22]

Isu Lim dan SDO[sunting | sunting sumber]

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan isu curi pasir.

Pada 19 Julai 2010, Nik berkata bahawa beliau telah digelar oleh Guan Eng sebagai lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' (Napoleon kecil) dan sebagainya. Balasnya, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya. Nik Ali berkata bahawa isu curi pasir tidak ada kena-mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Pada 23 Julai 2010, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berikutan tindakannya memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadapnya.Tindakan Nik Ali itu dilihat untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dilemparkan Guan Eng.[23]

Pada 26 Julai 2010, Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat Yunus dengan melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu. Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali. Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. Tambah Karpal lagi, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya dirobohkan. Mengenai isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau, hal itu ialah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. [24], [25]

Lim Guan Eng Tidak Menjawab Tentang Sijil Palsu[sunting | sunting sumber]

MCA mengirimkan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kelayakannya sebagai akauntan profesional bertauliah. Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata terdapat dua perkara pelik mengenai maklumat diterimanya.

“Mengikut maklumat yang disiarkan di dalam laman web peribadi Guan Eng, beliau menjadi seorang akauntan profesional bertauliah pada tahun 1983 tetapi mengikut laman web rasmi Monash University, beliau memperolehi ijazah Bachelor of Economics pada1984.

“Secara terus terang, saya kata saya tak pernah meragui kelayakan ijazah Guan Eng dari Monash University tapi, macam mana Guan Eng dapat menjadi seorang akauntan professional yang bertauliah pada tahun 1983 pula, setahun sebelum memperolehi ijazahnya dari Monash University?,” tanyanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.

Selain itu, beliau membangkitkan soal negara mana yang menerima pemegang ijazah sarjana muda ekonomi sebagai akauntan profesional bertauliah. “Bagaimanakah proses pengiktirafan akauntan profesional bertauliah dijalankan? Pengiktirafan dari negara kita atau luar negara?

“Saya juga ingin mengetahui negara manakah yang sudi menerima pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Bachelor of Economics) untuk menjadi akauntan profesional bertauliah?

Sebagai seorang pemimpin politik yang sentiasa melaung-laungkan slogan ‘Credibility, Accountability and Transparency’ (CAT), Lim Guan Eng janganlah diam-diam, sila jawab!,” katanya.

Isu berkaitan pendidikan menteri Kabinet hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas seorang timbalan menteri didakwa memiliki sijil akedemik palsu.[26]

Cabar BN mengulang tuduhan skandal seks di luar DUN[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2012, Lim Guan Eng dituduh mempunyai skandal dengan bekas pembantu pejabatnya, Ng Phaik Kheng.[27] Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo menyindir Betty Chew Gek Cheng, isteri LGE dan Adun Kota Laksamana.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula menuduh LGE tidak ada keberanian moral. Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan. Ekoran itu, Chua meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat .[28]

Lim Guan Eng meminta Datuk Gan Tian Loo selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka mengulang semula tuduhan itu di luar dewan agar tindakan mahkamah boleh diambil. Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan. Phaik Kheng pindah kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang.[29]ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia.[30]

Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman menggantung Ketua Pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh). Penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara (1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka. Alasannya kerana mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk tertulis perkataan 'Shame on you Gan Tian Loo' (Malulah kamu Datuk Gan Tian Loo). Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun selepas persidangan ditangguhkan .Sidang DUN tidak dapat dimulakan dan ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian. [31]

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang), berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari itu yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta ADUN Duyung yang juga ahli exco kerajaan negeri, Datuk Gan Tian Loo menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya. [32]

Penggunaan nama Allah di Semenanjung Malaysia Barat[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi pada Disember 2012 apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun. Beliau berkata kerajaan BN tidak sepatutnya mempolitikkan agama Krisitian hanya untuk meraih undi orang Melayu.[33] Namun demikian, beliau kemudian dibidas oleh PAS dan NGO-NGO dengan tegasnya mengatakan kalimah Allah adalah antara kalimah suci umat Islam.[34][35] Mereka sama sekali menentang cubaan Guan Eng ini. Ahli politik daripada kaum Cina, Wee Choo Keong, juga mengkritik tindakan Guan Eng dengan menyifatkan ia cubaannya menggunakan isu agama sebagai alat meraih undi untuk parti DAP.[36] Pas berpendirian istilah terbaik untuk 'God' ialah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Muslim di Semenanjung Malaysia Barat. Penggunaan nama ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia Barat. Bagaimanapun, Pas boleh menerima penganut Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.[37]

Nasrudin Hassan tarik balik kenyataan fitnah terhadap Lim Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Januari 2016, Kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. [38][39]

Pada 1 Oktober 2014, Lim memfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuat naik dalam laman facebooknya.

