Lim Boo Chang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lim Boo Chang (lahir 25 November 1955) adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 14 Disember 2011 Lim Boo Chang keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan parti. Dia pernah menjadi Adun MCA kemudian menjadi ahli Gerakan. [1]

Selepas menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 di DUN N29 Datuk Keramat, tengah Pulau Pinang atas tiket BN/Gerakan dengan majoriti 3148 undi. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau bertanding di P051 Bukit Gelugor menentang Karpal singh tapi tewas. Lim Boo Chang mendapat 21268 undi sementara Karpal singh mendapat 22,529 undi dengan majoriti 1261 undi.[2]

Dia kembali ke pangkuan Gerakan yang disertai selama 15 tahun dari 1984-1999. Beliau pernah menjadi Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Pulau Pinang dan melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Menyokong usul DAP 2002[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Disember 2002, beliau dan Tan Cheng Liang (BN-Jawi) serta DAP menentang projek RM1.02 bilion projek Persekutuan, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) ditangguhkan dan projek RM400 milion Jelutong Expressway. Tindakan mereka berdua berkecuali dalam usul DAP menyebabkab UMNO dan Gerakan cukup marah. Law Heng Kiang (DAP-Batu Lanchang) mendesak agar kerajaan negeri menangguhkan dulu pelaksanaan PORR sehingga projek Lebuh Raya Jelutong (JE) yang bernilai RM400 juta siap dibina. Pada 1 Januari 2003, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Mohamed Rahmat menyatakan kedudukan mereka dalam BN akan ditentukan.[3]

Keluar PKR masuk semula Gerakan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2011, Lim Boo Chang merasa terpedaya dengan slogan reformasi PKR sejak 2008 akan kembali menyertai parti Gerakan. PKR gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat.Pertelagahan sesama kalangan ahli amat menjelekkan. MPPP juga telah hilang kuasa autonomi berikutan terlalu banyak campur tangan dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta sebilangan ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Surat peletakan jawatan sebagai ahli MPPP telah dihantar kepada Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail.Makluman juga disampaikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa menjadi ahli MPPP (1990-1995) ketika berada dalam Gerakan, MPPP tidak berhadapan campur tangan .Sedangkan Lim Guan Eng kononnya mengamalkan slogan 'Kompeten, Akauntabiliti serta Telus' (CAT). Perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPice) juga campur tangan kerajaan negeri .Kerajaan negeri mengarahkan MPPP menandatangani kontrak dengan pihak konsesi dengan tergesa-gesa dan penuh berahsia apabila terma-terma dan syarat-syarat tidak dimaklumkan kepada 23 ahli majlis, kecuali mereka yang menandatangani perjanjian itu sahaja. Tidak ada kajian impak sosial dan penilaian trafik yang membawa kesan kepada kawasan di sekeliling projek.


Tindakan keluar dari PKR adalah keputusan peribadi .Beliau kini percaya dengan pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencetuskan Gagasan 1Malaysia.

Bernama melaporkan, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye belum menerima surat permohonan daripada Lim Boo Chang.[4]


Pemimpin PKR yang melompat keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu; ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong; ADUN Lunas, Md Radzi Salleh dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BN tentukan nasib dua ADUN MCA 7 Januari
  2. ^ "KEPUTUSAN/RESULT- PULAU PINANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2011-12-15.
  3. ^ BN tentukan nasib dua ADUN MCA 7 Januari
  4. ^ Ketua Cabang PKR keluar parti