Lim Kok Wing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr.

Lim Kok Wing

PMN, PSM, PNBS (Sarawak), GCOT (Afrika Selatan)
林国荣
Kelahiran(1945-10-21)21 Oktober 1945
Meninggal dunia1 Jun 2021(2021-06-01) (umur 75)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPendidik
Terkenal keranaUniversiti Teknologi Kreatif Limkokwing
Lim Kok Wing
Cina Tradisional: 林國榮
Cina Ringkas: 林国荣

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing (Cina Ringkas: 林国荣; 21 Oktober 1945 - 1 Jun 2021) merupakan seorang pendidik Malaysia. Beliau terkenal sebagai presiden dan pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang ditubuhkan pada 1991 dan terletak di Cyberjaya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Keterlibatan dalam pilihan raya Afrika Selatan 1994[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Lim diberikan kepercayaan oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk membantu dengan kempen pilihan raya Nelson Mandela, seorang sekutu kuat dan kawan rapatnya yang mengetuai Kongres Kebangsaan Afrika melawan dasar-dasar apartheid di Afrika Selatan yang baharu sahaja dihapuskan; beliau terlibat dalam suatu kempen berkesan dalam kalangan masyarakat negara tersebut yang pada ketika itu mempunyai 9 juta orang buta huruf.[1]

Penubuhan dan pengurusan universiti[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1991, beliau menubuhkan universiti yang dinamakan sempena namanya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami kemalangan akibat terjatuh pada pertengahan Mei 2021, tetapi disahkan berada dalam keadaan stabil.[2] Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun pada 1 Jun.[3] Berita mengenai kematiannya dimaklumkan oleh Universiti Limkokwing melalui satu kenyataan yang dikeluarkan:

“Dengan rasa sedih yang mendalam, kami ingin memaklumkan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami. Seorang yang berwawasan, kerjaya Tan Sri sinonim dengan kreativiti dan beliau membantu membangunkan dan memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global, khususnya di negara membangun. Kami merasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan oleh banyak pihak dan kami memohon privasi ketika meratapi pemergian seorang insan yang sangat kami banggakan,”

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dr Lim Kok Wing diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik edisi 2009-2010. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Poster "King of Africa"[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2020, beliau dikecam dalam suatu insiden berkaitan poster iklan dipamerkan di kampus Cyberjaya bagi universiti dikendalikannya yang menggambarkan beliau diapit seekor harimau bintang dengan gelaran King of Africa ("Raja Afrika") yang dianggap merendah-rendahkan warga benua Afrika yang banyak merupakan pelajar universiti itu.[5] Insiden ini juga seiring dengan perkembangan gerakan Black Lives Matter serta semangat antiperkauman yang merancak di seluruh dunia pada masa itu.[6] Perkara ini mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Noraini Ahmad di mana beliau menyatakan dalam suatu sidang parlimen bahawa pihaknya melakukan penyiasatan lanjut mengenai perkara ini.[5]

Perkara ini lagi diburukkan dengan tuduhan yang dikemukakan salah seorang bekas pelajar dan kakitangan universiti itu yang memberikan suatu testimoni di mana beliau antara pelajar diketepikan dalam suatu projek promosi yang bertujuan mahu menunjukkan kepelbagaian kaum pelajar yang melakukan pengajian di universiti tersebut.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lim Kok Wing recalls close ties with Mandela". The Malay Mail. 6 Disember 2013.
  2. ^ "Lim Kok Wing recuperating after suffering from fall". The Star. 25 Mei 2021.
  3. ^ "Lim Kok Wing meninggal dunia". Astro Awani. 1 Jun 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  4. ^ Bernama Menang Anugerah Brandlaureate Bernama
  5. ^ a b "Papan iklan 'Raja Afrika': Universiti Limkokwing diberi surat tunjuk sebab". Malaysiakini. 16 Julai 2020. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  6. ^ Tashny Sukumaran (20 Jun 2020). "'King of Africa' billboard sparks racism claims at Malaysian university". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Jun 2020.
  7. ^ Yeu-Gynn Yeung (10 Jun 2020). "Limkokwing University under fire over 'King of Africa' billboard". Coconuts KL. Dicapai pada 1 Jun 2021.