Kes tuduhan rasuah mengenai pembelian hartanah[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2016, Lim Guan Eng ditahan oleh SPRM di penjabat Ketua Menterinya berikut tuduhan rasuah mengenai pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town. Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu dan berkata ia bermotifkan politik.

Pada 4 Mac 2016, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta. Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.[40][41][42][43]

Pada 3 Sep 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam. Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan untuk membebas dan melepaskan kedua-dua mereka daripada tuduhan berkenaan. Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah lemah. Selepas membuat penelitian, beliau berpendapat tidak mungkin untuk meneruskan kes tersebut dengan mengetahui ia tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan.Tetapi sebenarnya Peguam Negara yang dilantik oleh Kerajaan PH ketika itu telah membantu LGE untuk membebaskan diri.Inilah yang contoh salah guna kuasa yang telah dilakukan PH ketika memerintah.[44][45]

Lim dan Ramasamy menang saman terhadap News Straits Times Press (NSTP)[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 2016, Mahkamah Rayuan memerintahkan New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan bekas wartawannya Predeep Nambiar supaya masing-masing membayar ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan timbalan ketua menteri II Dr P. Ramasamy sebanyak RM200,000 kerana memfitnah.

Saman fitnah yang difailkan mereka terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu dan Predeep Nambiar berhubung satu artikel bertajuk "Indian-interest group claims thugs interrupted meeting" yang diterbitkan dalam laman webnya pada 4 Disember 2013. Hakim berkata mahkamah mendapati artikel itu bukan satu hasil daripada kewartawanan yang bertanggungjawab untuk responden layak mendapat pembelaan perlindungan bersyarat.

Panel itu yang juga termasuk Hakim Datuk Lim Yee Lan, Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal menganugerah RM50,000 sebagai kos perundangan kepada Guan Eng dan Dr Ramasamy. [46]

Menang saman ke atas Berita Harian dan NSTP[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2017, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan News Straits Times Press Berhad membayar Ketua Menteri Lim Guan Eng ganti rugi sebanyak RM300,000 berhubung laporan tidak tepat yang diterbitkan pada 20 Ogos 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan NSTP membayar RM35,000 sebagai kos dan faedah atas penghakiman sebanyak lima peratus kepada Lim. Dalam penghakimannya, Rosilah berkata mahkamah berpuas hati bahawa laporan yang ditulis oleh wartawan Berita Harian Siti Sofea Md Nasir itu diputarbelitkan, tidak tepat dan berunsur fitnah.[47]

Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam kontroversi berhubung penubuhan Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Kementerian Dalam Negeri.[48] Bagaimanapun, beliau mengisytiharkannya sebagai entiti undang-undang dan mencabar Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Malaysia untuk berdebat mengenai legitimasi PPS.[49][50] Guan Eng kemudiannya mencabar pengisytiharan Kementerian Dalam Negeri di mahkamah.[51] Walau bagaimanapun, kesnya dibuang ke mahkamah oleh Mahkamah Tinggi.[52] Walau bagaimanapun, pada 28 Mac 2017, Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan bahawa Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) adalah organisasi undang-undang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.[53]

Dakwaan Rasuah Projek Terowong dasar laut[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2020 , Pihak SPRM telah mendakwa beliau di makamah kuala lumpur atas pertuduhan meminta suapan sebanyak 10 peratus projek dari pihak pemaju projek Zenith Construction Sdn Bhd .

