Lim Guan Eng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lim (林)]].
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Tuan

Lim Guan Eng

林冠英
லிம் குவான் எங்

LimGE.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
11 Mac 2008-kini
Didahului oleh Koh Tsu Koon

Member of the Malaysia Parliament
for Bagan
Penyandang
Tempoh jawatan 
2008
Didahului oleh Lim Hock Seng
Majoriti 22070

Member of the Pulau Pinang Assembly
for Air Puteh
Penyandang
Tempoh jawatan 
2008
Didahului oleh Lye Siew Weng
Majoriti 4061

Penyandang
Tempoh jawatan 
2004
Didahului oleh Kerk Kim Hock

Member of the Malaysia Parliament
for Kota Melaka
Tempoh jawatan
1986–1999
Didahului oleh Soh Chin Aun
Diganti oleh Kerk Kim Hock

Lahir 8 Disember 1960 (54 tahun)
Johor Bahru, Johor
Bangsa Malaysia
Parti politik DAP-100px.jpg Parti Tindakan Demokratik
Pasangan Betty Chew
Hubungan Anak lelaki Lim Kit Siang
Anak 4
Kediaman Melaka, Pulau Pinang
Laman web limguaneng.com

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat dan terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 di mana DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng merupakan anak lelaki kepada Lim Kit Siang, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudiannya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu Pahat High School dan Melaka High School. Beliau melanjutkan pelajaran tingginya ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi dan diiktiraf sebagai akauntan profesional yang berkelayakan pada 1983. Beliau pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society).

Lim berkahwin dengan Betty Chew, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana di Melaka dan mendapat 4 orang anak.[1]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Lim menghadapi perlantikan pertama sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka pada 1986, selepas menewaskan Soh Chin Aun dengan majoriti 17606 undian. Beliau kemudian kembali dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau kemudian menjadi orang yang pertama pernah dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota Melaka. Beliau menjadi alumni Melaka High School yang pertama mencapai rekod tersebut

Di dalam Parti Tindakan Demokratik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989 dan sekali lagi dilantik pada 1992. Pada 1995, beliau dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Lim dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, dan memegang posisi itu sehingga kini.

Dipenjara kesalahan Akta Hasutan[sunting | sunting sumber]

Lim terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 kerana tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk menjadi Ahli Parliamen. Penggantungan ini disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas rayuan diterima, Lim dipenjarakan selama 18 bulan. Beliau, walaubagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999. Disebabkan pemenjaraan tersebut beliau tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selama 5 tahun, dan beliau kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau merupakan calon bagi kerusi parlimen Bagan dan juga kerusi DUN Air Puteh di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.

Pertarungan dalaman[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya terakhir dan kedua-terakhir (masing-masing). Walau bagaimanapun, Lim masih teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk dalam jawatankuasa. [1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada jawatankuasa. [2]

Pilihanraya Umum 2008 - Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2008, Lim muncul kembali dalam arena politik, memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menang saman fitnah Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2011, Lim Guan Eng menang kes berhubung saman fitnah Utusan Malaysia.Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri dan mengarahkan agar akhbar utusan itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim , sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

Lim Guan Eng diwakili peguam Lim Jagdeep Singh Deo.Pada Januari 2011, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.Artikel pada Disember 2010 mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan parti DAP hendaklah diharamkan.Utusan menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010.[1]

Menang satu lagi saman ke atas Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2012, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar utusan, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.[2]

Elaun Mohamad Sabu[sunting | sunting sumber]

Mohamad Sabu dari PAS dilantik sebagai pengarah bukan bebas di Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.[3]

Fakta tersebut berbeza setelah dipersoalkan di DUN Pulau Pinang.

Pemberian tanah kepada Lim Hock Seng[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Pulau Pinang memberi tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur . [4]

Pengerusi Lembaga Tender[sunting | sunting sumber]

Lim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender .Beliau akan bertindak profesional . Kiranya berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa, Ketua Menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.[5]

Kematian Teoh Beng Hock[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menuduh Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kod Prosedur Jenayah . Ketua Polis Selangor memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut. Lim disiasat kerana mengaitkan kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh di Shah Alam pada 19 Disember 2009.

Pesalah di Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan adalah memberikan keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.[6]

Isu Lim dan SDO[sunting | sunting sumber]

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan isu curi pasir.

Pada 19 Julai 2010, Nik berkata bahawa beliau telah digelar oleh Guan Eng sebagai lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' dan sebagainya. Balasnya, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya. Nik Ali berkata bahawa isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Pada 23 Julai 2010, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berikutan tindakannya memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadapnya.Tindakan Nik Ali itu dilihat untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dilemparkan Guan Eng.[7]

Pada 26 Julai 2010, Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat Yunus dengan melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu. Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali. Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. Tambah Karpal lagi, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya dirobohkan.Mengenai isu kerurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. [8], [9]

Saman UMNO Pulau Pinang Ke Atas Lim Ditolak[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2011, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menuntut Lim memohon maaf kerana menuduh UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011 dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos 2011. Lim berhadapan saman fitnah RM30 juta.[10]

Pada 11 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.[11]

Tuduhan skandal seks[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2012, Lim Guan Eng dituduh mempunyai skandal dengan bekas pembantu pejabatnya, Ng Phaik Kheng [12] .Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo menyindir Betty Chew Gek Cheng, isteri LGE dan Adun Kota Laksamana.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula menuduh LGE tidak ada keberanian moral. Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.Ekoran itum Chua meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat .[13]

Lim Guan Eng meminta Datuk Gan Tian Loo selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka mengulang semula tuduhan itu di luar dewan agar tindakan mahkamah boleh diambil. Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan. Phaik Kheng pindah kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang.[14]ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia.[15]

Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman menggantung Ketua Pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).Penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara (1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka. Alasannya kerana mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk tertulis perkataan 'Shame on you Gan Tian Loo' (Malulah kamu Datuk Gan Tian Loo). Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun selepas persidangan ditangguhkan .Sidang DUN tidak dapat dimulakan dan ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian. [16]

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang), berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta ADUN Duyung yang juga ahli exco kerajaan negeri, Datuk Gan Tian Loo menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya. [17]

Penggunaan nama Allah[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi pada Disember 2012 apabila beliau menggesa kerajaan BN membenarkan penggunaan nama Allah bagi terjemahan 'God' di dalam kitab Bible bahasa Malaysia. Beliau berkata kerajaan BN tidak sepatutnya mempolitikkan agama Krisitian hanya untuk meraih undi orang Melayu.[18] Namun demikian, beliau kemudian dibidas oleh PAS dan NGO-NGO dengan tegasnya mengatakan kalimah Allah adalah antara kalimah suci umat Islam.[19][20] Mereka sama sekali menentang cubaan Guan Eng ini. Ahli politik daripada kaum Cina, Wee Choo Keong, juga mengkritik tindakan Guan Eng dengan menyifatkan ia cubaannya menggunakan isu agama sebagai alat meraih undi untuk parti DAP.[21] Istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.[22]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a - "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee".
  2. ^  - Beh "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'".
  3. ^  - "Lim Guan Eng Reassures Penang".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]