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Pct Buang undi Majoriti Keluar
1986 Kota Melaka Lim Guan Eng (DAP) 34,573 67.08% Soh Chin Aun (MCA) 16,967 32.92% 52,840 17,606 76.54%
1990 Lim Guan Eng (DAP) 33,993 63.52% Soon Tian Szu (MCA) 19,525 36.48% 54,745 14,468 76.45%
1995 Lim Guan Eng (DAP) 29,293 54.30% Soon Tian Szu (MCA) 24,654 45.70% 56,096 4,639 75.91%
2008 Bagan Lim Guan Eng (DAP) 33,748 74.24% Song Choy Leng (MCA) 11,678 25.69% 46,227 22,070 77.84%
2013 Lim Guan Eng (DAP) 46,466 77.71% Chua Teik Siang (MCA) 12,307 20.58% 59,796 34,159 87.29%
Lim Kim Chu (PCM) 328 0.55%
2018 Lim Guan Eng (DAP) 51,653 85.96% Lee Beng Seng (MCA) 7,751 12.90% 60,087 43,902 84.70%
Huan Cheng Guan (PCM) 502 0.83%
Koay Xing Boon (MUP) 181 0.30%
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Air Putih Lim Guan Eng (DAP) 6,601 72.08% Tan Yoke Cheng (MCA) 2,540 27.74% 9,288 4,061 74.58%
2013 Lim Guan Eng (DAP) 9,626 82.32% Tan Ken Keong (MCA) 1,882 16.10% 11,693 7,744 84.7%
2018 Lim Guan Eng (DAP) 9,362 85.61% Tang Heap Seng (MCA) 1,404 12.84% 10,936 7,958 82.0%
Manikandan Ramayah (PCM) 83 0.76%
Tan Gim Theam (MUP) 87 0.79%

Nota[sunting | sunting sumber]

  1.  a - "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee" Diarkibkan 2005-12-27 di Wayback Machine.
  2.   - Beh "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'".
  3.   - "Lim Guan Eng Reassures Penang".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/anthony-loke-dilantik-setiausaha-agung-dap-baharu-guan-eng-jadi-pengerusi-dap-352764
  2. ^ "Mahathir umum tiga Menteri Kabinet". sinarharian.com.my.
  3. ^ "Guan Eng berjaya uruskan kewangan lebih baik - Tun M". hmetro.com.my.
  4. ^ "Tun M says he appointed LGE as finance minister because he understands the job".
  5. ^ "Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1". audit.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17.
  6. ^ "Laporan audit: Hutang Pulau Pinang, Selangor terendah". freemalaysiatoday.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06.
  7. ^ "Guan Eng berjaya uruskan kewangan lebih baik - Tun M". hmetro.com.my.
  8. ^ "Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan". Astro Awani. 24 Februari 2020.
  9. ^ "The Trial of Lim Guan Eng". Home.clara.net. Dicapai pada 2017-04-02.
  10. ^ [1]
  11. ^ "Mahkamah: Utusan salah fitnah Guan Eng, diarah bayar RM200,000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-10. Dicapai pada 2011-12-14.
  12. ^ Guan Eng menang satu lagi saman ke atas Utusan
  13. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2012. Dicapai pada 2012-06-25.CS1 maint: archived copy as title (link)
  14. ^ Guan Eng told to pay RM150,000 after suits against Gerakan man, Chinese papers thrown out
  15. ^ Mahkamah tolak saman Guan Eng
  16. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2013. Dicapai pada 2013-02-27.CS1 maint: archived copy as title (link)
  17. ^ Guan Eng menang saman lagi, dapat RM550,000
  18. ^ "Lim Guan Eng wins suit against Perkasa - Nation | The Star Online". Thestar.com.my. 2015-03-26. Dicapai pada 2017-04-02.
  19. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2015. Dicapai pada 2015-03-26.CS1 maint: archived copy as title (link)
  20. ^ [2] Diarkibkan 29 Ogos 2008 di Wayback Machine
  21. ^ Lim Mohon Maaf Beri Jawapan Salah Isu Elaun Mohamad Sabu
  22. ^ Karpal Singh Nafi Guan Eng Enggan Beri Kerjasama Dengan Polis
  23. ^ "Tiada tindakan tatatertib – KSN", Utusan Online. 23 Julai 2010.
  24. ^ "Guan Eng sees red over Utusan's 'forked tongue', By Clara ChooiJuly 23, 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-26. Dicapai pada 2010-09-02.
  25. ^ "Isu KM-SDO: Guan Eng mahu saman Utusan", Malaysiakini.com. 26 Julai 2010.
  26. ^ Guan Eng sila jawab: Ka Siong
  27. ^ Phaik Kheng minta Betty jawab
  28. ^ Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya
  29. ^ Betty enggan ulas Phaik Kheng
  30. ^ DAP tidak berani hadapi kenyataan
  31. ^ Isteri Lim Guan Eng bersama 4 ADUN DAP digantung 6 bulan
  32. ^ Lima ADUN DAP digantung 6 bulan hadiri DUN Melaka
  33. ^ Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP. Malaysiakini.
  34. ^ Kalimah Allah khas untuk Islam.
  35. ^ Pemimpin, NGO wajib pertahan hak eksklusif kalimah Allah.
  36. ^ Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar dalam Bible
  37. ^ "Istilah tuhan lebih tepat ganti God dalam kitab Injil versi bahasa Melayu - Pas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-29. Dicapai pada 2012-12-29.
  38. ^ http://www.themalaysiantimes.com.my/nasrudin-tarik-balik-kenyataan-fitnah-terhadap-guan-eng/ Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Nasrudin tarik balik kenyataan fitnah terhadap Guan Eng
  39. ^ http://www.malaysiakini.com/news/327244 Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang
  40. ^ http://www.sinarharian.com.my/semasa/guan-eng-ditahan-sprm-sebentar-tadi-1.537732 Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
  41. ^ https://www.malaysiakini.com/news/347082 Kit Siang sahkan SPRM tahan Guan Eng
  42. ^ https://www.roketkini.com/2016/04/12/kisah-sebenar-tentang-penjualan-tanah-taman-manggis-dan-kontroversi-rumah-banglow/ Bongkar kempen fitnah BN: Kisah sebenar penjualan tanah Taman Manggis dan fitnah rumah Guan Eng
  43. ^ https://www.malaysiakini.com/news/417350 Peguam: Saksi buktikan Lim tak beli banglo bawah harga pasaran
  44. ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/sprm-nafi-tarik-pendakwaan-kes-rasuah-guan-eng-1.860305 Sinar Harian - Guan Eng bebas tuduhan rasuah
  45. ^ https://www.malaysiakini.com/news/441630 Kes Guan Eng, Phang takkan berjaya lepas bukti dilemahkan
  46. ^ http://www.malaysiakini.com/news/354912 NSTP kena bayar ganti rugi RM200,000 kerana menfitnah
  47. ^ Mahkamah arah NSTP bayar Guan Eng RM300,000
  48. ^ "PPS diisytihar pertubuhan haram, semua akaun, aset diserah Jabatan Insolvensi". Malaysia Today. 2014-11-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-13. Dicapai pada 2017-04-02.
  49. ^ [3] Diarkibkan 8 November 2014 di Wayback Machine
  50. ^ "Guan Eng declares PPS a legal body". Free Malaysia Today. 2014-08-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-08. Dicapai pada 2017-04-02.
  51. ^ "Penang To Challenge Home Ministry's Declaration On PPS: Guan Eng". Malaysiandigest.com. 2014-11-05. Dicapai pada 2017-04-02.
  52. ^ "Court bins Penang government's bid to declare volunteer unit legal". The Malay Mail. 8 October 2015. Dicapai pada 11 November 2015.
  53. ^ "Appeals Court declares Penang's PPS lawfully established". New Straits Times. 8 October 2015.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Koh Tsu Koon
Ketua Menteri Pulau Pinang
2008 – 2018
Diikuti oleh:
Chow Kon Yeow
Kerusi dewan
Didahului oleh
Lim Kit Siang
Ahli Parlimen Kota Melaka
1986–1999
Diikuti oleh:
Kerk Kim Hock
Didahului oleh
Lim Hock Seng
Ahli Parlimen Bagan
2008 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Lye Siew Weng
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Air Putih
2008 – kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Kerk Kim Hock
Setiausaha Agung DAP ke-5
2004 – 2020
Diikuti oleh:
Loke Siew Fook